Labels

Jan 30, 2011

Hujan oh Hujan

Hari nie rasanya macam sepanjang hari hujan. Rasa macam katak panggil hujan je. Ongg Ongg. Haha=). Mana nak dengar kat umah kalau bunyi katak. Nak jumpa katak pun susah. Katak oh katak kenapa engkau panggil hujan? ular nk makan aku. Aduss ape yang ak dah merepek nie...mereng tul..

Hujan....daripada pagi tadi hujan turun. rasa macam sejuk je. Dlu asik ngadu panas. Aww

Jan 27, 2011

- sepetang @ hospital -



Nie kali ke dua aku g klinik kerajaan kat area dato harun. Selalunya g klinik swasta je. Disebabkan bulan nie ak kesempitan yang amat sangat jadi ak ambil keputusan untuk ke klinik kerajaan je. Yang nie first time ak pegi sendiri. Sampai je sana tak tahu nak buat aper. Memang macam orang yang datang sana tapi tak tahu nak buat apa. Senang cakap nampak macam org bodoh la. Heheh.

Perkara pertama skali aku nak g klinik gigi dan kedua aku nak g klinik biasa la. Sebabnya semalam masa kat tengah jalan. Perutku sakit. Bukan macam biasa tapi macam mencucuk2. So, takut gak kalau apendiks ke ape.

Kat klinik gigi, macam biasa la tunggu ke main lama. Memang aku rasa nak dekat sejam lebih gak la tunggu. Baru dapat jumpa doc. Tu pun tak sampai 5 minit jumpa. Tapi dapat appoinment la. Jumpa lagi 7/2/11. Ishh ntah ak xsuka pegi jumpa doc gigi. =(. Alah dah ckp x suka x suka lar...isk

Ah,lupakan ketakutan ak nak jmpa doc gigi. Pastu turun dan daftar untuk check biasa. Bilik aku no 10. Aku tengok kat klinik ramai betul bawak baby. Rasanya mungkin baru 1st baby kot. Tapi ada gak yang bukan. Hmm ingatkan org dewasa je jmpa doc. Baby pun? dah la geng dye ramai. Terpaksa aku tunggu dengan baby2 yg lain. Yang ni ak tggu tak lama dalam 20 minit kot camtu dah boleh masuk. Hmm lepas doc check dye suh g check air kencing. Lar tadi baru aku lepas g toilet nie nak g pulak?. Lepas tue ble dapatt result,doc kata ok je. Aku ingat dah boleh balik. Rupa-rupanya..bersambung.....


Ces...ingat nie drama ke? ok2 sambung balik pastu doc kata g ambik darah. Ambik darah??? dah la aku sorang. Isk isk. Takut gler. Ak dah sedih gler nie. Nasib tak nangis. Sob sob T_T.
Tolong sayam tolong...tapi ak xde kredit nak call. Hahaha..padan muka sape suh pegi sendiri. Part yang paling best semua kaunter nak tutup tapi ak sorang je duk tunggu nak kena ambik darah nie. Sampaikan masa hantar blood test pun kaunter tue dah tutup. So macam mana? ak ketuk je la pintu. Akk tu siap nak balik dah.

Akhirnya, setelah aku dapat test result n doc ckp x de ape. Okk jer n masa g ambik ubat kat kaunter tu semua tengah tunggu aku untuk ambik ubt. Dorang semua tengah pegang beg nak balik. Aku pun ape lagi..Balik La!

Jan 26, 2011

- hari yang BZ -


Seriusly hari nie memang bz sangat-sangat. Macam-macam hal yang perlu diselesaikan. Sampai semalam tidur pun dalam keadaaan tengah memikirkan macamna hari esok. Kenapa aku kena pegi? pasal nak uruskan hal especially pasal van. Hari yang sangat sibuk sebab:

  1. Kena pegi RHB bank - Jauh betul tempat nie. Last aku pegi bulan lepas dengan pak su. Tu pun berapa kali silap jalan dan ikut jalan yang berapa kali pusing. Aish. So,ak try google n cari kat mana tempat nie. Nasib tadi jumpa. Terus ikut je jalan TUN RAZAK. Sib baik zarif yang bawak kalau aku memang alamatnya tak sampai lar.
  2. pegi CIMB kg Baru- Actually aku penah cari bank nie ngan adek dlu. Tapi tak jumpa kat mana. Ntah tadi lalu nasib zarif yang nampak. Rupanya dekat dengan HKL. Pegi pun bukan boleh settle dye nak buku akaun pulak dah. Takkan nak tanya abah kat kubur? ada ke patut dye suh selongkar almari dan satu rumah??. Aku memang marah betul tadi. Geram la ngan orang macam nie.
  3. pegi Pejabat tanah,subang- Cari punya cari dan cari memang tak jumpa kat mana. Aku pun dah naik pelik dah patah balik g subang parade. Duduk jap pastu zarif tunjuk brochure subang parade dan dekat situ dye tulis kompleks kerajaan. Lar dekat je rupanya. Kat area subang parade jugak. Aishh...
Konklusion-nya sama je tak berubah. Asik tak dapat nak uruskan je. Itu yang buat aku pening. Macam mana nak buat?. Ada sapa2 tak yang penah uruskan pasal harta pusaka nie?. Susah betul. Van tue ntah nak jual ke nak bank ambik. Serabut nya..=(



(van abah....tinggal kenangan.....)

Jan 25, 2011

indah khabar dari rupa


Sebenarnya yang ak nak ceritakan pasal amanah raya ngan Bank R*B. Geram sungguh aku. Dahla nak cari tempat pun susah kemain pastu pegi-pegi je tak dapat maklumat apa yang kita inginkan. Memang ak tak tahu langsung. Dah ak pg jumpa kau..Kau jawab La! Wat aku sakit betul. Pastu main perli-perli. Memang masa 1st pegi kat s.alam akk tu kata baik awk g kat pejabat daerah. Sana kos pun murah je. Terkezut la kiteorg kenapa kena pg sana padahal orang nak wat kat tempat dye? Tak ke sengal?! Masa keluar dari tempat tu aku berpandangan ngan adek ak.

A.S : "kak,nampak sangat ke kita miskin?"

Aku: "Ntahlaa...Mungin sebab abah ada van je kott..sbb tue nampak kita miskin. Harta tak banyak".

A.S: "Dah tu..itu je yang ada..."

Aku : "Itu lah..ak ingat kita dah lawa dah. Nampak sangat ke mcm kita miskin sgt..?."

Kenapa orang miskin di hina? di caci? Tak boleh ke cakap elok-elok? Kiteorg datang dengan tak tahu apa2. Kurang-kurang kau explain apa jadahnya kau dan company kau buat. Service apa yang kau tawarkan!! Menyusah kan betul pegi sana. dahla jauh. Penat! sampai hujan lebat pun kiteorg pegi...Podahhhh....

Ni pasal bank TUT..Aku bengang betul pegi je sana tak dapat info. cakap macam tah ape-ape. Bila call je asik forward kat orang lain je..Ngok betul. Customer service yang sangat-sangat teruk. Mcm mana customer lain blh pegi tempat tu?? Mesti sbb orang lain kaya....HUH menyampah aku.....................Harapkan bangunan je cantik tapi? Service?? lu pikir la sendirii...............

cuti Thaipusam



Yess cuti hari khamis...maksud aku hari khamis lepas. Memang tak sangka sebab zarif pun off day hari tu jugak! yippi..leh kuar g jalan-jalan. Hmm macam biasa la mesti g pyramid. Mana lagi nak pegi kan....hehe. Tapi ak xtau knp ak xleh ingat sangat kalau kedai-kedai kat sana. Bukanny susah pun ada orange zone,blue zone ntah kaler ape lagi ada. Tapi itu lah ak still xboleh ingat jalan lagi. Huh,kalau kat mid pejam mata pun boleh ingat. Hohoho...:D.

Hmm dahla motor tak sampai-sampai lagi...geram betul ak. Nasib ain sazwi ada klas memandu. Boleh guna icon dye. Ok. Mula-mula nak g tgk movie so ak dan dye g tgv cinema. Pastu zarif decide nak tgk cerita khurafat. Oh TiDaK!!! Ak tak nak tengok... Please jangan paksa ak tengok. Isk Isk.

Zarif: "Tgk khurafat nak?"

Aku : (kerutkan dahi. Tanda tak setuju.)

Zarif : "Jum lar.."

Aku : "Tak nak! hari tu kan dah tgk kak limah. ASik ikut awk je ikut org la pulak"

Zarif : "Kan hari tu dah ikut awak tengok citer Gulliver's Travel..."

Aku : "Ntah suka hati awak la...." ,Adehh..sape suh kau tak ingat...ai terpaksala.

Masuk je panggung dah lewat. Tapi ramai betul orang. Ishh malas ak review citer tue..Tgk la sendiri. Tapi sape2 yang nak kan kelainan dan bosan tengok cerita orang putih leh la tengok cerita nie...Not Bad. :)

Pastu dah habis movie kiteorang balik tapi dalam tengah jalan ak cakapla jum g dataran. Ntah tetiba ak dengar dye ckp cam jum g i-city. Aku tak kisah la...Tapi jalan nak g shah alam tu bukannya ak ingat sangat. Sebab masa ain sazwi bwk tu ak ingat jalan straight je sampai ader signboard tulis uitm shah alam. Jalan punya jalan dan sesat punya sesat akhirnya jumpa i-city. TAPIiii....kena bayar parking RM 5 utk motor??? Kat pyramid tadi Rm 1 jerr. Cessss..... Berbaloi atau tak terpulang pada orang yang pegi....Cuma menyesal xbwk kamera dan hanya ada kamera hp.

(di bawah lampu sinar dan bersinar memutar2...)


(hohoho..posing lagi ngan gamba merak nie..;p)

Jan 24, 2011

the tourist. angelina jolie n johny depp

(the tourist)

Boleh tahan jugak la movie the tourist. Nak dekat sampai akhir pun ak ingat johny depp bukan alexander dan mati-mati ak ingatkan dye just a school teacher. Dahla tgk sorang-sorang. Sob sob. Dorang ber tiga tgk citer khurafat. WEks...x jelez pun. Hehehe..Aku dah tengok. :p

Berbalik pada the tourist..best movie nie sebab dapat tengok angelina jolie berlakon n johny depp!! tapi serius weii..dalam citer nie angelina jolie punya cara duduk dan berjalan tegak glerr. Even cara diye minum pun memang posture badan dye tegak . Takde lar macam kiter2 nie yang membongkok kejap-kejap la kan..(kejap je kan? hehe =)).

Pastu johny depp lain dari biasa. Selalu berlakon dalam cerita action tapi kali nie biasa je. Macam dye bukan hero dalam citer nie. So, macam gambar kat atas nie masa 1st time angelina jumpa ngan jonhy depp. Memang best! Whoa..romantik gtu.....nak gakk..hohoho:D acah jerrrr....

konvoi ke S.Alam+Klang=Penat!



Penatnya..sampai hari nie pun terasa kepenatan. Walaupun bukan ak yang bawak motor. Tapi zarif yg bawak. Sian dye mesti lagi penat dari aku. Sorry syg smlm org penat sgt x dpt buat nasi goreng kasih syg utk awk...=(

Semalam ak n zarif & k.cik n anis. Dua motor a.k.a skuter. Icon VS ego S. Hebat tak?hahaha.. Dari rumah g shah alam hantar barang ain sazwi dlu..Berat betul barang dye. Walaupun hari mcm dah rintik-rintik. So teruskan perjalanan hantar mc nis ke seksyen 2. Memang hujan dah start lebat. So singgah kat bawah jambatan. Hmm betul kan jambatan rif?

(cantik x? hahahaha..mcm makcik ape tah..lawak lawak..=))
(budak yang ketakutan bawah jambatan..keseorangan...sian)
(cantik sungguh background kat blakang..:p)

Jan 23, 2011

Kembali ke KAMPUS………!

Wahh gempak gitu tajuk nya. Balik ke kampus.Hehehe. Sebenarnya bukan balik belajar. Tapi aku praktikal kat kampus. Huh nasib baik! Sebab tak ada company sudi terima aku. Isk sob sob. Aku cal rasanya lebih daripada 20 company sampai sakit tekak aku. Bunyi macam katak panggil hujan je. Ongg Onggg..

Ntah dapat buat ke tak tugas kalau s/visor bagi. Dah la sorang-sorang kat sana. Aper ah. Dak praktikal ada la jugak tapi under lecturer lain. Hmm..Orang lain seminggu start awal aku lak duk terkial-kial lagi mencari. Tapi apa-apa pun x sabar aku nak tunggu abis praktikal. Baru je start dah x sabar nak habis? hohoho..x sabar nak g ambik borang kawen...hehehe..yer..sy gelenya..:P

Jan 18, 2011

Sakit tekak

Hampir seminggu la aku sakit tekak. Suara dah serak gler. Mula-mula dengar macam suara ella. Hmm ella mestilah suara sedap. Aku ala-ala ella la tue. hehehe. tapi bila dah masuk hari yang keempat dan ke lima. Suara dah garau dan bunyi pun pelik. Cess...sampai adik zakur ckp suara aku teruk gler. Baik aku senyap je. Isk isk..sian kat aku...=(
Ingatkan mcam dah ok tapi upanya makin lama makin xde suara. Abg zarif pun ckp klaka suara aku. Isk sampai ati ckp mcm tue. Nak wat mcm mana dah memang aku tengah sakit tekak. Sabar je lah. Hari jumaat lepas g interview kat unikl utk praktikal. Tengah-tengah org dok tnya soklan kat aku,aku dah batuk la, bersin la. dll yang sengakatan dengannya. Sabau jer la.

Makin hari makin teruk. Aku ingt kan makin sihat tapi?? so, smlm ak x gi praktikal sebab soreku dah mcam katak panggil hujan. Buruk benar. Ongg Ongg...katak panggil ujan. Tiba-tiba citibak call dan cakap suh antar sijil mati abah urgent katanya. Terpaksalah aku bangun dan pergi gak. Aku pikir xperla karang petang br g klinik. =(

Isk isk isk..Nasib baik abg zarif ambik kat stesen bas dan bwk g klinik. tenkiuu sayamm...walaupun dah makan ubat tapi tekaknya masih terasa perit. Sabau wanie sabauuuu

♥♥Kursus Kahwin♥♥

Hari sabtu dan ahad ak dan abg zarif g Kursus kahwin..Dahla kena pakai baju kurung. Itupun hari sabtu??? aduss. Takpe aku pakai je No Hal. Hari sabtu start pkul 2.30 dan ahad pkul 8.30 pagi. Masa mula-mula sampai ingatkan dengar ceramah macam biasa je. Biasa orang kata ceramah nie boring la dan alahai benda yang biasa kau dengar. Macam tu lah ini lah. So, bila masuk kelas dan dengar ustaz tu ber cerita memang best la dan ada jugak yang kureng ckit. tapi kurang-kurang ada la jugak benda yang masuk.

Tapi masa hari kedua tu memang ada ustaz klaka la jugak. Topik nya pasal komunikasi. So, tengah-tengah dye berceramah dye pun start tnya soalan.

ustaz: Yang baju Biru tu,awak panggil pakwe awk ape?

budak perempuan 1: "panggil yang"

ustaz: " Yang sebelah baju biru ,awak panggil pakwe awk ape?"

budak perempuan 2: "panggil abang"

ustaz: "Standard la tu panggil abang. Yang baju kuning ,awak panggil tunang awk ape?"

budak perempuan 3: "panggil honey"

Senang cakap nasib ustaz tue tak panggil aku kalau tak aku kata panggil nama je. Betul x en dzarif? huhuhu. hmm sijilnya dapat hari rabu. But maybe g sabtu kot. Hmm banyak btul nak kena buat kalau nak kawin. Gi ambil borang,complete kan borang...gi cop la dan lain2. Aishh kalau lah abah ada....

Kesimpulannya...kalau nak g kursus kahwin pegilah dengan pasangan anda. Lagi best dan dua-dua dengar benda yang sama maksudnya ceramah yang sama. Dan bagi aku sangat-sangat seronok pergi dengan abg zarif. Hehehe.

Jan 13, 2011

++Blaja motor++


Semalam ak mintak no talifon sek. memandu m.jaya kat adek aku kononnya nak g balaja motor hari nie. Yer la asik L jer..asik renew je. Rasa macam kejap je ak re new hari tue. hehehe=). Ok sambung citer psl blaja motor nie. Nak jadikan citer aku cal la semalam nak tempah untuk blaja hari khamis, mak cik tu kata ok tapi esok kena cal n konpem balik ngan dye.

Dalam kul 10pg ak cal la bgtau yang ak nak g pastu makcik tu suh tggu dalam kul 10.30 keter sampai. Tunggu punya tunggu aku rasa dalam kul 11.15 baru sampai. Sabau je las. So, sampai sana kul 11.30 x silap aku. Sebenanrnya ni kali kedua ak g sana. 1st ak g ngan ain syazwi. So, ni ak g sendiri. Aku pun tengok je la budak-budak nie train naik motor. Pusing 8 la,naik titi lar dll. Yang aku tak pass tu bila kena pusing sebab aku rasa corner tu kecik sangat. (^^')

Tetiba pak cik tu panggil n ak next turn. Oh No!! Nehiii....Adui pak cik kenapa tak suruh org lain dlu.. Nak buat mcm mana..pegi je la. So,aku pun pegi n start kan m
otor tapi x hidup gak. rupa-rupanya tak on kan. Ape ke sengal?. Then aku start la training motor. Ak rasa mau tak dalam 40 minit training. Lama betul. Asik pusing-pusing je. Dah last sekali tu pak cik tu suh stop pastu bagitau yang aku kena gi test JPJ 24hb. Watt?? Aku tak ready lagi. Dahla Lesen L dah mati kena g renew balik.

Conclusionnya ak kena dapatkan motor P jugak!! Xkan asik nak suruh abg zarif bawak je. Huh. Ak pon boleh gak.:P.

(gambar pinjam)

Jan 12, 2011

++X dop mood Nk tgk HagEMaRu++


Malam nie macam malam hari-hari yang lain dan pada waktu ni aku tengok hagemaru dgn abg zariff...(aduiiii perlu ke bermadah nie wanie oiiii....??) Dop eh, sebenarnya nak tengok hagemaru cuma xde mood sbb abg zarif xde..(aduiiii..citer lagi psl dye..lek la...jumaat nanti dye balik lar.)

Ok...Move on..Sebenarnya aku tak pernah tengok hagemaru dan tak tau pun pasal kewujudan citer hagemaru kat astro. But hari tu..ble lepas keje abg zarif datang makan n dye bkk tv tgk citer hagemaru. tapi aku jarang la concentrate sebab waktu tu aku tengah membasuh kain,basuh pinggan dan kerja afdal aku adalah mengemop. Menggantikan tempat arwah abah. So, sambil aku mengemop abg zarif akan tengok hagemaru. Kadang-kadang aku pun layan jugak. Tapi dye tengok memang kusyuk glerr sampai orang kata jangan kacau la dye tengok tv.

Cik Siti : ....tengah mengemop lantai dan membilas lantai ruang tamu......

abg zarif: "ishh tepi la..." katanya.

Cik Siti : .....kurang asam sampai hati nak tengok hagemaru dan menepiskan aku?.......(jeles ngan hagemaru...)

abg zarif : wateva...(dye wat donno jer)

Cik Siti : ........sekali lagi mengemop depan tv.....saje nak tgk reaction dye..

abg zarif: "ishhh datang lagi..! tepi la org nak tgk tv niee."

Tapi bila habis je hagemaru....tetiba panggil wanie sayang....cess...:P

Bottom line is, bila tak ade dye aku xdop mood nak tengok hagemaru...walaupun tadi hagemaru pulak kena buli..Slalunya dye sakat kawan-kawan dye....

p/s:

1. Ak pnggil abg zarif sbb saje nak ngada2..hahaha...xde la sebenarnya staff-staff lain aka dak2 keje kat stesen panggil dye abg zarif. So aku pun tiru dan kadang2 usik dye.

2. Abg zarif..i miss U...

Jan 11, 2011

CALL n MSG

Sepanjang petang hari ni aku asik call je. Call sebab nak cari tempat untuk praktikal. Aku rasa mau taknya dalam 10-20 orang yang aku cakap untuk hari nie. Fuhh penat..sampai sakit kepala coz asik mengadap laptop n sakit tekak sebab asik ulang benda yang sama. Isk tulun....company mana nak ambik ak nie. Sedey betul. =(. Dah la sayang aku tak ade g kursus...bertambah lagi la sedeyy..waa.

Aku sudah mula terasa keperitan tekak.Ahh sakit..! Call orang pulak aduss macam ape tah. Tak tahu sape yang angkat sama ada receptionist atau direct takpun dorang nie main pas-pas je kat sape-sape. Memang penat aku menunggu untuk dorang jawab soklan aku.

Aku: "hello. Sy student dari ***KL. Kat sini ada tempat praktikal ke?"

Company A: "helloo...hello...(berapa kali darrr??)Ye Cari siapa?. Ok Tunggu sebentar saya sambung ke talian lain."

Aku: (tunggu, tunggu,tunggu.....dan menunggu akhirnya talian PUTUS. Iskkkkkk)

Ada pulak satu tempat nie menggunakan nada yang aku tak berapa berkenan. Cara jawab pun ces buat orang geram. Begini kisahnya. Al kisah. Aku cal satu tempat nie:

Aku : "hello. Sy student dari ***KL. Kat sini ada tempat praktikal ke?"

Company B : "Oh, awk nak ape?!"

Aku : "nak tanya company tersebut ada ambik practical student x"

Company B: "Ble start practical?"

Aku : " Sepatutnya mnggu nie start...tapi"

Company B : "Ohhh kalau macam tu tak dapat la akak nak tolong. awak cal bos akak je la yer..Pastu merayu-rayu kat dye yang awk nak practical. K".

****Note: Kurang ajar betul ... Kalau tak dapat ckp je la. Ini...awk merayu-rayu2 la sampai nangis pon???? SABAR JE LA. Macam company diye sorang je ada dalam dunia nie.....Huh..

Akhirnya aku cal dan cal. Tapi hanya menunggu dan tak pasti lagi sama ada boleh dapat atau tak. Cuma baru send e-mel kat 2 company. Aiii....

++macam-macam la pesbuk nie++

Aku ada terbaca pasal fesbuk yang kononnya facebook tak akan digunakan lagi dan macam-macam la rumors yang aku dengar. Konon nya march 2011 nie facebook dah tak boleh digunakan lagi. Ada jugak yang frust la sebab tak dapat digunakan. Tapi korang pon frust gak ke? Aku pun frust gak kalau pesbuk tak ade. Boring la hidup aku..hehehe.


Tapi yang paling recent aku dengar pasal Pencuri identity. Oh no!!!! Scary beb...ade ke orang buat mcm tu? Actually aku ada dengar la pasal pencuri id ni. Kadang-kadang sebab sakit hati dengan orang dia buat la mcm tu. Letak gambar orang tu pastu perburukkan orang tu. Takut betul dengar mcm tu. Tapi ada tips from jennifer Waters;

Tips to Stay Safe

  1. Jangan pernah posting tarikh dan tempat lahir anda. Ini maklumat yang sangat berharga bagi pencuri identiti.
  2. Jangan posting alamat, nombor telefon atau alamat e-mel.
  3. Ingat bahawa apa yang anda posting adalah awam dan kekal.
  4. Jangan memasang foto yang memalukan
  5. Jangan mengeluh tentang pekerjaan anda atau penyelia anda.
  6. Jangan mengatakan sesuatu atau tentang seseorang padahal anda tidak berani untuk bercakap face 2 face dengannya.
  7. Berhati-hati dengan kuiz yang rakan anda invite kerana kadang-kadang mungkin terdapat kuiz yang design nya untuk mencuri maklumat seseorang.

**Hmm so macam mana? berguna tak tips nie? Hmm apa-apa pun kena berhati-hati la. Takut jugak bila dengar ada yang sanggup menjadi pencuri identiti.

Rindunya kat dye (T~T)


Rindunya kat dye...
aii.....lama lagi ke nak balik..?
Nanti nak makan dengan sape?
sedeynya saya....=(
1st time b'jauhan............................(^.^)

My love...

I love you more than all the stars in the sky. 
I love you more as each moment passes us by. 
I need you for you can wash away my pain. 
I need you more each day  
I need you for you are so wonderful, in every single way.  
I miss you more than ever now. 
I miss you because I really need you somehow. 
I want you to know that I love you, need you, miss you, and want you  
And I have for every single moment, right from the start.

Jan 5, 2011

Salesman@Peminta sedekah@Bantuan utk kanak yang kurang upaya.

Selalunya dari dulu lagi masa aku duduk kat 4tin,jln ipoh tu kalau ada salesman datang je mesti mak pesan suruh tutup pintu. Bukan bersiakap biadap,TAPI tak tahan dengan cara sesetengah yang datang. Kadang-kadang kononya ada yang cakap "kami tak jual barang,tapi kami ada product yang bagus untuk kesihatan". ada jugak yang kononnya penat dan mintak air untuk hilangkan dahaga. Aku pun pelik jugak,takkan company tak bagi duit untuk makan?minum?tambang? Senang cakap kalau salesman datang je tutup pintu.

Next peminta sedekah. Kalau ikutkan arwah abah memang diye akan kasi walaupun duit dalam poket hanya ada rm10. Dia akan bagi. Tapi Aku? tak pernah bagi. Mungkin la orang nak cakap aku kedekut or watever tapi pada waktu itu pandangan aku kenapa mereka kena minta sedekah duit orang lain padahal mereka ni boleh bekerja? Aku pun bukan bekerja,masih lagi belajar.

Orang yang datang mengetuk pintu rumah ataupun melaungkan suara dan memanggil tuan rumah tapi diye memperkenalkan diri mereka bukan salesman dan jangan takut. Itu kata mereka. Lepas tu mereka tunjukkan i/c dan pas dari tempat badan berkenaan. Rupa-rupanya bantuan untuk kanak-kanak yang kurang upaya. Lepas mereka menceritakan tentang kanak-kanak itu apa yang aku hanya mampu bg rm5. Maaf. Aku tak ada duit. Aku bukan kerja lagi. Pandangan mereka itu seperti "ai,rumah teres pun bagi macam rumah flet ke?!" mungkin itu tanggapan mereka. Tapi wateva. Nasib aku tak mengamuk dan cakap aku tak ada duit je.

So, sebenarnya aku tak sanggup minta duit kat mak sebab mereka2 di atas yang mintx atau mengharapkan derma ikhsan aku. Cuma memang btul..aku tengah tak ada duit..Kadang-kadang mak akan cakap yang orang tadi tu dah datang semalam. Tak pun orang dari agensi sama tapi orang yang berlainan.

Jan 4, 2011

Jom main game~happy aquarium

Aku suka main game happy aquarium yang boleh beli ikan pastu bersihkan aquarium dan bagi ikan makanan. Paling suka boleh hias aquarium. hehehe..sebenarnya saje je nak tunjukkan pic happy aquarium. :)

(yang nie 1st aquarium. Bila dapat pearl terus beli wallpaper. Then beli pelangi. Tu pasal la pearl tinggal ckit je..T_T. Tak pe asalkan aquarium lawa..heheh. Tema sekarang krismas..xsempat tukar new year lagi..:p)




(tangki nie pulak ada squid. Masa mula-mula beli hanya ada warna puple je. Nasib boleh adopt female squid purple then bila mate-kan keluar baby squid warna pink. Yang kuning tu pulak sebab dapat adopt dari neighbour..hohoho)




(aquarium yang last ni sebenarnya nak beli ikan yang cute2. Pastu teringat cerita finding nemo jadi belilah ikan yang macam nemo. Kononnya tema macam sehati berdansa? )

Jan 2, 2011

selamat tahun baru 2011

2011. Bukak lembaran baru. Aku harap tahun ni adalah tahun yang baik untuk aku dan keluarga. Walaupun dengan ketiadaan abah sebagai payung yang selama nie semua orang bergantung. Azam tahun ni hmm kena fikir jap apa yang aku nak habiskan.

1) Abiskan belajar+praktikal
2)kawen-hmm sememangnya ya..hehehe
3)ambik lesen P - dah brp bulan asik L je..asik2 renew jerr
4)pindah rumah- yang ni paling penting.
5) Cari kerja- kena keje kalau habis belajar bulan 6 niee

Semoga tahun nie akan lebih baik dari tahun lepas. Asam garam kehidupan perlu ditempuhi walaupun pahit untuk menerimanya. Dan selamat hari jadi juga kepada sesiapa yang lahir pada awal tahun baru...hepi besday:)

p/s: untuk tunang saya....Saya sayang awak..:)
 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown