Labels

Nov 29, 2012

Makan @ Dubu Dubu


Salam....

First of all, TQ to abg Dzarif bagi permission untuk keluar. 

Hari Sabtu tu me & my friend pergi restoran Dubu Dubu dekat mid valley. 
Kata nak makan makanan korea. 
Mula-mula nak tengok twilight tapi tak pelah next time kan. Next Saturday maybe?


Alang-alang dah sampai mid valley jum makan kat dubu dubu.
Memang teruja gler nak makan makanan korea nie.
Wahh terasa macam kat seoul gitu.



Bila makanan dah sampai tengok macam sedap je.
Warna pun nampak menarik je. Dengan warna merah menyala.
Yang aku order tu picture kedua, ttopokki. 
Rasanya macam yong tau fu. Bila digigit rasa liat-liat sikit.
Cuma satu je aku tak suka, Manis!

Yang 1st picture tu, japchae.
Lebih kurang macam mee jugakla.
Ala macam sohun goreng. Pastu dicampur telur dan lain-lain.


Makanan yang kami order :
1 - Japchae + Peach Tea
2 - Ttopokki + Peach Tea

Kesimpulannya, makanan korea boleh jugak la masuk kat tekak aku.
Cuma satu je aku tak suka, Manis. 
Tapi air dia Peach Tea. Sedap!!
Dan
Aku sangat teringin nak makan bulgogi. Heee...
Next Time blh tak my fren?... lalalala ~








-Sekian-

~Terima Kasih Baca entri saya~



Nov 19, 2012

5 Cara untuk rawatan kaki

Salam...

Malam semalam aku merajinkan diri untuk buat pedicure. 
Dengan menggunakan produk Mary Kay adik ku...
Tak gunakan produk MK pun tak ape. 
Asalkan ada sabun,lulur/scrub dan besen.
Tak kisahla jenama apa asalkan bila dah rendam janji hilang daki.
Betul tak?


Bahan-Bahan yang diperlukan adalah :
Set Pedicure Mary Kay(foot Scrub,foot fizzies,foot foam)
Besen , & Air .

Cara - Caranya :
1. Ambil Besen dan campurkan air bersama dengan air panas. So, jadi suam-suam la air.
2. Masukkan sebiji sahaja Mary kay foot fizzies ke dalam air. Biarkan dia berbuih.
3. Rendamkan kaki selama beberapa minit.
4. Gunakan Mary Kay foot Scrub. 
5. Kemudian gunakan Mary Kay foot foam, untuk membersihkan kotoran.

Hasilnya, kaki akan jadi bersih,licin dan wangi....Sangat wangi...~



(Mary Kay Pedicure Set)









-Sekian-

~Terima Kasih Baca entri saya~


Nov 14, 2012

Cuti Diwali

Salam....

Orang yang tak bekerja pun cuti jugak..
Deepavali tak de cerita best ke tahun nie kat tv?
Selalunya ada cerita hindustan and tamil yang best.
Layan jer..dua-dua tengok tak kira hindi or tamil.



Semalam berjalan dengan abang Dzarif 
ke Central Market jumpa kolum untuk hari deepavali. 
Cantik kan?











Nov 10, 2012

[Gambar] Anugerah Skrin 2012

Salam...

Semalam tengok Anugerah Skrin, tapi sayang tak habis tengok. 
Sangat bosan. Berdrama atas pentas. 
Tapi bagi aku memang ada effort la dorang nak buat semua tu.
 Bukan senang. Nak kena hafal lagi. Betul tak?

ecehhh..macam la aku nie melayan drama melayu.....
Aku layan la jugak...Bunohan,ombak rindu.
Pastu rajin jugak tengok drama kat tv3.

Tak Kisah la..tapi rasanya ramai kot artis melaram malam tu. 
Cantik la baju dorang. Bagi aku cantik. Tak puas pandang. 
Yang paling aku suka baju neelofa. Lepas tu baju rita rudaini.
Dahla cantik pastu pakai baju yang dah elegan memangla nampak lagi cantik.

Keputusan penuh untuk anugerah skrin 2012 boleh klik kat blog nie. 
Semua ada, gambar pun cantik-cantik..:)



(Cantik kan baju neelofa? Baju sebiji macam cinderella...)



(Baju Rozita Che wan pun cantik jugak..)




(Ixara Aishah pun tak kurang hebatnya,simple tapi elegan. I like black..:))




(Yang nie aku tengok, Best! Suara Misha Omar pun sedap. Tambah pula baju rita rudaini yang sangat3x cantik...oh my..Kalau aku dapat pakai..hahaha....)




(Part nie yang paling best sekali,susah jugak jumpa gambar Misha Omar tapi last-last jumpa dekat FB ASK...macam cleopatra pun ada. Yang penting rita rudaini tetap Cun..:) )









Note: Semua gambar bukan aku punya. Owner dia kat sini eh, http://www.rotikaya.com
Dan juga dari facebook Anugerah Skrin.




-Sekian-

~Terima Kasih Baca entri saya~


Nov 9, 2012

4 Sebab kenapa sakit Kepala

Salam....

Sejak dua menjak nie, rajin sangat aku sakit kepala. Tengok orang lain happy je..tapi aku? 
ada bad headaches..T_T
Sakit la kalau headaches. Ada tak orang yang tak pernah mengalami sakit kepala?
hmm...mcm aku ubat aje jadi peneman sakit kepala....
Macam entri aku yang lepas..jenis ubat yang biasa aku makan.

Kenapa terjadinya sakit kepala?
:: Bagi aku ada macam-macam sebab. Kadang-kadang tu rasa tak relevan pon::
:: Benda kecik je tapi boleh membuatkan sakit kepala::

1. Stress - Ok stress memang betul sebab kita asik dok fikir jer. Mata pejam tapi kepala asik dok fikirkan je halnya. Last-last sekali dapatla migrain. 
2. Perut masuk angin - gastrik la senang cakap. Bila lambat makan memang perut mudah masuk angin sebabnya kita dah biasa makan pkul 1pm tetiba hari tu lewat dan makan dalam pkul 3pm. 
3. Terlebih ataupun terkurang tidur - Selalunya aku kurang tidur dan kadang-kadang pagi tu rasa berdengung aje telinga. Lepas tu aku selalunya menguap-nguap dan kemudian dalam 3,4 jam lepas akan sakit kepala. 
4. Cuaca - Bagi aku tak kira cuaca panas atau hujan mesti ada hari yang aku sakit kepala. Ingatkan dulu ala-ala puteri lilin gitu...tak boleh kena panas. Tapi sebenarnya disebabkan peralihan cuaca. Terlebih panas pun sakit kepala. Terlebih sejuk pun sakit kepala juga.


Cara mengubati Sakit Kepala (Rawat diri sendiri)
:: Maksudnya cuba mengawal sakit kepala dari sakit yang berlanjutan. ::
:: Bergantung kepada cara-cara mengawal sakit kepala kadang-kadang tu hanya Ubat sahaja yang mampu dapat hilangkan sakit kepala. ::

1. Pertama sekali kalau akibat dari stress aku akan terus makan ubat. Memang tak de cara lain dah nak kawal. Cuma lepas makan ubat basuh rambut. Baring, pejam mata dan rileks. Kalau tidur lagi baik.
2. Kalau disebabkan oleh gastrik, *sigh* macam-macam la ragamnya. Kadang-kadang rasa macam nak muntah, sakit perut, dan pening-pening. Selalunya ubat paling mujarab bagi aku minum susu panas. InsyaAllah perut tak meragam. 
3. Yang disebabkan oleh tak cukup tidur selalunya makan panadol je. Tak makan ubat tahan sakit yang kuat. Tak pun makan panadol dan sambung tidur
4. Kalau disebabkan cuaca panas. Aku makan ubat, basuh rambut, tidur dan mandi. Kalau tak jalan jugak, potong timun,cincang dan letak ais. Ahh sedapnya terasa sejuk di kepala. Sebaliknya kalau hujan pulak,hmm pegi klinik je la..doc saya sakit kepala!!




-Sekian-

~Terima Kasih sudi baca entri saya~
 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown