Labels

Aug 17, 2013

Selamat Hari Raya!



8hb August 2013-khamis

Tahun ni beraya di rumah mertua. Rumah my hubby....
teringin nak pergi ke kubur arwah abah masa hari raya.
Walaupun hari lain ada tapi tak pernah pergi.
InsyaAllah lain kali.

Puasa tahun ni okay. Best. Setiap kali ramadhan aku sangat suka.
Sebab boleh pergi bazaar! hehe....
Beli air oren, tembikai dan peberet abg air kelapa.

Ramdhan dah berlalu. Syawal pun tiba.
Lagu hari raya mula di pasang.
Menziarahi rumah saudara mara.
Jangan lupa duit raya!

Selamat Hari Raya Aidilfitri....




Resepi Sup Tulang


Bagi aku nak buat sup tulang adalah yang paling mudah.
Kebanyakan resepi yang macam dalam entri sebelum ni semuanya resepi mak aku.
Rasanya semua orang suka sup tulang. Tapi suamiku tak berapa minat. why b? hehe ..


Macam biasa simple sahaja. Resepi seperti di bawah;




















Bahan-Bahan:
-Tulang lembu (1kg)
-Sup Bunjut(guna yang sup tulang punya)
Garam
Air

Bahan untuk di blend:
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia

Bahan yang perlu di potong;
-kentang (belah 4)
-Tomato (belah 4)
-daun sup
-daun bawang 
-daun ketumbar
-limau nipis (jika perlu)
-cili api (jika perlu)

Bahan untuk di goreng;
-4 ulas bawang merah(potong bulat)

Cara-cara;
#kalau boleh gunakan periuk yang untuk buat sup tu. Tengok kat giant rm129. Jadi tak perlu susah-susah nak panaskan bila sup sejuk sebab periuk tu boleh keep warm. Boleh adjust lerr... 
#If tak ada boleh gunakan periuk yang besar. Selalunya aku guna periuk nasik yang dah tak diguna lagi. Sebab nak buat kuah banyak. Kata Sup tulang..... :)

1. Masukkan tulang (1kg) ke dalam periuk dan masukkan air. 
(Pastikan air tu lebih banyak dari tulang tadi. tak pun bergantung pada berapa banyak kuah yang kita nak. Selalu aku buat hampir penuh periuk sebab daging kan kenyal so pastikan daging tu direbus sampai tak kenyal.)

2. Masukkan sup bunjut (sup tulang).
(Tak perlu tunggu menggelegak dah boleh bubuh. Bau dia agak kuat. Selalunya tak letak pun. Tapi bila dah separuh masak daging aku buang sebab kurang suka dengan bau. Terpulang lar kan? )

3. Masukkan bahan-bahan yang telah diblend.
(Sebolehnya letak bila daging dah separuh masak.)

4. Masukkan kentang.
(Kentang kalau belah 4 memang lambat masak sikit. Jadi boleh bubuh masa daging dah masak.)

5. Masukkan tomato
(Dah masak boleh letak tomato.Ikutla nak bubuh atau tak.)

6. Goreng bawang yang dah di potong bulat tadi.
( Letak minyak sikit dan gorengkan bawang. Kemudian bila keperang-perangan masukkan ke dalam sup bersama minyak tadi.)

7. Letak garam dan bahan perasa yang kita suka.
(aku letak garam je. Ajinamoto pun tak letak.)

8. Taburkan daun sup, daun bawang dan daun ketumbar. Perah asam limau.
(lagi satu kalau nak pedas boleh letak cili api. Boleh juga letak black pepper. Baru rasa pedas dan rasa black pepper tu..)

9. Dah siap!
Bila dah menggelegak boleh la tutup api. Boleh di hidang dengan nasi atau dengan mee. 

Senang kan?


May 29, 2013

Resepi Kari Ayam (Simple)


Hari nie nak masak Kari Ayam..!!
Simple kari ayam teach by my mom.

Dah lama glerrr x masak.
Kata je suri rumah, tapi jarang masak tau...hihihi
Sejak mak sakit ni, rajin aku masak. (perasan ni, terlebey puji diri sendiri..)

Kelmarin masak sup ayam dan sambal ayam.
Sebabkan dah lama tak masak nak goreng ayam pun kekok. (shy shy)
but no picture la key. 

Bahan- bahan yang diperlukan untuk masak kari ayam seperti :



* Ayam 
* Bawang Merah
* Bawah Putih
* Halia
* Biji Ketumbar
* Kayu Manis
* Daun Kari 
* Kentang
* Serbuk kari ayam
* Serbuk Cili
*Garam, Ajinamoto
* Air (sbb x guna santan)

Cara memasak :

1. Blendkan bawang merah bawang putih, halia dan biji ketumbar.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan daun kari dan kayu manis. 
3. Kemudian masukkan bahan yang diblend tadi.
4. Untuk rasa pedas masukkan serbuk cili dalam 2 sudu.
5. Selepas tu boleh masukkan serbuk kari dalam 4-5 sudu. 
6. Gaulkan dan tunggu hingga minyak pecah dan boleh masukkan ayam. 
7. Gaul ayam hingga separuh masak.
8. Kemudian baru masukkan air. 
9. Tunggu sampai mendidih dan letakkan garam dan ajinamoto.
10. Dah boleh hidang dengan nasi.




May 26, 2013

-susah-

adoiii...susahnya nak guna blog kat dalam hp.
Download Blogger sudah..yang stucknya dekat emel. hasihhh..pening daku...
how to do? bila tgk orang lain hapdate blog guna hp bestnya...
kenapa susah sgt haku punya.
Ada problem hape ntah kat emel. sakit ati mak incik.

hmm last last tuka layout je...itu je yang rajin. hmm....

May 1, 2013

Resepi Sambal Ayam

Ramai yang suka makan sambal ayam. Aku pun suka glerrr......

Bahan- Bahan:

- Ayam (Goreng ayam separuh masak)
- Cili Kering (dalam satu genggam atau lebih)
- Bawang Besar (1 atau 2 biji )
- Bawang Putih (3 atau 4 biji)
- Halia (1cm)
- Garam (cukup rasa)
- minyak

Cara - cara :

- Blend kan cili kering.
- Blend Bawang Besar, bawang putih, Halia
- Panaskan minyak dan tumis cili kering yang dah di blend.
- Masukkan bwang merah,putih dah halia dah diblend.
- Gaulkan dan tunggu hingga naik bau. masukkan Garam.
- Masukkan ayam dan gaulkan.
- Angkat dah ready untuk dihidang.

Apr 26, 2013

Selamat pagi

Assalamualaikum....

dah lama rasanya tak update blog. Dah berbulan rasanya. Tak tau kenapa tak rajin update.
 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown