Jul 25, 2011

Seharian di rumah. wat ape?

Apa keje aku hari-hari kat rumah? Mesti best kan boleh tidur sepanjang hari. Ataupun senang cakap makan tidur. betul tak? Suami aku cakap sama je macam tak kahwin dulu. Sama Malas. Aku pun rasa aku malas. Tu yang malas nak update blog. Sebenarnya rasa dah tak nak tulis lagi. Tapi..tapi..TULIS jugak. Mungkin dah bosan agaknya dah tak ada apa nak buat. kui kui.

Actually aku tengah tengok muvie sambil melayari facebook sebab lepas nie nak kena masak untuk suamiku. Mak aku masak untuk semua dan aku masak untuk dia jer. Ehh spesel sangat ke aku masak nie? Kena tanya dia la sedap ke tak. ^^'. Tanya kat aku sudah tentu aku jawab semuanya Sedap..!!~

Selain itu kerja aku kat rumah melipat kain. Umm sebenarnya lipat kain aku je. Sebab dia punya semua gantung dengan hanger. Kain baju aku jer kena lipat. T.T. Paling tak suka melipat baju. Selalu kena complain ngan mak pasal bila aku lipat baju sangat2 la tak cantik. Tapi walaupun aku malas aku berjaya melipat baju sendiri. Aku sangat bangga dengan diri sendiri.Kah Kah Kah.

Hmm..malam pulak malayan cerita kartun sailormoon. Thank you so much sayang sebab tlg download. Sekarang tengah tengok sailormoon super S. Aku suka tengok skip n skip je cerita tu sampai aku rasa oh ni la part yang best. Tapi kadang2 aku rewind balik. :p.

p/s: ape punya entri la aku tak tau. Baca untuk tatapan sendiri...:)
 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown