Jan 30, 2012

Cara nak tukar sekolah

Akhirnya selesai juga adik aku nak tukar sekolah ke sekolah menengah lain. Susah betul proses nak tukar dan mengambil masa yang lama. First sekali ingat macam senang je. Pegi sekolah baru dan ambil borang dan isi je. Tapi.........

Tapi sebenarnya kena pergi sekolah lama dan ambil sijil berhenti sekolah dulu. Kemudian kena ambil buku koko dan buku laporan prestasi. Hmm Kalau zaman aku dulu memang pakai buku laporan je. Sekarang ni print online je. Wow senang macam tu je. Teringat pulak masa aku buat case study untuk kat Miami Dade county public schools. Semuanya guna internet. Parents pun boleh tengok grade,attendance anak secara online.

Tak tahu cara nak tukar sekolah macam mana masa mula-mula. Dari sekolah swasta kepada kerajaan. Orang kata susah jugak. Search jugak kat internet nak cari macam mana caranya. Tapi tak jumpa(sebenarnya tak reti cari...).

Cara nak tukar sekolah:
  • pergi PPD(Pejabat Pelajaran Daerah)
  • pergi Sekolah Lama
  • pergi Sekolah Baru yang nak masuk.
Seterusnya:
  1. Ambik borang pindah sekolah di PPD. Isi borang dan lengkapkan.
  2. Pergi sekolah lama untuk ambil cop pengetua untuk pengesahan.
  3. Ambil jugak sijil berhenti sekolah,buku koko dan buku laporan prestasi pelajar.
  4. Kemudian hantar borang ke PPD.
  5. PPD akan beri slip bila untuk tarikh ambil borang kembali.(dalam 2 minggu)
  6. Hantar borang pindah sekolah ke sekolah baru bersama dengan buku koko dan buku laporan prestasi pelajar.
Itu je. Senang kan. Cuma masa yang bazir sebab perlu tunggu lama.


3 comments:

Anonymous said...

kalau cara nak pindah sekolah ke luar negara cam ne pulak ye?

mail said...

kne pergi ppd yng tmpat
sekolah lama?

Razman Rasyid said...

Boleh kah buat lagi buat anak saya ni baru pindah ke sekolah baru yang di pohon... Saya pula berpindah ke bandar. Jadi saya mau bawa balik ke sekolah pertama dia

 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown