Labels

Jan 10, 2013

Birthday B-din ♥

Salam...


Hari nie genap 8 tahun umur bidin.
Muda lagi..aku nak kat masuk 3 series..Oh no!!
Hajatnya nak sambut sekali dengan birthday akif.
Sebab akif pun hujung bulan 2.
Tak kisah la atas kek pon tulis bidin n akif.

dalam pkul 8 pm kitaorg gi cari kek kat area pj.
Bajet mesti la murah jew...hehehe
Mula-mula masuk kat King's.
Tengok kek pun boleh layan jugak. Cantik.
Pastu pegi bakery's cottage.
Bila masuk je terus dan tengok terus tak jadi beli. 
Sebabnya......emm alasannya tak cantik.

So,masuk balik King's dan pilih kek.
Aku nak kek chocolate.(mestila kek cukulat sbb i loike choc.)
Bidin nak kek Oren sponge.(oh tdak bidin!dtg jauh beli kek span je..T_T)
Akif nak kek angry bird..(dek kif oii mahalll gler kottt)
So, akhirnya mestilah pilih kek cokelat sebab aku yg belikan...hahahaha

al kisah pulak rancangan dah bertukar. Ingt nak balik terus.
Tapi akif nampak simbol mcd kat tepi jalan.
Cane lah boleh nampak, padahal lampu pun dah rosak.
Aku pun tak terperasan....
so,dah dia mengamuk kat situ kenalah beli.
Mc'D dinner box.

Sampai rumah bukak kek dan siap-siap letak pinggan mangkuk.
start la budak-budak nie nyanyi lagu.
Habis je nyanyi Happy Birthday.
 Aku tryla kek tu..aku try sikit je....uhh manis gilerrrr.
Memang kek sekarang manis sesangat ke?
Memang tak dapat nikmati rasa kek. Cuma rasa gula je..
Tulah padan muka aku nak sangat kek cukulat ! Sob Sob
Tapi tu pendapat aku lar.
Tak tau la orang lain...huhuhuhu....

Walaupun dengan tiada bapa disisi.
Harapnya budak-budak nie suka.
Happy!!
Happy Birthday... 

(akif n b-din)

(akif 3 years old...bajet cute)






♥ • ♥ • ♥ • ♥ • ♥ • ♥

-Thanks for reading my entri-

Jan 9, 2013

Seoul Garden

Salam...

Happy nie nak tulis pasal pergi seoul garden. Dengar nama macam best je kan. 
Mula-mula ingat jauh jugak dari rumah. 
Tapi tempat yang kitaorg pergi dekat paradigm mall,kelana jaya.

Sejak dua menjak minat k-pop ni memang tekak pon nak merasa makanan korea.
Korean style gteww..hahahah..
Macam entri sebelum ni makan kat dubu dubu. 
ok2 sambung cerita seoul garden.
Seoul garden nie buffet. So, belum makan dah kena bayar hokey.

Harga pulak kalau lunch lain dan kalau dinner dah harga lain.
So, kena rancang la pkul berapa nak pergi.
Macam kitaorg hari tu first time pergi so waktu tu dah kira dinner.

Sebelum bayar dia tanya dulu nak sup apa.
Macam yang my friend, z kata dlm blog yg dia tengok elok ambil tom yam.
Ok jugaklah tom yam  dia.

Lepas bayar dah boleh terus ambil makanan.
Makanlah apa yang korang nak.
Ala-ala steamboat.
Tapi ada daging dan ayam yang diperap ala korean style.
so, boleh grill. emm nyummy!

Yang bestnya ada daging,ayam, dan ikan yang telah diperap dengan rempah-rempah.
Bolehla makan pelbagai rasa.
contoh yang aku makan beef bulgogi, tom yam fish, chicken curry dan banyak lagi!
Memang banyak sangat men-grill sampaikan orang sebelah pun dah wat muka.
Sebabnya asap kena kat dorang...
hoii cik adik,what do u expect kalau datang tempat macam nie memangla ada asap sana sini..
(hehehe..membebel sekejap...)
Selain dari itu, ada jugak mee dan nasi goreng.
Malaysian style..

Pastu ada aiskrim,aku bukannya penggemar ais krim.
Tapi boleh dikatakan macam2 flavor ada coklat,vanila,strawberry,keladi.
Then ais krim boleh tabur dengan kacang.
  Abc pun ada. tapi macam yang aku cakap tadi aku tak minat sangat abc. Manis!
tapi kat sini kau boleh deko kau punya abc. Syok x?

Ada satu penyesalan which aku tak makan kimchi.
Rasanya macam ambil tapi  tak tergerak hati tu nak makan.
Agaknya sedap lagi makan-makanan yang tgh grill sampai taknak makan!


(sempat snap harga untuk lunch and dinner)


(gambar kat luar seoul garden dan berjalan kat paradigm mall)


(makan-makan)


Walau apapun, best sangat dapat sebab dapat keluar my girlfriend, Z. 
Macam sambut tahun baru je kan. hehehe
Harapnya my sweet husband nak jugak pergi sini juga. 




♥ • ♥ • ♥ • ♥ • ♥ • ♥

-Thanks for reading my entri-

Jan 2, 2013

Selamat Tahun Baru 2013



Salam...


my late wish untuk new year...
ramai yang mengharap kan perkara yang baik-baik kan untuk tahun baru.
semoga tahun ini lagi bermakna dari tahun lepas la dan lain-lain. (Malas taip... >.<)

actually aku bukannya suka sangat new year..
selalunya new year orang suka buat pembaharuan...
kadang-kdang effectnya kena kat aku..Xbest langsung.
Malam new year..sob sob lagi la pum pram pum pram motor bising.


ok fine..aku je yang tak suka. 
Aku pun nak wish jugak la..

Selamat tahun baru...
semoga tahun 2013 membawa seribu makna.
Amin.

Tahun 2013 tarikh apa la agaknya yang cantik kan. 

January
2.1.13
3.1.13
31.1.13

March
1.3.13
3.3.13
31.3.13

hmm...cukupla tu sampai bulan march je...hahaha..ade lagi ke?
cari sendiri la ye...bye bye


 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown