Labels

Dec 12, 2011

x jadi masak :o

act hari ni i jnji dgn husband yg i nk goreng mee..tp,i beli n.goreng usa kt kedai pulak..hehehe

Tentang Inai


Salam...

Pernah tak korang semua pakai inai? tak kisah la yang lelaki ataupun perempuan. Eleh ye lah tu tak nak mengaku..padahal kecik-kecik dulu penah pakai kan? kan? hehe.Actually dah lama nak tulis pasal inai nih sebab rasanya mesti korang masa kecik-kecik dulu kat sekolah kalau korang pakai inai ni mesti kawan-kawan kata nak kawin . Betul tak?

Sekarang ni banyak inai yang ada. Kalau dulu pakai daun inai je. Tumbuk daun inai pastu letak nasi takpun letak teh. Nak bagi pekat inai.

(pokok inai)
sumber: google

Masa kecik-kecik dulu selalu arwah wan aku buat inai. Seingat aku time raya je mesti pakai inai. Best sangat. Sebab pakai inai ramai-ramai. Dengan cousin dan adik aku sekali. Lepas pakai inai kena balut tangan dengan plastik. Sebab tak nak bagi cadar atau tilam kotor. Esok tu bila dah pagi semua bangun dan kalut pegi bukak inai. Tengok siapa punya yang paling menyerlah kaler. Sudah tentu aku punya. Wakaka..Perasan. Tapi sebenarnya dorang tak tahu rahsia aku. Kalau nak tahu, malam tu masa aku bangun pagi nak g toilet aku percik sikit air kat inai sebab yang dah pakai sekarang tu dah kering. Takpun kalau dah kering sangat aku celup je tangan dalam besen.

Tapi yang tak bestnya bila dah habis raya dan bersekolah balik mesti cikgu-cikgu perli awak dah kawin ke? asik cakap kawin dan kawin. Kenapa ek persepsi macam ni tak boleh berubah? Tak boleh ke budak-budak pakai inai? Ada lah sekali tu masa aku dah belajar kat U. Tahun 2007 tak silap. masa tu aku rajin sangat pakai inai kat kuku. Sebab waktu tu makcik aku aku wat balik sekotak inai mekah. Gambar macam kat bawah ni. Sila lihat.

(inai mekah-picit dan pakai)

Disebabkan inai yang senang dipakai. mudah. cepat. jadi aku sering pakai. Pernah aku kena tegur dengan akak-akak kerani kat kampus tanya aku eh,awak dah kawin ke? padahal waktu tu tengah minggu exam. Bila masa pula aku kahwin?? Sampai sekarang diaorang ingat aku dah lama kawin. Bila jumpa baru-baru ni dan aku bagitau baru kahwin. Macam terkejut je muka. So,jangan la buat andaian sendiri.

Masa kahwin baru ni pun aku tempah orang datang untuk pakai inai. Mula-mula tu rasa malu jugak sebab kadang-kadang ada orang aggap inai kalau decorate dekat tangan ni nampak berserabut dan ada pulak yang cakap macam TUTTTT. Erm mungkin orang yang mengata tu jeles kot. Dia tak boleh pakai dan kita boleh. Hehe. Peace~
 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown