Dec 30, 2012

Cuti Sekolah


Salam..

Tajuknya cuti sekolah tapi bukan aku ekk yang sekolah..
hee tak lawak pun..toing toing..gelak sendiri..
Dah lama tak bawak budak berdua nie pergi jalan.
Akif  n Bidin ( atau nama sebenar bidin, khalif ).
banyak jugak tempat terfikir nak pergi mana.

- mid
-piramid
-T.square


Akhirnya kitaorang pergi mid valley.
Decide tengok wayang movie "Wreck it Ralph".
Best jugak. Tapi untuk budak yang berumur 3 tahun emm kurang sikit kot.



(nyum nyum makan pizza at Domino's)



(krismas event at Mid valley)

Dec 13, 2012

Durian Crepe Mid Valley


Salam...


Rasanya sekarang nie kecoh dengan durian crepe. Kan?
Well aku bukan peminat durian.
Boleh makan tapi 2,3 ulas. Paling banyak 4 ulas kot.
Tapi impossible kot nak tengok 4 ulas aku makan. Hahahaaa

Ok, sambung kisah durian crepe pulak.
Masa pergi tengok movie twilight tu kami singgah kat kedai nie.
Sumptuous Desserts. Ada jual Durian Crepe.
Tapi akak tu kedekut kot.
Kawan aku nak beli 4 dia cakap boleh beli 2 je...hurmm kedekuttt
So,aku pon cakapla aku pun nak 2. Cess dia jeling aku.....
Dah orang nak beli. Bagi je la.Kalau dah habis,cakapla habis.
Betol x?

Aku beli satu untuk abg zarif dan satu lagi untuk mak aku.
sekali makan je habis. Sedap sangat kot. :p


(lokasi kedai nie dekat tkt LG. Kalau jumpa big apple mmg nak dekat la tu.)




(amek kaww 2 sekali beli)











-SEKIAN-
TQ for reading my entry

Dec 9, 2012

Layan Twilight Breaking Dawn-Part 2

Salam...

Alhamdulillah....finally..dapat jugak pergi tengok movie,
Twilight Breaking Dawn-part 2.
Apalagi tengok dengan my best friend la.
Tengok poster pun memang dah rasa tak sabar-sabar.


(Poster)


Tengok movie twilight dekat The Gardens. 
Bagi aku first time la. 
Tapi tiketnya....(geleng kepala). Mahal!
Tapi kelebihannya, tak ramai orang. So, tak perlu beratur panjang.

Malam sebelum nak tengok breaking dawn part2,
aku layan dulu breaking dawn part1. 
Sebabnya nak feeling-feeling la dulu.
Kalau terus tengok je kan dah terkial-kial tak tahu kat mana.
Al maklumla, aku nie pelupa..heehee.

Best sangat dapat tengok breaking dawn P2.
Dari awal lagi folllow cerita ni.
Sekarang dah ending.
Sedihnya....
Mungkinkah ada sambungannya?


(sweetnya)


Lepas habis tengok movie kitaorang pergi berjalan ke midvalley pulak.
Best sangat jalan-jalan sampai tak sedar dah nak dekat pukul 10.
Kat Mid Valley kebetulan ada pameran atau ntah la ape orang panggil.
Tapi orang kata pameran untuk Krismas. 
Ramai yang ambik gambar, so kitaorang join sekali.











p/s : next entry durian crepe at m.valley


-Sekian-

~Terima Kasih Baca entri saya~





 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown