Labels

Dec 12, 2010

Rakan siber(fesbuk)

Untuk sekelian kalinya aku menebalkan hati aku untuk delete semua yang aku tak kenal atau tak pernah bertegur sapa di facebook. Mula-mula aku rasa agak bersalah sebab kadang-kadang org yang add aku tapi kalau tak kenal kenapa nak add. Tapi x knal maka x cinta itu hal lain. Btul tak? Ada jugak yang add sebab satu kampus. Tapi aku tak pernah jumpa dia dan tak pernah tersempak pun. Bak kata lain hanya rakan siber sahaja. So no meaning.

Ada pulak yang aku pernah tertengok kat gambar dia kat fesbuk tapi aku tak pernah kenal. Jadi malam ini secara rasminya aku cuba meremove kan orang yang aku tak berapa kenal. Aku mintak maaf kepada orang itu sebab aku remove from friends. Tapi aku rasa dia pun x ada ape yang untuk dirisaukan sebab aku tak kenal dia. Ada satu kisah ni yang mana aku terdengar salah seorang kawan aku cakap;

member1 : "ko knal x budak yg nama dot dot kat fesbuk tue?"

member2: "aku rasa mcm knal je..penah nampak la muka dia kat kampus nie"

member1 : "eh tue bukan dia ke tadi?.. Dekat fesbuk slalu post macam2 psl dia ngan BF dia,ishh x suka aku..ngada-ngada"

member2: "a'ah dia la tadi tuuu..Eh, aku pun rasa nyampah je dia asik post psl bf dia jer..."

Mereka berdua ni saling mengomen pasal seorang budak nie yang hanya diaorang pernah jumpa melalui fesbuk dan tak pernah kenal pun di dunia nyata..Tapi, fuhh komen diorang memang x berbaloi bagi aku. Tak ada faedah untuk kau mengata orang yang kau tak kenal. Oleh itu,aku tak pernah post benda-benda yang mengarut sebab memang scary bila diaorg nie dah mula mengomen a.k.a mengata.!
Maafkan aku sebab aku remove but aku akan buat satu lagi akaun hanya untuk frens sebab aku rasa sekarang aku nak tumpukan pada family aku, rakan aku yang banyak membantu..terima kasih banyak-banyak..dan juga kepada sayangku en lampard for being with me when i really need you..w'pun sometimes gado-gado...U hate me but i love u...

4 comments:

Anonymous said...

bagus2 aku stuju sangat2 untuk meremove friend nie...sebab aku pun dah rasa patut buat benda yang sama jugak..

ct syazwani said...

aik ko pun jugak ke? hahah..aku sedey niee...aku dah tak kisah la ape org nak buat ape lagi. Biar tuhan je yang balas. Aku tak mampu...Hanya mampu berdoa jer...

Anonymous said...

aku paham...perasaan ko.... rilex suda....w/pun aku msh sedey pasal result fyp x hbs lg....huhuhu...

ct syazwani said...

aku delete sapa2 yang aku xknal jer. Ramai gak yang aku xknal tp aku add ntah knp....ko tau x kalo nak delete kena buat satu2..penat aku....:)

 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown