Aug 17, 2013

Resepi Sup Tulang


Bagi aku nak buat sup tulang adalah yang paling mudah.
Kebanyakan resepi yang macam dalam entri sebelum ni semuanya resepi mak aku.
Rasanya semua orang suka sup tulang. Tapi suamiku tak berapa minat. why b? hehe ..


Macam biasa simple sahaja. Resepi seperti di bawah;




















Bahan-Bahan:
-Tulang lembu (1kg)
-Sup Bunjut(guna yang sup tulang punya)
Garam
Air

Bahan untuk di blend:
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia

Bahan yang perlu di potong;
-kentang (belah 4)
-Tomato (belah 4)
-daun sup
-daun bawang 
-daun ketumbar
-limau nipis (jika perlu)
-cili api (jika perlu)

Bahan untuk di goreng;
-4 ulas bawang merah(potong bulat)

Cara-cara;
#kalau boleh gunakan periuk yang untuk buat sup tu. Tengok kat giant rm129. Jadi tak perlu susah-susah nak panaskan bila sup sejuk sebab periuk tu boleh keep warm. Boleh adjust lerr... 
#If tak ada boleh gunakan periuk yang besar. Selalunya aku guna periuk nasik yang dah tak diguna lagi. Sebab nak buat kuah banyak. Kata Sup tulang..... :)

1. Masukkan tulang (1kg) ke dalam periuk dan masukkan air. 
(Pastikan air tu lebih banyak dari tulang tadi. tak pun bergantung pada berapa banyak kuah yang kita nak. Selalu aku buat hampir penuh periuk sebab daging kan kenyal so pastikan daging tu direbus sampai tak kenyal.)

2. Masukkan sup bunjut (sup tulang).
(Tak perlu tunggu menggelegak dah boleh bubuh. Bau dia agak kuat. Selalunya tak letak pun. Tapi bila dah separuh masak daging aku buang sebab kurang suka dengan bau. Terpulang lar kan? )

3. Masukkan bahan-bahan yang telah diblend.
(Sebolehnya letak bila daging dah separuh masak.)

4. Masukkan kentang.
(Kentang kalau belah 4 memang lambat masak sikit. Jadi boleh bubuh masa daging dah masak.)

5. Masukkan tomato
(Dah masak boleh letak tomato.Ikutla nak bubuh atau tak.)

6. Goreng bawang yang dah di potong bulat tadi.
( Letak minyak sikit dan gorengkan bawang. Kemudian bila keperang-perangan masukkan ke dalam sup bersama minyak tadi.)

7. Letak garam dan bahan perasa yang kita suka.
(aku letak garam je. Ajinamoto pun tak letak.)

8. Taburkan daun sup, daun bawang dan daun ketumbar. Perah asam limau.
(lagi satu kalau nak pedas boleh letak cili api. Boleh juga letak black pepper. Baru rasa pedas dan rasa black pepper tu..)

9. Dah siap!
Bila dah menggelegak boleh la tutup api. Boleh di hidang dengan nasi atau dengan mee. 

Senang kan?


1 comment:

Nisa said...

Eh, macam kena bookmark je entry ni. Saya tak reti nak masak sup-sup ni.

 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown