Feb 9, 2012

Suamiku...♥


Pertama kali menjaga suami tengah sakit.(olos syg,jgn la mare ble baca..mmuah ). Sangat mencabar diri kerana biasala kalau orang sakit memang banyak karenahnya. Kali ini giliran dia pulak, kecut jugak aku sebab rasanya tak pernah lagi menjaga orang sakit. Terutamanya kalau demam. Nak buat macam mana pun tak tahu.

Dah panas sangat badan,bagi je makan panadol. Tapi kalau dah ditambah dengan sakit gigi. Walaupun panadol tak nak tolong. Nak tak nak kena pergi klinik. Hmm tapi sempat jugak la aku google petua untuk sakit gigi dan demam.

Sebelum ini asik aku jer yang sakit. Macam-macam lah penyakit yang aku dapat. Termasuklah yang paling terkejut sakit vertigo. Merujuk kepada entri aku pasal vertigo sebelum ini dan alhamdulillah sekarang lepas 2,3 kali pergi hospital untuk diagnos dengan treatment dah slow-slow pulih.

Banyak juga yang aku sakit,especially sakit kepala. (erm ,, migrain la sebenarnya...). Ada satu tahap tu rasa melampau betul sebab sakit kepala. Hanya disebabkan keluar rumah pada waktu tengah hari,panas terik dan terus kepala aku berdenyut. Teringat masa zaman sekolah rendah ada member panggil aku dengan gelaran ''puteri lilin". Kerana terlalu terpengaruh dengan kisah dongeng ala-ala princess aku tak marah dipanggil puteri lilin.(hahaha...tak pe,Puteri jugak tu kan.)


No comments:

 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown