Apr 21, 2012

Cakap sedap Mulut

Menyampah pun ada, sakit hati pun ada. Cakap main sedap mulut jer...

Siapakah itu, mesti nak tau siapa kan? No No No. Tak nak bagitau...>-

Memang la siapa tak sakit hati bila orang main cakap jer. Cakap pun ikut sedap mulut je. Tak ingat kot kalau kita yang dengar ni akan terasa hati.

Tak pun, jenis orang yang depan cakap manis,belakang kita hanya Tuhan je yang tahu. Kita memang tak suka sangat-sangat orang jenis macam ni. Hipokrit la orang macam ni. Tak de kerja lain. Eh eh depan kita cakap baik-baik je...tapi balik je rupa-rupanya bercerita dengan kawan la,makcik la,boyfriend la dan lain-lain. Yang pasti orang macam ni aku tak nak kawan. Aku tak pernah kacau kau pun,tapi kau tak puas hati dengan aku apehal? Heh,ayat ganas gitu...:p


mood: Sad

Apr 20, 2012

TAKO Tao


Siapa yang suka makan Tako? wohoo...sedap!!
Kalau yang tak pernah try tu cuba pergi try sebab tako buatan m'sia ni umphh..best.❀‿❀
inti tako ada macam-macam. 
Contoh; octopus,prawn,unagi dan lain-lain.

Kalau nak makan selalunya pergi kat J.J sunway. Tapi Ya Allah, ramainya orang.
Nak menunggu tu yang malas. Serius ramai giler orang order kat situ.
Paling tak suka bila ada orang tu order dulu. padahal kita sampai dulu.(►.◄)

tak pelah, menunggu lama pun, last dapat juga makan..hehehe..
sukenya...



(nyum nyum..)


(ops,tako dah terbalik dan dah xcantik....)


Apr 17, 2012

(k-pop song) Ailee-Debut


  • Rookie singer, Ailee. Just debut on feb 2012 with Heaven. Her Music Video, already reach 2million viewer. She also starting to act in 'Dream High 2' even before her official debut.
  • Her debut song "Heaven" is an R&B soul genre produced by Hwee Sung, composed by the newly rising composers Lee Ki and Suh Yong-Bae along with Hwee Sung, with the lyrics written by Hwee Sung. 
  • Now, she is participated in Immortal Songs 2.


Ailee- Heaven Music Video




Ailee Heaven-LIVE on Mnet



Ailee singing Halo(Beyonce)


p/s : There has been recently a craze amongst netizens to post up ‘MR removed’ videos on the internet which also led to many comparing the vocal powers of various singers. ‘MR removed’ videos minimizes any MR (music recorded) in the song and maximizes the vocal of the singer – the singer’s vocal will be the only thing audible possible.

Apr 12, 2012

(k-pop song) SISTAR 'Alone' Comeback Stage

SISTAR 1st mini album under starship entertainment. Release date 12/4/12. SISTAR comeback stage along with 4minute. Click here for lyrics.
However, SISTAR hyorin have been reported,to have been hospitalized. Click here to see details.

SISTAR Alone Music Video



SISTAR Alone Live @ Music Bank


Check out MR Removed SISTAR Alone.

(k-pop song) 4minute Volume UP+lyrics

Finally, 4minute make a comeback~!! Huhu...i'm a fan of HyuNa....It sucks when some people said she can't sing and bla bla bla. Just don't watch the mv or find a new hobby. 

Check this out~!!



Apr 9, 2012

Kenapa Stress




Apa nak buat kalau stress?

Jawapan pemes TIDUR. Atau pun Tak payah fikir.


Kalau dah ada problem orang kata tak payah fikir. Tidur je kan senang. Lupa semua problem yang ada. Bagi aku susah betul nak buat macam mereka buat. Serius...aku tak boleh tidur kalau ada problem. Kenapa ek? Ada jugak aku search kat google, Cara nak hadapi stress. Kebanyakannya ulang benda yang sama. Untuk lebih lanjut,click sini. Ada satu blog yang aku rasa cara nak hadapi stress tu agak menarik. 

Susah sangat nak tidur. Kadang-kadang bukak mata dan asik fikir sepanjang malam. Mata tak boleh lelap dan kepala tak boleh stop berfikir. Kalau aku bagitahu kat mak aku mesti dia marah. Katanya bahaya kalau macam tu. Iyerlah kalau tak boleh tidur nanti efek kat badan. Badan jadi lesu,lemah jer sebab tak boleh tidur. Okey dah cukup dengan problem aku yang kureng ckit nie.

Cerita sebenar adalah,
TAJUK: Konon Sakit Tapi mulut laju jer bercakap.

Isunya kat sini, Kalau kita sakit tak boleh bercakap. Yang mana aku bukan jenis yang macam itu 100 peratus. Ada tak orang yang macam aku?. Serius,aku lepas je eksiden(x de la lepas aku eksiden terus bangun dan bercakap...masa dah kat hospital dan dah stabil )boleh membebel tak nak masuk wad, jerit aku lapar la dan macam-macam yang aku bebel kan. Sampai nurse pun cakap bawak la makanan kat dia sikit. 

Kalau dah sakit kepala, Mulut tetap boleh bercakap. Cuma badan letih dan kepala sakit. Betul tak? (hmm.betul-betul..mesti ada orang setuju kan? kan?) Kalau dah pejam mata pastu tak boleh tidur mesti aku akan bangun dan nak tengok tv sebab dah serabut sangat tak boleh tidur. Mulut macaam biasa la. Dok itu ini. 

Tapi, betul ke kalau sakit tu dok senyap je jangan la nak bercakap a.k.a bebel.?

Jawapan aku, Walaupun sakit aku tetap boleh bercakap. hehe...no offense!



Ops, Lupa pula nak tambah satu lagi ayat pemes.Ini perbualan antara Bos dan pekerja dia.

Bos A : Eh, staff x tu tak datang lagi hari ini.

Staff n : Biasalah Bos, orang sakit memang ambil MC.(konon, nak cover member la tu

Bos A : Eh, Muda-muda dah sakit.(ini lah ayat pemes tu...!!) Zaman saya dlu tak pernah ambil cuti sakit. Cuti pun kalau boleh cuti tahun jer.

Staff n : Itu zaman dulu Bos, sekarang dah lain. Tengok kat KL ni, penuh dengan asap.(dengan harapan nak perli bos,sebab office kat Pudu jer.....) Kenderaan banyak, kalau petang jem stress la bos.

Itu je la yang dapat direkodkan kalau aku tulis lagi mesti panjang lebar. Hehehe. Tapi, ayat pemes tu.. EH,MUDA-MUDA DAH SAKIT? Suka tak,kalau bos cakap macam ni?  hihihihihi....gelak jahat...:p

Apr 8, 2012

ajar tusyen

Wah mengajar gitu, tak de lar aku cuma ajar sepupu aku darjah 1 dan baru-baru ni adik aku yg tingkatan 4. Excited sangat masa nak mengajar tu sampai buat notes sendiri. Siyes! Kalau la masa SPM dulu-dulu aku study macam aku buat notes untuk tusyen mesti aku dah dapat straight A! mungkin waktu SPM dlu aku tgh angau kat someone kot(sebenarnya dulu aku mls belajar,ehehe..ayat cover.)

Untuk Tahap 1,nak mengajar ape ek? Apa yang aku nak kena ajar sebenarnya..Bila aku tanya sepupu aku emm jap lupa nak intoduce.Ini lar rupa orangnya, Bidin atau nama penuhnya Noh Khalif. haha,jauh bebenor khalif panggil bidin. Punya la sedap mama dia letak nama Khalif,kiteorang sepupu dia semua panggil Bidin. Sebabnya dulu-dulu mama bidin ni suka letak kiteorang punya nama yang bukan nama sebenar. len kali la bagi contoh. Next entry!

(Bidin at KFC)


Sebelum mula ajar aku belikan buku latihan dekat Popular dengan MPH. Kebetulan waktu tu kena pergi sebab kononnya nak cari buku untuk habiskan baucer buku. tapi tak guna pun. Okey sambung cerita masa aku tanya bidin.

"Din kat sekolah Bahasa inggeris cikgu ajar apa?"

"Cikgu ajar menyanyi,tulis lar",kata bidin.

"buku tulis yang sekolah punya ada tak?"

"tak ada,cikgu ambik....."jawab bidin.

Lar semua cikgu ambik,abis tu aku nak ajar apa ni. Kata aku dalam hati. Susah gak mula-mula tu. Sebab takut kalau aku ajar nanti terlebih adavance sangat. Last-last ikut je apa yang ada dalam buku latihan tu. Kata mama dia tak kisah pun kalau aku lebih sikit. Huhuhu..orang dah kasi lampu hijau kita pun laju je lar! Cuma semalam bila search dekat google baru jumpa untuk tahap 1. Fuhh nasib baik.

Untuk adik aku pulak tingkatan 4, ada yang aku buat notes sendiri, tengok kat buku teks ler. Yang lain-lain i google jer. Alhamdulillah ada. Smile.....:)

Gambar yang kat bawah ni,hadiah untuk mereka. kalau datang tepat pada waktunya. Aku kasi gift, kalau lambat NOTIN okey....



That's all.....babai......:)

Apr 7, 2012

Suka baca blog :)

Seriusly, sejak akhir-akhir ni asyik bukak blog orang lain jer. Kadang-kadang rasa macam best gilerr. Kalau nak khatam blog mereka dalam satu hari jer! (aiseh,bleh ke?).

Kadang-kadang walaupun bukan kenal secara berhadapan di alam realiti tapi aku suka baca kehidupan mereka walaupun di alam maya..piece~

Best sebab dorang sometimes update 2 atau tiga kali seminggu. Tak kisah la sebab yang penting isi dalam entry tu!

Suka Baca blog ni:


  1. http://honeykoyuki.blogspot.com/
  2. http://www.ailylrozanna.com/
  3. http://princessuna.blogspot.com/
  4. http://akma81.blogspot.com
  5. http://inibelogsaya.blogspot.com/
  6. http://kupukupukecik.blogspot.com/
  7. http://jejariruncing.blogspot.com/

Apr 6, 2012

Shampoo


Kalau tak jaga rambut mesti menyebabkan rambut berminyak dan kemudian berkelumumur. Lama juga aku cari syampu apa yang dapat hilangkan kelemumur. Kalau dekat tv bermacam jenis iklan yang tayang pasal iklan anti-dandruff. Macam-macam cara mereka buat untuk melariskan produk. 

Kalau pergi dekat saloon pun entah guna shampoo apa. Tak pernah aku tengok pun shampoo tu. Ada pulak tu saloon yang guna shampoo tak ada brand pun. Tapi sebagai pengguna kita berhak untuk memilih. Aduyai memilih la sangat aku ni

So,baru-baru ni aku guna jenama ALKEN. Memang sangat dan tersangatla bagus terutamanya kalau untuk yang ada dandruff. Sebab kemungkinan untuk dandruff ada kalau guna shampoo ni memang sangatla tipis. Kalau nak guna shampoo ALKEN untuk kesan yang lebih baik beli satu set.

  1. Shampoo
  2. Mask
  3. Vitamin-->Collagen creme

(Set penjagaan rambut ALKEN)


(Ubat untuk dandruff)



Thanks for reading, :)

Apr 5, 2012

Sick Again :(

Dah lama tak update blog. Bukannya banyak kerja pun. Kerja pun tak ade. Cuma baru-baru ini penyakit lama datang balik. Mulanya rasa sikit-sikit je. Pening masa bangun tidur. Tapi masa hari rabu minggu lepas membuatkan kepala aku terasa pusing. Bak kata doktor yang rawat aku kata

"rasa macam duduk atas perahu yer?"kata doktor.

    "emm macam tu la doc,rasa macam kepala bergoyang padahal saya tak melompat atau berjalan pun",kata aku.

Doc cuma nasihat supaya pergi hospital.Sigh. Dalam hati cakap,"Again??!".

Bukan tak suka pergi hospital. Cuma aku terasa mcam orang sakit jer. Memang sakit pun!!.


Sampai Kelas pun tak pergi. Baru rasa sem ni berkobar-kobar tak nak ponteng. Dah la ada asignment, risau jugak kalau member group cakap apa. Yerla kita tak buat apa pun.Sob Sob Sob.

okey sambung perbualan aku dengan doc tadi:

Kata doktor, "awak ada buat kerja berat ke?"

         "Tak ada. Tak buat apa pun. Masak pun tak berapa rajin"Jawab aku.

"Hmm,selalunya sebabkan stress,hypertension boleh jadi pening macam ni."
       
        "hmm,"

Malas nak memikir panjang. Tunggu doc bagi ubat dan balik.

Lepas balik,makan ubat.......------>tidur.

                                                                   






                                                              Thanks for reading, :)

 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown