May 3, 2012

Kenangan Bollywood

Masih ingat ke korang dengan Kuch Kuch Hota Hai. Takkan tak ingat. Aku pun waktu baru darjah 6 kot. Masih kiut miut lagi,hehe.Filem Kuch Kuch Hota Hai tahun 1997. Now 2012, rasa macam tak percaya je. Kalau agaknya anak cucu cicit aku pun akan tengok jugak ke filem ni.



Actually, bercakap pasal filem hindustan ni sebenarnya aku ni dah konpius kot. Okey kisahnya macam ni, tetiba je hari ni rasa nak bukak filem hindustan kat youtube tajuk Ham Dil De Chuke Sanam lakonan Aishwarya Rai,Salman Khan. Kononnya nak dengar lagu lar. Tapi aku terlupa tajuk lagu tu dan aku pun try search kat google dan jumpa LIST OF BOLLYWOOD FILMS. Nasib aku sebab page ni dah bahagikan filem ikut tahun. So, bila dah jumpa aku pun terus la meng-click page yang lain dan akhirnya end up dengan bukak page pelakon Bollywood. Preity Zinta & Rani Mukherjee.

Percaya atau tidak yang aku terkejut glerrr bila tengok umur dorang!! Which is aku tak sangka la dah nak dekat 40. T_T. Pathetic betul aku. Siap aku bgtau husband aku kenapa dorang ni dah over 30. Mana tak nya dalam bayangan aku dorang ni masih dalam 20an atau late 2o's. Rupanya, aku dah lama tak layan Bollywood. Ketinggalan zaman betul. Sob Sob Sob. yerlah,aku pun dah dua puluh enam. Ok,fine umur aku 27 bulan 9 ni. So, mestilah dorang pun dah 30 something. Ok! done with this story.

Ini pulak filem Bollywood pada tahun 2000, dan hampir semua filem aku tengok. Mesti aku minat glerr dengan Bollywood dulu. >.<'




So, conclusionnya memang aku minat filem Bollywood. Tapi tu dulu, sekarang ni terlampau banyak aksi 18sx. Malu nak tengok kalau dengan famili. Menari dengan pakaian yang tak sesuai dan lain-lain. Alasan je tu, sebenarnya sekarang layan K-pop. hahaha..lol.

Thanks!!




No comments:

 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown