Labels

Sep 29, 2011

pening..

Sebenarnya aku tak nak tulis pun pasal aku pening..sakit nie..but seriusly susah orang nak percaya yang aku sebenaarnya rasa sakit.

Pening pun bukan sebarang pening tapi kisah pening lebih kepada bila bangun pagi rasa macam kepala pening memutar dan kalau bangun mesti terjatuh kalau tak ada pemegang. Doktor di klinik ttdi kata aku kena penyakit vertigo. But kena pergi check dekat hospital untuk susulan.

Sebelum ni aku pernah kena vertigo tapi tak pegi check dan aku rasa benda ni sembuh sendiri. Lama jugak nak sembuh hampir sebulan lebih baru ok. Tahun lepas masa eksiden adalah kali kedua aku kena balik. Pening. Tapi alhamdulillah cepat sembuh. Baru-baru ni lepas beberapa hari kahwin aku kena balik. Terus pergi klinik dan ambik ubat. Cuma ubat tak berkesan pun. Susah nak dapatkan rawatan yang sebenar.

Sedih sangat kerana rupa-rupanya baru sedar penyakit nie berulang. So...aku decide untuk pergi ke hospital. Dapat apoinment untuk bulan 11. Kadang-kadang aku tertanya "boleh ke pregnant kalau ada vertigo?". Menangis kuat-kuat rasa macam sedih sangat-sangat kenapa boleh dapat penyakit ni. Tapi lepas menangis memang dah lupa semua. Rasa lega.

Tentang Vertigo:

Vertigo- perasaan berpusing pusing atau rasa persekitaran anda bergerak

o Gangguan telinga tengah (vestibular neuronitis akut atau labyrinthitis)

o Sekali sekala ,benign vertigo berkaitan dengan perubahan kedudukan.

o Mastoiditis (radangan pada mastoid)

o Kurang aliran darah ke telinga tengah akibat atherosclerosis (plak lemak
dalam salur darah) terutama pesakit Diabetis Mellitus (Kencing manis),
Hypertension ( Darah tinggi) dan Hypercholestrolaemia (berlebihan kolestrol
dalam darah)

p/s: taip vertigo di google untuk dapat kan maklumat lanjut...:)

Sep 24, 2011

Brown Eyed Girls

yeahh...BEG dah keluarkan lagu baru. sangat best!! tak rugi kalau dengar. Masa dengar yang live n MR removed pun sangat teruja bila dengar lagu nie...Ouchh...







Sep 22, 2011

(k-drama)Smile Mommy


Hampir ke penghujung drama korea smile mommy. Episod sebelum ni memang sangat best dan mendebarkan. Hampir setiap hari aku akan tunggu untuk melihat drama ni. Agak sedih sebab hampir tamat drama ni. Siapa-siapa yang masih tak tau tentang drama ni boleh tengok ulangan di astro chanel 393 pukul 11.50malam.

Tak sabar nak tahu apa ending drama ni. Masa kemuncak smile mommy memang best giler! Waktu tu shin yeong memang dah nekad nak tinggalkan suami dia dan perempuan jahat Hwang bo mi tu.

Pelakon:

Shin family
Lee Mi Sook as Jo Bok Hee
Lee Jae Hwang as Shin Muh Roo
Kang Min Kyung as Shin Dal Rae
Jung Ji Ahn as Shin So Ra
Kim Yong Gun as Shin Ki Bong
Kang Ye Seo as (Muh Roo & Shin Young’s daughter)
Kang family

Yoon Jung Hee as Kang Shin Young
Park Won Sook as Park Soon Ja


Yoon Joo Sang as Kang Dong Poong
Suh Dong Won as Kang Do Young
Hwang Bo Ra as Kim Mi So (Do Young’s wife)
Im Ye Jin as Kang Seo Poong

Bae family

Ji Soo Won as Yoon Min Joo

Kim Jin Woo as Bae Yun Woo
Yeo Min Joo as Bae Yun Seo
Other people
Go Eun Mi as Hwang Bo Mi
Park Sung Min as Goo Hyun Se
Suh Joon Young as Lee Kang So

Seo Ji Young (cameo)

Chung Lim (cameo)
Bae Geu Rin (cameo)

p/s: bila la last episod drama nie..takut terlepas la pulak..Yaikkss!!

lagu Favorite


Lagu favourite aku sejak tahun lepas. "No need to know" by JQT. Lagu ni sangat sedap di dengar. Seriusly memang sangat best! lirik dia pun best..!! Sampaikan aku jadikan lagu ni sebagai ringtone untuk handphone aku dari tahun lepas sampai la feb 11. Baru la tukar lagu lain. Itupun tak lama sebab bosan.

Siapa-siapa yang belum kenal dengan JQT. Gambar nie masa first JQT debut.























click link kat bawah untuk ke music video JQT:




Siapa JQT?

Satu lagi kumpulan girl group. Beberapa tahun yang lalu ada sebuah kumpulan yang dipanggil i-13 sepatutnya mereka menjadi satu kumpulan girl group yang besar seperti super junior. Tetapi sudah dibubarkan kerana tidak berjaya.! Sekarang 3 0rang dari kumpulan i-13 datang semula sebagai JQT dengan seorang ahli lain!

JQT members:

Park Min Jung dari -i-13
Lee Ji eun dari i-13
Park Ga Jin dari i-13
Joo Min su- dipilih melalui ujibakat

p/s: nxt entry mybe akan di sambung kisah JQT..:)

Sep 21, 2011

masak kari ayam

Hari ni aku masak kari ayam. Cewahh kecoh la pulak masak kari ayam je. Tapi disebabkan suami yang mintak nak kari ayam,aku sanggup belaja dari pakar which is of course my mom. Untuk pertama kalinya masak sendiri. (huhuu..gelak2 sopan). Memangla masak sendiri tapi mak aku yang bagitau apa bahan-bahannya. Pastu dia datang check betul ke tidak. Akhirnya setelah hampir sejam didapur masak jugak kari ayam aku.

Resepi kari ayam:

Bahan-Bahan:
  • Ayam ->> mesti la kena ada,kata nak buat kari ayam.
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Serbuk Kari - dalam 4-5 sudu.
  • Jintan dan biji rempah ->> letak sikit je.
  • daun kari.
  • cili kering->> yang dah di blend
Mula-Mula:
  1. Letak jintan putih,rempah biji dan kulit kayu manis serta daun kari.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih,halia,cili kering yang dah di blend.
  3. kemudian masukkan 4-5 sudu serbuk kari.
  4. Tunggu sebentar.
  5. Masukkan ayam. Pastikan selalu kacau.
  6. Akhir sekali letak air sedikit. Tak guna santan tapi air sebabnya kat rumah kalau guna santan abis semua orang pening. huhuhu....so,guna air j la.
  7. Pastu letak garam+ajinamoto.
  8. Siap!!
p/s: act kari ayam aku masin ckit...huhuhhu....komen dari suamiku"masin!!". Ops sorry...:((

Sep 20, 2011

Desktop Ku


Tengokla desktop aku...Serabut!!


Sama macam dengan aku yang tengah serabut. Shortcut game pun berlambak. Gambar pun letak merata-rata. Penim aku tengok...

Penim.

Serabut..
Gler...

Takpe...sabar wanie sabar....wat perlahan-lahan....

Dan akhirnya inilah desktop aku yang terbaru...:)


Berinai


Saje je nak upload gambar masa berinai untuk majlis kahwin hari tu. Walaupun dah lewat tapi memang sangat berbaloi. Thank You so much kepada Henna Noor collection'z. Kalau aku dapat buat inai sekali lagi macam tu memang aku nak..:)

Masa first dapat tau pasal Henna Noor collection'z melalui facebook. Tengok dekat gambar malam berinai kawan aku dan dia pakai inai sampai ke lengan. Fuhh..tapi cantik:)

Dahla masa tempah untuk inai nie pun dah lewat sebenarnya tapi nasib la akak norish nie sanggup untuk terima lagi.

Walau apapun terima kasih sangat kepada sepupuku Na n adikku yang menemankan sehingga pagi.






Tentang Henna Noor collection'z:
  • Menyediakan Perkhidmatan HENNA untuk pasangan pengantin dgn harga yang menarik.
  • Perkhidmatan Henna untuk perkahwinan & pelbagai acara.
Location: seksyen 17,40200 Shah Alam,Malaysia



Sep 17, 2011

Suka dan xsuka buat air.


Bila ada tetamu datang rumah mesti kena buat air. Aku tak mahir bab-bab air nie. Nak kata susah tak pun, cuma agak leceh. Ada yang kadang-kadang suka bila aku buat air rasa tawar dan ada pulak yang cakap air yang aku buat macam air tak cukup gula.

Macam-macam orang lain pulak taste mereka. So kadang-kadang aku hanya akan buat air teh. Ermm rasanya bukan kadang-kadang tapi selalunya akan aku buat air TEH. Sebab tu bila ada orang request nak nescafe,horlicks dan paling femes which is coffee. Ops...sory xreti nak buat Kopi. Sama la jugak kalau dengan nescafee. Xreti...:(


Apapun aku tetap akan tawarkan air teh yang aku buat. Hehehe....disebabkan itu aku dah prepare air teh yang banyak perasa. Selalunya beli brand Ahmad Tea. Teh dia sangat sedap. Wangi,lembut dan manis.

Macam perisa ada seperti:
  • Strawberry <--- my favorite
  • Lemon n lime
  • Apple
  • Peach
  • Vanilla
  • Mango
  • BlackCurrent
Perisa Peach
Perisa Apple

ZyloKu rosak lagi...

Sedihnya henpon zylo aku rosak lagi. Hari tu dah rosak dah pastu nak dekat 2 bulan baru g repair. Dahla mahal rm120. Dahla kasi warranty seminggu je. Dahla henpon kesayangan.

Hari tu aku beli henpon Nokia C3. Tapi last-last pakai tak sampai seminggu dah jual balik. Sebabnya dah sengkek xde duit. Hehehe. Ahh alasan yang sebenarnya adalah cam tak wape best je guna henpon nokia. Dah lama guna Sony tiba-tiba tukar nokia. Ishh tak sedap guna. Rasa lain sangat.

Disebabkan dah jual henpon C3 dan kini bukan milik aku lagi. Akibatnya aku dah tak de henpon. Sebab Zylo rosak lagi. Sob Sob Sob..

Kalau nak hantar msg pon dah x boleh sebab bila bukak je henpon dah jadi hitam skrin. Member lak rajin hantar msg pastu aku tak reply. Kadang-kadang aku tak ingat langsung sebabkan aku dah baca msg tu Cuma aku tak reply je. Semua disebabkan henponku yang dah rosak.

Nak beli henpon baru. Aii..ntahla...nggak ada ongkosnya..:((

Sep 15, 2011

Raya 2011

Selamat Hari Raya...walaupun dah lama tapi nak jugak ucapkan selamat hari raya aidilfitri...
 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown