Labels

Dec 30, 2012

Cuti Sekolah


Salam..

Tajuknya cuti sekolah tapi bukan aku ekk yang sekolah..
hee tak lawak pun..toing toing..gelak sendiri..
Dah lama tak bawak budak berdua nie pergi jalan.
Akif  n Bidin ( atau nama sebenar bidin, khalif ).
banyak jugak tempat terfikir nak pergi mana.

- mid
-piramid
-T.square


Akhirnya kitaorang pergi mid valley.
Decide tengok wayang movie "Wreck it Ralph".
Best jugak. Tapi untuk budak yang berumur 3 tahun emm kurang sikit kot.



(nyum nyum makan pizza at Domino's)



(krismas event at Mid valley)

Dec 13, 2012

Durian Crepe Mid Valley


Salam...


Rasanya sekarang nie kecoh dengan durian crepe. Kan?
Well aku bukan peminat durian.
Boleh makan tapi 2,3 ulas. Paling banyak 4 ulas kot.
Tapi impossible kot nak tengok 4 ulas aku makan. Hahahaaa

Ok, sambung kisah durian crepe pulak.
Masa pergi tengok movie twilight tu kami singgah kat kedai nie.
Sumptuous Desserts. Ada jual Durian Crepe.
Tapi akak tu kedekut kot.
Kawan aku nak beli 4 dia cakap boleh beli 2 je...hurmm kedekuttt
So,aku pon cakapla aku pun nak 2. Cess dia jeling aku.....
Dah orang nak beli. Bagi je la.Kalau dah habis,cakapla habis.
Betol x?

Aku beli satu untuk abg zarif dan satu lagi untuk mak aku.
sekali makan je habis. Sedap sangat kot. :p


(lokasi kedai nie dekat tkt LG. Kalau jumpa big apple mmg nak dekat la tu.)




(amek kaww 2 sekali beli)











-SEKIAN-
TQ for reading my entry

Dec 9, 2012

Layan Twilight Breaking Dawn-Part 2

Salam...

Alhamdulillah....finally..dapat jugak pergi tengok movie,
Twilight Breaking Dawn-part 2.
Apalagi tengok dengan my best friend la.
Tengok poster pun memang dah rasa tak sabar-sabar.


(Poster)


Tengok movie twilight dekat The Gardens. 
Bagi aku first time la. 
Tapi tiketnya....(geleng kepala). Mahal!
Tapi kelebihannya, tak ramai orang. So, tak perlu beratur panjang.

Malam sebelum nak tengok breaking dawn part2,
aku layan dulu breaking dawn part1. 
Sebabnya nak feeling-feeling la dulu.
Kalau terus tengok je kan dah terkial-kial tak tahu kat mana.
Al maklumla, aku nie pelupa..heehee.

Best sangat dapat tengok breaking dawn P2.
Dari awal lagi folllow cerita ni.
Sekarang dah ending.
Sedihnya....
Mungkinkah ada sambungannya?


(sweetnya)


Lepas habis tengok movie kitaorang pergi berjalan ke midvalley pulak.
Best sangat jalan-jalan sampai tak sedar dah nak dekat pukul 10.
Kat Mid Valley kebetulan ada pameran atau ntah la ape orang panggil.
Tapi orang kata pameran untuk Krismas. 
Ramai yang ambik gambar, so kitaorang join sekali.











p/s : next entry durian crepe at m.valley


-Sekian-

~Terima Kasih Baca entri saya~





Nov 29, 2012

Makan @ Dubu Dubu


Salam....

First of all, TQ to abg Dzarif bagi permission untuk keluar. 

Hari Sabtu tu me & my friend pergi restoran Dubu Dubu dekat mid valley. 
Kata nak makan makanan korea. 
Mula-mula nak tengok twilight tapi tak pelah next time kan. Next Saturday maybe?


Alang-alang dah sampai mid valley jum makan kat dubu dubu.
Memang teruja gler nak makan makanan korea nie.
Wahh terasa macam kat seoul gitu.



Bila makanan dah sampai tengok macam sedap je.
Warna pun nampak menarik je. Dengan warna merah menyala.
Yang aku order tu picture kedua, ttopokki. 
Rasanya macam yong tau fu. Bila digigit rasa liat-liat sikit.
Cuma satu je aku tak suka, Manis!

Yang 1st picture tu, japchae.
Lebih kurang macam mee jugakla.
Ala macam sohun goreng. Pastu dicampur telur dan lain-lain.


Makanan yang kami order :
1 - Japchae + Peach Tea
2 - Ttopokki + Peach Tea

Kesimpulannya, makanan korea boleh jugak la masuk kat tekak aku.
Cuma satu je aku tak suka, Manis. 
Tapi air dia Peach Tea. Sedap!!
Dan
Aku sangat teringin nak makan bulgogi. Heee...
Next Time blh tak my fren?... lalalala ~








-Sekian-

~Terima Kasih Baca entri saya~



Nov 19, 2012

5 Cara untuk rawatan kaki

Salam...

Malam semalam aku merajinkan diri untuk buat pedicure. 
Dengan menggunakan produk Mary Kay adik ku...
Tak gunakan produk MK pun tak ape. 
Asalkan ada sabun,lulur/scrub dan besen.
Tak kisahla jenama apa asalkan bila dah rendam janji hilang daki.
Betul tak?


Bahan-Bahan yang diperlukan adalah :
Set Pedicure Mary Kay(foot Scrub,foot fizzies,foot foam)
Besen , & Air .

Cara - Caranya :
1. Ambil Besen dan campurkan air bersama dengan air panas. So, jadi suam-suam la air.
2. Masukkan sebiji sahaja Mary kay foot fizzies ke dalam air. Biarkan dia berbuih.
3. Rendamkan kaki selama beberapa minit.
4. Gunakan Mary Kay foot Scrub. 
5. Kemudian gunakan Mary Kay foot foam, untuk membersihkan kotoran.

Hasilnya, kaki akan jadi bersih,licin dan wangi....Sangat wangi...~



(Mary Kay Pedicure Set)









-Sekian-

~Terima Kasih Baca entri saya~


Nov 14, 2012

Cuti Diwali

Salam....

Orang yang tak bekerja pun cuti jugak..
Deepavali tak de cerita best ke tahun nie kat tv?
Selalunya ada cerita hindustan and tamil yang best.
Layan jer..dua-dua tengok tak kira hindi or tamil.



Semalam berjalan dengan abang Dzarif 
ke Central Market jumpa kolum untuk hari deepavali. 
Cantik kan?











Nov 10, 2012

[Gambar] Anugerah Skrin 2012

Salam...

Semalam tengok Anugerah Skrin, tapi sayang tak habis tengok. 
Sangat bosan. Berdrama atas pentas. 
Tapi bagi aku memang ada effort la dorang nak buat semua tu.
 Bukan senang. Nak kena hafal lagi. Betul tak?

ecehhh..macam la aku nie melayan drama melayu.....
Aku layan la jugak...Bunohan,ombak rindu.
Pastu rajin jugak tengok drama kat tv3.

Tak Kisah la..tapi rasanya ramai kot artis melaram malam tu. 
Cantik la baju dorang. Bagi aku cantik. Tak puas pandang. 
Yang paling aku suka baju neelofa. Lepas tu baju rita rudaini.
Dahla cantik pastu pakai baju yang dah elegan memangla nampak lagi cantik.

Keputusan penuh untuk anugerah skrin 2012 boleh klik kat blog nie. 
Semua ada, gambar pun cantik-cantik..:)



(Cantik kan baju neelofa? Baju sebiji macam cinderella...)



(Baju Rozita Che wan pun cantik jugak..)




(Ixara Aishah pun tak kurang hebatnya,simple tapi elegan. I like black..:))




(Yang nie aku tengok, Best! Suara Misha Omar pun sedap. Tambah pula baju rita rudaini yang sangat3x cantik...oh my..Kalau aku dapat pakai..hahaha....)




(Part nie yang paling best sekali,susah jugak jumpa gambar Misha Omar tapi last-last jumpa dekat FB ASK...macam cleopatra pun ada. Yang penting rita rudaini tetap Cun..:) )









Note: Semua gambar bukan aku punya. Owner dia kat sini eh, http://www.rotikaya.com
Dan juga dari facebook Anugerah Skrin.




-Sekian-

~Terima Kasih Baca entri saya~


Nov 9, 2012

4 Sebab kenapa sakit Kepala

Salam....

Sejak dua menjak nie, rajin sangat aku sakit kepala. Tengok orang lain happy je..tapi aku? 
ada bad headaches..T_T
Sakit la kalau headaches. Ada tak orang yang tak pernah mengalami sakit kepala?
hmm...mcm aku ubat aje jadi peneman sakit kepala....
Macam entri aku yang lepas..jenis ubat yang biasa aku makan.

Kenapa terjadinya sakit kepala?
:: Bagi aku ada macam-macam sebab. Kadang-kadang tu rasa tak relevan pon::
:: Benda kecik je tapi boleh membuatkan sakit kepala::

1. Stress - Ok stress memang betul sebab kita asik dok fikir jer. Mata pejam tapi kepala asik dok fikirkan je halnya. Last-last sekali dapatla migrain. 
2. Perut masuk angin - gastrik la senang cakap. Bila lambat makan memang perut mudah masuk angin sebabnya kita dah biasa makan pkul 1pm tetiba hari tu lewat dan makan dalam pkul 3pm. 
3. Terlebih ataupun terkurang tidur - Selalunya aku kurang tidur dan kadang-kadang pagi tu rasa berdengung aje telinga. Lepas tu aku selalunya menguap-nguap dan kemudian dalam 3,4 jam lepas akan sakit kepala. 
4. Cuaca - Bagi aku tak kira cuaca panas atau hujan mesti ada hari yang aku sakit kepala. Ingatkan dulu ala-ala puteri lilin gitu...tak boleh kena panas. Tapi sebenarnya disebabkan peralihan cuaca. Terlebih panas pun sakit kepala. Terlebih sejuk pun sakit kepala juga.


Cara mengubati Sakit Kepala (Rawat diri sendiri)
:: Maksudnya cuba mengawal sakit kepala dari sakit yang berlanjutan. ::
:: Bergantung kepada cara-cara mengawal sakit kepala kadang-kadang tu hanya Ubat sahaja yang mampu dapat hilangkan sakit kepala. ::

1. Pertama sekali kalau akibat dari stress aku akan terus makan ubat. Memang tak de cara lain dah nak kawal. Cuma lepas makan ubat basuh rambut. Baring, pejam mata dan rileks. Kalau tidur lagi baik.
2. Kalau disebabkan oleh gastrik, *sigh* macam-macam la ragamnya. Kadang-kadang rasa macam nak muntah, sakit perut, dan pening-pening. Selalunya ubat paling mujarab bagi aku minum susu panas. InsyaAllah perut tak meragam. 
3. Yang disebabkan oleh tak cukup tidur selalunya makan panadol je. Tak makan ubat tahan sakit yang kuat. Tak pun makan panadol dan sambung tidur
4. Kalau disebabkan cuaca panas. Aku makan ubat, basuh rambut, tidur dan mandi. Kalau tak jalan jugak, potong timun,cincang dan letak ais. Ahh sedapnya terasa sejuk di kepala. Sebaliknya kalau hujan pulak,hmm pegi klinik je la..doc saya sakit kepala!!




-Sekian-

~Terima Kasih sudi baca entri saya~

Oct 6, 2012

my Konvo Day~

Salam....

Alhamdulillah...akhirnya dapat juga aku konvo.
Bersusah payah untuk dapatkan ijazah.

Terima Kasih yang tak terhingga kepada :
 Lecturer - especially to mdm cordelia and mdm mar
Sahabat - Dayah,Shida









Terima Kasih yang tak terhingga kepada semua yang datang untuk my konvo @ PICC on 6.10.12.

Tq so much to my family and my in laws yang datang....
and
Tq so much to my abg Dzarif for the beautiful flowers...







-Sekian-

~Terima Kasih sudi baca entri saya~

Oct 3, 2012

T-ara @ Malaysia Showcase


Salam...


Yer, kami peminat T-ara. So bila dapat peluang Abang Zarif yang beli tiket.
 hehehe...padahal takut nak pegi seorang...So,beli untuk aku sekali. 
Ok nak dijadikan cerita kami beli tiket di Sg wang. Katanya ada free gift. 

Rasanya dalam 2 atau 3 bulan beli tiket akhirnya telah tiba juga masanya. 
Excited gilerrr masa nak pergi tu. 
Masa sampai tu pergi ambik free gift. 
Start dalam pukul 8.30 mlm macam tu. 

Tapi yang tak bestnya tempat duduk dalam dewan tue. 
Very Bad. T_T
Dahla nampak place card(ek,betul ke aku  sebut nie?)
Lepas tu asik nampak kepala orang. 
Padahal kitaorang duduk tengah-tengah dari stage tapi bahagian tepi.
Paling sakit jiwa bila semua fans menjerit. Sakit telinga aku!
Ok la tu pasal keburukan. Sekarang cerita benda best pulak.

Paling best dapat tengok dorang nie live.
Nyanyi live (Yeker?...hehe)
Dapat dengar apa yang dorang cakap. Cute glerr...
 bak kata abg Dzarif, apa kesimpulannya?
hmm pergi showcase ada baik dan buruknya..lain kali kita pergi konsert je..
takpun kita beli tiket yang VVIP punya..[peace]



T-ara @ Malaysia Showcase

Date : 3 October 2012
Venue : Dewan PGRM,KL,Malaysia.

7 Song List
Roly Poly
Lovey Dovey
why you being like this
Day by day
Sexy Love
I go crazy because of you
Bo Peep Bo Peep





-Sekian-

~Terima Kasih Baca entri saya~

Oct 2, 2012

(k-drama) Haeundae Lover


 Best gler drama nie. Kalau ada kelapangan silalah layan. 
Walaupun hero dan heroinnya tak berapa dikenali tetapi lakonan yang mantap dari pelakon-pelakon membuatkan drama ni BEST
Kadang-kadang layan kat chanel kbs 391 kat astro. 
Setiap hari isnin dan selasa pukul 9 malam. 
Memang lawak habis la. Nak tunggu untuk episod seterusnya pun tak sabar!
Boleh tak kalau ada drama melayu copy drama nie? aku nak tengok gak mcm mana..hihihi
Tiap-tiap malam tengok dengan suami drama nie. 
Dengar dorang cakap dialek Busan memang la rasa pelik..hahaha...
mesti rindu kat nam hae dengan so ra.







-Sekian-

~Terima Kasih sudi baca entri saya~


Jul 21, 2012

STOP

Mungkin ini last post. Kadang-kadang rasa tak ada makna hidup. Hidup bersama selamanya. Rasanya merepek. Ada setengah masa pasti dia akan boring dengan kau juga. Tapi untuk orang yang tak menghargai orang lain dan orang yang tak pernah rasa respect/hormat kepada orang lain adalah orang yang yang sangat kejam.

Dah malas nak tulis benda-benda yang aku merajuk dalam blog. Rasa bodoh pun ada. Walaupun dia baca tapi dia masih buat tak tahu. Tau kan orang selalu ckp "bibir tersenyum hati menangis". Siapa yang tak sedih sebenarnya bila orang sakitkan hati kita? mungkin aku sensitif. Tapi aku memang terasa hati.

Dengan ini. aku nak menamatkan blog ini. 
Terima Kasih.

Jun 29, 2012

(k-drama)The Chaser


Baru start tengok, semalam baru episod 1 dan tengah tengok episod 2 dekat SBS channel 393. Jalan cerita nampak macam best je. Walaupun aku tak berapa kenal pelakon watak utama. Aku la yang tak kenal tapi kat korea dia memang femes. Episod 1 pun dah sedih, ingatkan anak dia selamat, rupa-rupanya kawan dia sendiri bunuh sebab duit. Dunia-dunia, kalau bagi duit semua boleh settle. Jom tengok sinopsis.




Sinopsis

Detektif Baek Hong Suk, Joo Hyun (Anak) kehilangan anak perempuan berusia 15 tahun dalam kemalangan kereta dan isterinya meninggal dunia daripada kejutan tidak lama selepas itu. Beliau kemudian mencari kebenaran yang berkaitan dengan kematian anak perempuannya dan belajar bahawa kematian terikat kepada konspirasi.

Wartawan Seo Ji Won (Pergi Joon Hee) adalah anak perempuan Pemilik sebuah syarikat besar. Dia membantu Detektif Baek Hong Suk untuk membongkar kebenaran di atas kematian anak perempuannya. Semasa membuat liputan cerita, beliau mendapati bahawa abang ipar Kang Dong Yoon Jung Sang (Kim), seorang calon presiden atas, terlibat dalam rasuah. Beliau kemudian datang ke dalam konflik antara keluarga dan kebenaran.

Title: 추적자 / The Chaser
Chinese Title: 追擊者
Previously Known as: 아버지의 전쟁 / Father’s War
Genre: Crime, Mystery, Action
Episodes: 16 (To Be Confirmed)
Broadcast network: SBS
Broadcast period: 2012-May-28 to 2012-July-17

Jun 27, 2012

(k-drama) Miss Ahjumma

Ada yang tengok tak drama Miss Ahjumma? Setau aku ahjumma nie maksudnya makcik dalam bahasa melayu. Actually masa mula-mula tengok rasa biasa je. Iyalah pelakon pun kurang femes je, ingatkan citer tak best. Lepas beberapa episod tengok emm best la pulak. Lebih-lebih lagi masa dia kena tinggalkan suami dia sebab suami dia tengah syok dekat perempuan lain.

(Gambar Geum Hwa sebelum transform jadi cantik) 

Tapi masa lepas dia bercerai dengan ex husband(kyung se) memang sakit hati betul dengan si sae mi tu. Jahat nak mampus. Tak ada keje lain asik nak musnahkan kehidupan orang je.!  Memang kejam betul. Yang si ex husband dia pulak asik percaya je si saemi tu. Iyelah bini baru kan. Hmm.....So, sekarang geum hwa dah transform jadi cantik.

Satu-satu masalah  berlaku dekat geum hwa. Memang tak lari masalah dia dengan sae mi. Geram betul aku tengok. Mula-mula rampas husband geum hwa. Sampai dia bercerai berai. Lepas tu pulak nak rampas kerja atau projek geum hwa. Yang tak leh blah masa dia nak rampas anak geum hwa sendiri sebabkan ex husband dia tak nak geum hwa kahwin. Bengong kan? Memang banyak masaalah. Yang si sae mi pulak tu memang giler-giler jahat. Siap upah gengster. Yang pelik tu dorang nieh tak buat report polis. Sebab tu lah si sae mi tu sanggup buat apa jer.


(Gambar selepas transform)

Sekarang ni pulak sae mi nak rampas boyfriend geum hwa. Kebetulan pulak dia jumpa dengan emaknya si Yoon Jung Woo tuh. Apa lagi sae mi nie naik minyak la. Berbaik dengan mak Tuan Yoon. Sedangkan tuan yoon tak tahu pun itu emak dia. Hebat kan sae mi? walaupun anak seorang tapi kejam. Untuk lebih lanjut, klik sini

OST Miss Ahjumma 

Pernahkah engkau hargai cintaku ?



Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua

Ku sayang padamu
Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai

Oh Cintaku
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah

Di dalam hidupku ini

Jun 26, 2012

(k-drama) Love you a thousands times


Love you a thousand times

Sejak duduk dekat rumah tak de benda lain nak di buat. Tengok tv je. Tak pun melayan running man je. Rupanya drama ni tayang kat korea tahun 2009-2010. Hmm ingat macam baru je. Sambil melayan drama miss ahjumma,tengok gak drama nie. Rasanya nak dekat habis dah. Tak sabar nak tau endingnya macam mana..

Sinopsis:
Baek Sae Hoon dan isterinya, Lee Sun Young, sedaya upaya cuba untuk hamil tetapi gagal. Ibu Sae Hoon pergi ke Sun Young dan meminta bahawa dia mempertimbangkan ibu tumpang sebagai satu cara untuk hamil  tanpa pengetahuan Sae Hoon. Ini adalah di mana Go Eun Nim datang. Beliau adalah ibu tumpang mereka yang membawa anak-anak mereka tetapi keadaan menjadi rumit apabila dia kemudian jatuh cinta dengan adik Sae Hoon, Kang Ho.

KLIMAKS: Bila Kang Ho(Suami Eun Nim) dapat tahu bahawa isterinya adalah ibu tumpang kepada anak abangnya.

Lakonan:
Lee Soo Kyung sebagai Go Eun Nim
Jung Gyu Woon sebagai Baek Kang Ho

Untuk lebih lanjut, klik sini. Info drama wiki.

Loving You a Thousand Times Ost - Beige -

Malas update

Seriusly,aku tak ada update apa-apa sangat bulan niey. Mungkin tak ada apa yang menarik berlaku.

*Sigh*

oh 1st annivesary...tak ada apa yang best pun. Makan ayam penyet je. Same as always. No Flower. No gift. Nothing. As usual.

Maybe kena beli sendiri. Baru puas hati. Nak tggu orang bagi memang kempunan. Takkan dapat. So,tak payah mengharap. Beli je sendiri. T^T...

Fine tak payah beli sendiri.....tunggu je. Kalau takkan dapat tak pelah...kempunan sepanjang hidup.

Jun 21, 2012

(k-pop song) Taeyon - Missing You Like crazy


Don't you know me? 
The reason I'm here is because of you
But my eyes tingle with the cold so I can't say anything
I just look toward you by myself

Even if the tip of my heart hurts like this
Even if the tip of my hands tremble like this
I can only think of you

The person I miss like crazy
The words I want to hear from you like crazy
I love you, I love you - where are you?
The person I long for, who is deeply stuck in my heart

I want to cherish you forever

What do I do? You were so cold to me 
But I still miss you

Even if the tip of my heart hurts like this
Even if the tip of my hands tremble like this
I still can't forget you

The person I miss like crazy
The words I want to hear from you like crazy
I love you, I love you - where are you?
The person I long for, who is deeply stuck in my heart

Please tell me that you cherish me
Please don't blankly erase me
Because you're my everything

The person I miss like crazy
The words I want to hear from you like crazy
I love you, I love you - where are you?
The person I long for, who is deeply stuck in my heart

I want to cherish you forever
I love you, I love you


Jun 20, 2012

(k-pop) After School - Flashback MV

After School comeback with Flashback~!!
However it's without Kahi because kahi just graduated from After school. She will work on her solo activities. So sad. Imagine After School without their leader. But now Jungah is the new leader. Do you like graduation concept? some might say yes and some no.






Jun 14, 2012

(k-drama) Rooftop prince

Siapa tengok drama rooftop prince? *saya!!*. Aku pun sebenarnya boleh dikatakan lambat jugak follow drama rooftop prince. Dekat channel 393 pun masa tu dah tayang episode 4 atau 5 macam tue. Best kot drama Rooftop ni sampaikan tak sabar-sabar nak tengok next episode. Tapi tak best la tengok online. Aku lagi suka kalau boleh download. Senang nak tengok. Betul x? ^^,



CAST:

Park Yuchun as Lee Gak / Yong Tae-yong

He is an Adonis with rare handsomeness. As sharp and wise as a tiger, yet cautious as a bull, this character harbors a deep loneliness. One day, the Crown Prince finds himself time travelling 300 years into the future and confronts considerable challenges in 21st centurySeoul.
Han Ji-min as Park-ha / Bu-yong

Park ha is a champion of hardships. She has been through all kinds of trials and ordeals, not just in her native Korea, but in the U.S. as well. However, it's in her blood to be strong and optimistic.
Jung Yoo-mi as Hong Se-na / Hwa-yong

Se-na has the looks to charm any man, but she is manipulative and scheming like none other. She is Park-ha's step sister yet later to know they are real sisters. Pretty as a doll and delightful on the outside but her greed always pushes her to strive for bigger and better things in life. She has hated Park-ha for her whole life.
Lee Tae-sung as Yong Tae-mu/Moo-Chang

He would grind an axe into a needle if he had to. He works harder than anyone to achieve success. And, he resorts to whatever means he can to accomplish a set goal.
Lee Min-ho as Song Man-bo

One of the three entourage of Yi Gak. He is very smart and there is nothing that he does not know, but the fact that he is an illegitimate child, his career does not go very far. He has solved murder cases in the past.
Jung Suk-won as Woo Yong-sool

One of the three entourage of Yi Gak. He can be very blunt sometimes but is extremely skilled in fights. He has killed people in the past but only to protect innocent people. He was going to be executed but was then stopped by Yi Gak, where he was asked to be his protector.
Choi Woo-shik as Do Chi-san

One of the three entourage of Yi Gak. He is very skilled and has a wide social network. There is nothing that he does not know among people, including gossips and secrets within the palace.






Makan @ nandos


Salam....

Suami belanja makan Nandos kali nie. Sedap!! Hari tu makan dengan my fren. Tapi tak ambil gambar. hehe....malu** Yerla,ade org kat tepi kiri kanan.

Suka sangat dengan sos dekat nandos sampai nak bawak balik. Hee..dengar kata ada jual. So, boleh la beli...nyummy..sedapnya...:)




(Sos nandos)



(Mexican Rice)



(me...)



(husband yang tengah happy coz chelsea menang hari tu)

May 14, 2012

Ayam Penyet 'n' Bantal strawberi


We decided to eat ayam penyet at Sungei wang. Ramai sungguh orang hari ahad tu. Selalunya kiteorang pergi tak de orang pun. Tapi disebabkan hendak juga makan ayam penyet. Masuk jugak la. Nasib baik ada satu meja kosong. Ambik gambar pun malu-malu. hehe . . Last2 main snap je. . !

Menunya pun pelik jugak. Tapi pada penggemar ayam penyet mesti dah tau kan menunya. Yang pelik tu nama air Milo dia, MILO DINOSOUR...! 

(ayam penyet)

(milo dinosour)

(suami saya.....)


Lepas makan, suami belikan bantal yang bentuknya macam strawberry. Tapi best dipeluk. Sampai berebut dengan dia. Dekat kedai tu, beli satu dan kali kedua nak beli dapat half price. Hmm cashier tu suggest untuk beli satu lagi sebab dapat half price. Lepas pusing-pusing mencari entah la tak berkenan kot. Hehe. .  ikutkan hati nak semua je!

(cute tak...:p)

May 13, 2012

10 contoh Hadiah kahwin

Tahun 2012, wah ramai kawan aku masa diploma dulu nak kahwin. Adui nak pergi pun bukannya ada kereta. Apa nak buat kirim hadiah jer lar. Suka tengok orang kahwin nie. Teringat pulak masa time aku tahun lepas,hahaha.....bila dah ada orang kahwin ni mesti kena cari hadiah kan. hmm nak cari apa ek.

Nak beli hadiah kahwin?
Buntu?
Tak tahu nak beli apa?
Hahaha sama macam aku . .

Kononnya nak bagi hadiah kat member,
nak bagi hadiah yang paling gempak,
tapi last-last tah hape hape yang aku kasi.

Kenapa jadi macam tu?
sebab dari awal tak prepare,
dan last minute kelam kabut.

Apa nak bagi untuk orang kahwin. Yerlah selain dari satu set gelas/cawan. Tapi depends dengan budget la kan. Ada gak contoh lain. Klik sini.


  • Kristal - Hmm,kalau orang cina mesti beli kristal. Sebab apa? kristal nampak mahal dan sangat cantik. Ada macam-macam jenis bentuk kristal. Contohnya:
  1. Set Gelas
  2. Pasu Bunga
  3. Mangkuk dan lain-lain.

  • Toaster - Kalau nak bagi toaster,beli lah yang ada brand. So, xder la cepat rosak. Biasalah kalau beli alat letrik ni mesti nak beli yang ada brand. Betul tak.
(cutenya toaster hello kitty...)

  • Towel - Kalau nak lagi bagus kalau beli yang ada tulis Selamat Pengantin Baru. Kalau tak ada pun tak ape asalkan towel. Ada seseorang yang aku kenal pernah cakap, dia masih simpan towel yang orang bagi masa wedding dia. (wow, agaknya nak dekat 20 tahun kowt......)
(contoh towel)

  • Blender - Hah, masa aku dapat hadiah dulu blender lah yang aku suka sekali. Sebabnya aku memang guna blender untuk blend cili kering. But ,the thing is blender memang banyak kegunaannya kalau rajin memasak. Kalau tak memang tak guna la jawabnya.
(blender)

  • Tea Maker/coffee maker - Boleh juga nak bagi tea/coffee maker. Best kot kalau dapat. tak de lah susah-susah nak buat teh bila korang datang kat rumah. Hehe.
(coffee maker)

(tea maker)

  • Set Pisau/ Set Periuk - Bertuahnya siapa yang dapat. Tapi kalau dapat dan tak digunakan pun,rugi jerr.. 
(set pisau dapur)

(set periuk)


  • Frame Gambar - Memang frame gambar/album sangat-sangat diperlukan untuk pengantin sebabnya boleh letak gambar yang mereka sendiri cuci. Tak pun masa pergi honeymoon. jadi album sangat penting.
(cth frame gambar. tapi yg aku jmpa kt j.j lagi cantik. khas untuk wedding day)
(album gmbar)

  • Cokelat/kek - Zaman sekarang ni, ramai yang empah cokelat untuk jadikan hadiah kahwin dan ada jugak untuk hantaran. Yang mana aku jugak ada tempah untuk kawan aku dan satu lagi untuk hantaran kahwin sendiri.  
(yang ni order khas untuk member aku masa kahwin dia feb 2011)


(yg ni utk hantaran....:) )


Kalau tak tahu lagi nak bagi hadiah apa, hmm apa kata kalau ini pulak...

tadaa, rak pinggan!







-Sekian-

~Terima Kasih sudi baca entri saya~



 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown