Jan 30, 2012

cara atasi Sakit kepala


Sejak beberapa hari ni asik sakit kepala je. Makan ubat dah makan. Tapi sakit jugak! Boleh dikatakan tiap-tiap hari sakit. Aii mengadu kat sini jugak la kalau sakit kepala. Ye la siapa nak dengar kalau dah setiap hari asik cakap sakit kepala. Ada orang percaya? Ada orang nak kesian? Orang cakap kita mengada-ngada ada lar.

Kenapa sakit kepala?
  • Problem
  • Sinus
  • Tension


Jenis-jenis ubat yang biasa aku makan untuk hilangkan sakit kepala:-

(cafergot)
Hampir lupa nak beritahu yang dulu-dulu kalau aku sakit sangat kepala(migrain) aku makan pil cafergot. Ambik sebiji dah cukup. Cuma kesan cafergot agak lambat dan memang cara yang paling adalah untuk tidur lepas makan cafergot.



(synflex)
Selain dari itu,ubat yang memang aku selalu makan untuk sakit kepala ubat nama synflex. Jenis ubat ni ada dua. Selalu kat farmasi tanya nak yang mana satu warna biru tua atau muda? Bezanya hanya pada (mg) ubat itu. Kalau sakit kepala yang berpanjangan selalunya makan yang warna biru tua. Kalau makan kita terus akan dapat rasa dah kurang rasa sakit.

Selain dari itu makan ubat macam ponstan,actifast,panadol dll. Selalunya bila dah betul2 sakit kepala memang tak berkesan langsung kalau makan panadol je. Memang teruk bila dah migrain.

Petua apa eh yang boleh hilangkan sakit kepala?

Contoh yang selalu mak aku suruh buat macam:

Ambik timun dan cincangkan timun tu. Lepas itu masukkan air sedikit. Kemudian tambah ais. Dan lumur kan atas kepala.

Ada jugak selain dari itu masa aku pergi hospital doktor ambil ais pack dan letak kat leher. Tak silap rasanya dalam 2 pack kecil. Tangan pula letak kat atas bantal. Agak-agak dalam setengah jam dah okey rasa sakit kepala tu dah boleh simpan balik ais.

Selain dari itu ada jugak yang cadangkan untuk gunakan asam macam limau kasturi dan asam jawa.


No comments:

 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown