May 30, 2011

Ahad: ramai yg wat aku marah

Situasi 1: di kedai baju

Semalam aku ngan adik2 aku g jalan TAR. Adek aku ain syazwi nak tukar baju yang dia beli sebab kaler dia tak lawa. So, dengan erti kata lain nak tuka baju warna lain atau pun pilih baju lain. Sampai je kat sana aku tgk la baju tu dan colour apa yang ada. Tapi memang semuanya color x comey. Aku pun tak berkenan. So,aku pun tanyalah kat "akak" tue.

Tapi dia wat dek je. Mula-mula memang la bengang ckit. Tapi sabar je la sebab mungkin customer ramai. Agak lama la jugak kiteorg duk kat kdai tu. Last-last bila aku tanya design nie ada baju warna pink n size 38 ada x? Tau dye jwb apa??

akak 1:" xde dek...warna pink dah habes"

aku:"kalau design lain warna pink ada x?"

akak 1: dengan malasnya dia pon memanggil kawan dia suh carikan.

akak 2: "saiz besar ada lah dek,saiz 38 abes".

PENIPU!!!!

Memang membohong la...! Dahla malas nak cari pastu cakap tak de. Memang bengkek gler aku dengan penjual-penjual kat ctu. dasar pemalas. Layan customer biadap. Pehal korunk nie malas sgt nak cari. Nak tunduk pun malas ke?? nak jual ke tak nak nie??

Adat la kalau ada customer yang cerewet. Ngok! Aku dulu keje lagi ramai customer setiap hari itupun marah kalau aku cakap kotak yang aku bagi x matching ngan kristal.

Lagi satu aku bengang. Baju yang dorang display. Alah yang korunk tengok bergantung2 kat kedai tue. Ada satu design n mcm2 colour tapi berlainan size. So ble adek aku dah habis pilih n tanya la kat akak tu ada yang baru ke? so, mcm biasa dia jwb "xde".

Aku: "owh yang nie yang display lar"
akk 1:"dek,yang nie bkn yg display,kiteorg kalau stok baju sampai terus gantung. Ni semua baju baru"
Aku: Senyap. Muka memang dah masam. Rasa nak terajang pon ada.

p/s: Abes kalau baju tue baru kenapa ramai sangat org duk try2 lagi pon dah kau letak kat luar mmg sah2 la utk display!! abes utk apa?? untuk gantung2??

Situasi 2: tingkat 1 atas kedai baju bodoh tu

Lepas je beli tudung aku ajak adek2 aku naik tingkat 1 ada baju promosi baju kahwin. So,just naik n nak tengok la mana berkenan. Masa kat kdai tudung tadi tanya la harga veil brp..beratus jugak la. Hmm T.T

naik je tingkat 1 nth nama kedai pon aku tak tau. Banyak gak la baju pengantin, tgh2 jalan sampai penghujung kdai adek aku nampak veil. Kat sebelah tue ada jual corset offer rm10. Dalam-dalam kiteorg tgh bercakap. Tbe2 datang sorang prmoter nie,umur aku agak dalam 30++. Senang kata dah nak 40 kot.

ain sazwi:"kak,veil ni brp?"
Promoter1: "rm 49.00",katanya dengan muka tak senyum dan cam sial.
aku: Memang dah bengkek gler hati. Sambil lalu,"JUM kita balik, MELUAT la aku hari nie ramai orang kurang ajar".

P/S: Memang wes serius aku cakap semalam memang dorang yang aku cakap kat ats nie kurang ajar nak mampus. Bajet mcm dorang tokey kedai ke ape?? kalau xnak jual jangan keje!! susahkan hidup org. Bodoh cari pasal ngan aku!! Nasib aku xbwk laki aku...!!~boleh la dia lempang muka korang yang cam sial tuh!!~

May 14, 2011

Borang dah setel~

Salam.....~

Alhamdulillah borang kawin dah setel walaupun banyak jugak masaalah masa kat jabatan tapi akhirnya lulus. Hahaha.....sangat-sangat gembira.:)

May 12, 2011

CheckList Perbelanjaan Kahwin

Salam....~

Sebenarnya masa-masa mula nak buat kenduri kahwin nie aku xde apa-apa planning pon. Masa tunang dulu pun aku rasa macam lancar jer. Bagi aku lah tak tahu plak apa kata orang lain. Nak jadikan cerita aku tak ada checklist dan apa yang aku ada semua ada ada dalam kepala otak aku. everything. Hmm sampai satu tahap aku rasa serabut giler dan malam semalam aku taip semua yang aku ingat. Fuhh lega.

Okey now memandangkan dah ada checklist aku right n pangkah jer...

1. Set pelamin dll

2. Photographer/videografi

3. Khemah+kerusi

4. Sistem PA

5. Makan Beradab

6. Doorgift

7. Barang hantaran

8. Kad Kahwin

9. dll

Banyak pendapat yang bercanggah pasal barang hantaran,doorgift,khemah,catering dll.

Problem 1: doorgift. Aku cadangkan bagi cawan jer. Pastu katanya kawan mak aku kalo ko kasi mini cawan kat umah dye berlambak. Siap bungkus dalam plastik n BUANG. So.sye kata kalau nak bagi biar orang boleh guna. Contoh macam MUG dan bukan mini cawan. Selain tue,bagi CUPCAKE or muffin.

Problem 2: gubahan hantaran. Aku cadangkan lebih baik cari tempat yg murah. Tapi kata org lain plak. Ini sekali dalam seumur hidup kalau buat simple nanti menyesal dll. Sekarang nie bagi aku ikut bajet la. Bajet masing2. Kalau nak lawa upah mesti mahal. kalau rendah bajet just simple. Tapi last2 bakul hantaran tu tersadai dalam stor. Xde gunanya. Akhirnya pikirlah mana yang patut.

Problem 3: Khemah +katering. Yang nie ada orang nak sponsor. tapi nak cari yang MURAH. So,kalau kite cari tak kena lak taste dye. Nak dye cari ntah ble boleh dpat. Kalau dapat ALHAMDULILLAH....:) kalau TAK DAPAT? menangis...:(

So,banyak lagi yang masih dalam perancangan dan harapnya menjadi. Sebab borang kahwin pun tak siap lagi. Kawan aku cakap," aku yg nak kawin bulan 2 tue pown buat perancangan setahun ko nak kawen bulan 6 nie pon mcm banyak benda tak buat. brg htran xsiap lg."

Itu kata dia.....now kata aku...."Nak tak nak....i'll make SURE this wedding will Hapen..."

Mengemas Bilik~

Salam....

Dah lama xupdate blog...sampai nak tulis apa pown dah blank idea..Hehehh..Hari nie mengemas bilik zakur sbb adek aku(ain) nak pindah masuk bilik tue. Actually aku yang paksa..hahaha. Penat mengemas..walaupun bilik kecik tapi penuh dengaan habuk. Habis keesokan hari aku batuk. Tapi ckit jer...:(

Tengah-tengah mengemas adek aku terjumpa satu kotak yang penuh dengan disket. Larr aku punya rupanya...! Masa zaman diploma dulu,dari tahun 2003 lagi. Wahh...teringat la masa zaman dulu belajar multimedia tapi guna disket je. Dhla space kecik jer. Bila dah sem 2 lecturer suh beli thumbdrive dahla mahal. Aku ingat lagi aku beli dengan harga rm120 untuk 128mb<----xsilap aku la. Tapi serius kalau blaja multimedia kena ada space yang besar. Dulu komputer aku siap sangkut-sangkut lagi. Tambah plak ada virus. Memang la geram...lagi2 time nak hantar project.

Skang nie mcm2 jennis thumbdrive ada...Aku suka yang kecik n comel sbb boleh letak keychain yg comel....Kalaulah dulu masa tahun 2003 ada thumbdrive yang jenis mcm gambar kat bawah mesti ramai yang nak beli....


 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown