Labels

Jan 31, 2012

Andai lelaki tahu


Apa anda akan rasa kalau boyfriend/girlfriend korang tak letak gambar korang berdua kat handphone dia?

Maksudnya tak letak gambar korang untuk wallpaper. Selama beberapa minggu,bulan,tahun couple tapi tak pernah sekali pun letak gambar korang. Apa yang korang akan rasa?

Mungkin kita akan fikir:

Emm,aku tau walaupun dia tak letak gambar aku tapi dalam handphone dia ada gambar aku. Penuh semuanya gambar aku.

ataupun,

Aku tau dia tak nak expose muka aku sebab tu dia tak letak.

ataupun,

Dia tak sayangkan aku pun sebab tu tak nak letak gambar aku.

Terlalu banyak tanggapan sampai satu saat akan buat kita berfikir kenapa dia buat macam tu. Mungkin kita tak akan pernah dapat jawapan. Jawapan yang terlalu ingin kita ingin ketahui kenapa tak pernah dia letak gambar kita?


Selalunya,kalau perempuan akan letak gambar dia dengan boyfriend/husband sebagai wallpaper. Tak kira la dekat handphone ke laptop ke atau kat facebook dll. Kenapa selalunya perempuan buat macam tu? Itu tandanya dia sayangkan lelaki tu. Sangat sayangkan dia.

Pernah juga bila kita tanya kenapa dia tak letak? Mesti dia jawab,Takkan sebab itu nak terasa. Takkan sebab itu nak marah dan seterusnya.

Seandainya lelaki tahu......



Se-andainya lelaki tahu yang perempuan itu mudah terasa.

Se-andainya lelaki tahu yang perempuan itu mudah menangis kerana perkara kecil.

Se-andainya lelaki tahu yang perempuan itu ingin dicintai sepenuh hati.

Se-andainya lelaki tahu perempuan memang mudah merajuk dan senang dipujuk.







Jan 30, 2012

cara atasi Sakit kepala


Sejak beberapa hari ni asik sakit kepala je. Makan ubat dah makan. Tapi sakit jugak! Boleh dikatakan tiap-tiap hari sakit. Aii mengadu kat sini jugak la kalau sakit kepala. Ye la siapa nak dengar kalau dah setiap hari asik cakap sakit kepala. Ada orang percaya? Ada orang nak kesian? Orang cakap kita mengada-ngada ada lar.

Kenapa sakit kepala?
  • Problem
  • Sinus
  • Tension


Jenis-jenis ubat yang biasa aku makan untuk hilangkan sakit kepala:-

(cafergot)
Hampir lupa nak beritahu yang dulu-dulu kalau aku sakit sangat kepala(migrain) aku makan pil cafergot. Ambik sebiji dah cukup. Cuma kesan cafergot agak lambat dan memang cara yang paling adalah untuk tidur lepas makan cafergot.



(synflex)
Selain dari itu,ubat yang memang aku selalu makan untuk sakit kepala ubat nama synflex. Jenis ubat ni ada dua. Selalu kat farmasi tanya nak yang mana satu warna biru tua atau muda? Bezanya hanya pada (mg) ubat itu. Kalau sakit kepala yang berpanjangan selalunya makan yang warna biru tua. Kalau makan kita terus akan dapat rasa dah kurang rasa sakit.

Selain dari itu makan ubat macam ponstan,actifast,panadol dll. Selalunya bila dah betul2 sakit kepala memang tak berkesan langsung kalau makan panadol je. Memang teruk bila dah migrain.

Petua apa eh yang boleh hilangkan sakit kepala?

Contoh yang selalu mak aku suruh buat macam:

Ambik timun dan cincangkan timun tu. Lepas itu masukkan air sedikit. Kemudian tambah ais. Dan lumur kan atas kepala.

Ada jugak selain dari itu masa aku pergi hospital doktor ambil ais pack dan letak kat leher. Tak silap rasanya dalam 2 pack kecil. Tangan pula letak kat atas bantal. Agak-agak dalam setengah jam dah okey rasa sakit kepala tu dah boleh simpan balik ais.

Selain dari itu ada jugak yang cadangkan untuk gunakan asam macam limau kasturi dan asam jawa.


Cara nak tukar sekolah

Akhirnya selesai juga adik aku nak tukar sekolah ke sekolah menengah lain. Susah betul proses nak tukar dan mengambil masa yang lama. First sekali ingat macam senang je. Pegi sekolah baru dan ambil borang dan isi je. Tapi.........

Tapi sebenarnya kena pergi sekolah lama dan ambil sijil berhenti sekolah dulu. Kemudian kena ambil buku koko dan buku laporan prestasi. Hmm Kalau zaman aku dulu memang pakai buku laporan je. Sekarang ni print online je. Wow senang macam tu je. Teringat pulak masa aku buat case study untuk kat Miami Dade county public schools. Semuanya guna internet. Parents pun boleh tengok grade,attendance anak secara online.

Tak tahu cara nak tukar sekolah macam mana masa mula-mula. Dari sekolah swasta kepada kerajaan. Orang kata susah jugak. Search jugak kat internet nak cari macam mana caranya. Tapi tak jumpa(sebenarnya tak reti cari...).

Cara nak tukar sekolah:
  • pergi PPD(Pejabat Pelajaran Daerah)
  • pergi Sekolah Lama
  • pergi Sekolah Baru yang nak masuk.
Seterusnya:
  1. Ambik borang pindah sekolah di PPD. Isi borang dan lengkapkan.
  2. Pergi sekolah lama untuk ambil cop pengetua untuk pengesahan.
  3. Ambil jugak sijil berhenti sekolah,buku koko dan buku laporan prestasi pelajar.
  4. Kemudian hantar borang ke PPD.
  5. PPD akan beri slip bila untuk tarikh ambil borang kembali.(dalam 2 minggu)
  6. Hantar borang pindah sekolah ke sekolah baru bersama dengan buku koko dan buku laporan prestasi pelajar.
Itu je. Senang kan. Cuma masa yang bazir sebab perlu tunggu lama.


Jan 4, 2012

3 Sebab aku KLIK Unfriend

Salam dan Selamat tahun baru...2012.

Facebook oh facebook. Ada tak lagi orang dah boring dengan facebook. Sebab aku dah boring. Entah la mungkin bila dah tukar layout baru rasa macam best. Entah la tengok lar macam mana.

Berkenaan dengan tajuk entri aku(bila aku unfriend seseorang. Knp?). Sebab-sebabnya seperti berikut:

  1. Actually baru-baru ni ada bila aku bukak je facebook ada orang ni tag gambar yang membuatkan aku sangat geli nak tengok. Bukan orang tu tag aku pun cuma tag kat orang lain dan aku ternampak gambar tu. Senang la bila ada orang cakap kalau tak suka jangan tengok. Hmm betul pun aku tak tengok. Tapi bila gambar yang dia tag tu besar. Memang la sangat annoying. Serius aku geli geli. sampai meremang bulu roma.
  2. Lagi satu, bila ada orang suka suki menegpost pasal benda-benda yang pasal gambar eksiden. Ish aku nampak pun tak boleh ini pulak boleh post kan pasal benda tu. Mesti la ada nak cakap kat aku kalau tak suka jangan la tengok. Tak pun jangan lah baca. Sapa yang baca? aku tak baca pun artikel tu! cuma aku nampak tajuk je. Nampak tajuk pun buat aku seram.
  3. Yang paling aku tak suka pasal ada orang post pasal ternampak sometin kat situ,kat sini. Dislike. No. Nehi. Apa saja lah perkataan yang aku memang tak suka. Sorry la untuk yang lain yang agak gemar untuk baca tapi bukan untuk aku. Aku sangat tak suka.

Jadi apa yang aku buat adalah. Klik button UNFRIEND. ataupun klik button UNLIKE.

Kalau tak suka kenapa aku kena kawan? bukan sebab attitude cuma sebab dia post benda yang aku tak gemar. Hmm mungkin lepas ni aku kena tapis balik kawan yang ada di facebook.

ONLY FRIEND.

Jan 2, 2012

Happy New year 2012

Selamat tahun baru semua..ramai yang tengah mencari apa azam tahun baru ni. Azam aku entah la. Mungkin jugak masih yang tahun lepas. Ataupun tahun-tahun yang dulu. Ceh macam tak ada azam je. Bukan tak ada tapi cuma nak menyempurnakan azam tahun-tahun dulu yang tidak kesampaian.

Contoh macam azam 2011:


  1. Nak siapkan fyp dan buat hardcover

  2. Belajar kereta

  3. kahwin

  4. cari kerja

Tapi rasa-rasanya azam tahun 2010 :



  1. edit fyp dan buat hardcover

  2. Ambil lesen motor P

  3. nak dapat 3.5

  4. dan selainnya aku tak ingat......

Untuk tahun 2012 ni kalau boleh aku nak ber azam untuk:



  • Belajar kereta

  • habiskan degree

  • hantar fyp hardcover

  • nak cari kerja

  • baby? hehe..>.<



  1. Entah boleh buat atau tidak azam tahun 2012 ni. Nak sangat belajar kereta sebablesen L abis bulan 5 ni. isk isk pathetic betul..


  2. Nak habiskan belajar degree sebab dulu-dulu rasa down giler pasal arwah abah meninggal dan fyp dapat result yang sangat teruk. Sedih giler-giler. Member lain dah habis tapi aku? tetap sangkut kat sini. Hopefully semuanya berjalan dengan lancar untuk last semester ni. MF (Managerial Finance) here i come...:)


  3. Tentang fyp ni sangat-sangat la rasa susah hati. Aku tak hantar lagi. Tak tau apa yang aku buat selama ni. :(


  4. Nak cari kerja. Fullstop.

So, itu azam aku tahun ni.


 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown