May 1, 2012

Tuntutan Harta

Apa patut dibuat sekiranya salah seorang dari ahli keluarga kita meninggal dunia.? Tahukah anda apa yang perlu dibuat? Apa yang patut anda uruskan? dan lain-lain.

Apa yang aku maksudkan di sini adalah harta waris itu. Ini adalah melalui pengalaman aku sendiri. Pertama sekali aku tak tahu apa yang patut dibuat. Tak tahu apa-apa. Bayangkan tak ada tempat nak mengadu. Kalau kita beritahu orang sekalipun,tiada orang yang sanggup menghulurkan bantuan,termasuk saudara sendiri.

Percaya atau tidak,Ini adalah REALITI.

Soalan pertama setelah simati meninggal dunia,apa yang patut anda buat?

Jangan lupa pergi JPN untuk ambil Sijil Mati. Penting sangat sijil nie kalau nak buat tuntutan harta. Kemudian jangan lupa untuk ambil permit kubur. Ini pun penting juga. Kenapa? Kerana adakalanya orang yang datang ke kubur pada waktu pejabat. Jadi mereka perlukan bukti. Jadi, beri kan. Sekiranya ada yang meminta. Contohnya pada waktu arwah abah meninggal memang ramai yang datang dan permit kubur ni sampai photostat banyak.

Seterusnya nak tuntut harta,macam mana?

Ini untuk surat kuasa.Ada 2 cara:

a-Amanah Raya - Di amanah raya mereka akan berikan borang untuk di isi dan kemudian hantar kepada mereka dan segalanya mereka akan uruskan.

(teringat ketika aku dan adik aku pergi ke amanah raya,shah alam; memang pedas sungguh kata akak tu,kalau harta tak banyak adek pergi je kat pejabat tanah)

b-Pejabat Tanah,bahagian harta pusaka.- Kami pergi ke sini kerana kos pun lebih  murah berbanding amanah raya. Sebelum tu, download borang dan lengkapkan. Kalau tak tahu Telefon je mereka. Mereka akan bagitahu.

Kepada pewaris,anda kena tahu apakah harta si mati tadi. Jadi senang nak buat tuntutan. Jangan biar,kalau tidak akan disalurkan ke tempat lain.

(contoh macam aku, dah beberapa kali pergi CIM bank, tapi semua hampeh..tak boleh diharap.So,kalau nak pergi cari orang yang dah biasa dengan bank. Kerana mereka ni suka Tipu. Jangan tak percaya,kerana percayalah..!)

p/s: akan disambung entri ini.

Tujuan entri ni ditulis bukan kerana sesiapa tapi untuk diri sendiri yang kerdil dan lemah. Senang ditipu dan diperbodohkan oleh orang yang tak bertanggungjawab. Semoga Allah tunjukkan jalan kepada mereka. Amin. . .

No comments:

 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown