Labels

Nov 10, 2012

[Gambar] Anugerah Skrin 2012

Salam...

Semalam tengok Anugerah Skrin, tapi sayang tak habis tengok. 
Sangat bosan. Berdrama atas pentas. 
Tapi bagi aku memang ada effort la dorang nak buat semua tu.
 Bukan senang. Nak kena hafal lagi. Betul tak?

ecehhh..macam la aku nie melayan drama melayu.....
Aku layan la jugak...Bunohan,ombak rindu.
Pastu rajin jugak tengok drama kat tv3.

Tak Kisah la..tapi rasanya ramai kot artis melaram malam tu. 
Cantik la baju dorang. Bagi aku cantik. Tak puas pandang. 
Yang paling aku suka baju neelofa. Lepas tu baju rita rudaini.
Dahla cantik pastu pakai baju yang dah elegan memangla nampak lagi cantik.

Keputusan penuh untuk anugerah skrin 2012 boleh klik kat blog nie. 
Semua ada, gambar pun cantik-cantik..:)



(Cantik kan baju neelofa? Baju sebiji macam cinderella...)



(Baju Rozita Che wan pun cantik jugak..)




(Ixara Aishah pun tak kurang hebatnya,simple tapi elegan. I like black..:))




(Yang nie aku tengok, Best! Suara Misha Omar pun sedap. Tambah pula baju rita rudaini yang sangat3x cantik...oh my..Kalau aku dapat pakai..hahaha....)




(Part nie yang paling best sekali,susah jugak jumpa gambar Misha Omar tapi last-last jumpa dekat FB ASK...macam cleopatra pun ada. Yang penting rita rudaini tetap Cun..:) )









Note: Semua gambar bukan aku punya. Owner dia kat sini eh, http://www.rotikaya.com
Dan juga dari facebook Anugerah Skrin.




-Sekian-

~Terima Kasih Baca entri saya~


Nov 9, 2012

4 Sebab kenapa sakit Kepala

Salam....

Sejak dua menjak nie, rajin sangat aku sakit kepala. Tengok orang lain happy je..tapi aku? 
ada bad headaches..T_T
Sakit la kalau headaches. Ada tak orang yang tak pernah mengalami sakit kepala?
hmm...mcm aku ubat aje jadi peneman sakit kepala....
Macam entri aku yang lepas..jenis ubat yang biasa aku makan.

Kenapa terjadinya sakit kepala?
:: Bagi aku ada macam-macam sebab. Kadang-kadang tu rasa tak relevan pon::
:: Benda kecik je tapi boleh membuatkan sakit kepala::

1. Stress - Ok stress memang betul sebab kita asik dok fikir jer. Mata pejam tapi kepala asik dok fikirkan je halnya. Last-last sekali dapatla migrain. 
2. Perut masuk angin - gastrik la senang cakap. Bila lambat makan memang perut mudah masuk angin sebabnya kita dah biasa makan pkul 1pm tetiba hari tu lewat dan makan dalam pkul 3pm. 
3. Terlebih ataupun terkurang tidur - Selalunya aku kurang tidur dan kadang-kadang pagi tu rasa berdengung aje telinga. Lepas tu aku selalunya menguap-nguap dan kemudian dalam 3,4 jam lepas akan sakit kepala. 
4. Cuaca - Bagi aku tak kira cuaca panas atau hujan mesti ada hari yang aku sakit kepala. Ingatkan dulu ala-ala puteri lilin gitu...tak boleh kena panas. Tapi sebenarnya disebabkan peralihan cuaca. Terlebih panas pun sakit kepala. Terlebih sejuk pun sakit kepala juga.


Cara mengubati Sakit Kepala (Rawat diri sendiri)
:: Maksudnya cuba mengawal sakit kepala dari sakit yang berlanjutan. ::
:: Bergantung kepada cara-cara mengawal sakit kepala kadang-kadang tu hanya Ubat sahaja yang mampu dapat hilangkan sakit kepala. ::

1. Pertama sekali kalau akibat dari stress aku akan terus makan ubat. Memang tak de cara lain dah nak kawal. Cuma lepas makan ubat basuh rambut. Baring, pejam mata dan rileks. Kalau tidur lagi baik.
2. Kalau disebabkan oleh gastrik, *sigh* macam-macam la ragamnya. Kadang-kadang rasa macam nak muntah, sakit perut, dan pening-pening. Selalunya ubat paling mujarab bagi aku minum susu panas. InsyaAllah perut tak meragam. 
3. Yang disebabkan oleh tak cukup tidur selalunya makan panadol je. Tak makan ubat tahan sakit yang kuat. Tak pun makan panadol dan sambung tidur
4. Kalau disebabkan cuaca panas. Aku makan ubat, basuh rambut, tidur dan mandi. Kalau tak jalan jugak, potong timun,cincang dan letak ais. Ahh sedapnya terasa sejuk di kepala. Sebaliknya kalau hujan pulak,hmm pegi klinik je la..doc saya sakit kepala!!




-Sekian-

~Terima Kasih sudi baca entri saya~

Oct 6, 2012

my Konvo Day~

Salam....

Alhamdulillah...akhirnya dapat juga aku konvo.
Bersusah payah untuk dapatkan ijazah.

Terima Kasih yang tak terhingga kepada :
 Lecturer - especially to mdm cordelia and mdm mar
Sahabat - Dayah,Shida









Terima Kasih yang tak terhingga kepada semua yang datang untuk my konvo @ PICC on 6.10.12.

Tq so much to my family and my in laws yang datang....
and
Tq so much to my abg Dzarif for the beautiful flowers...







-Sekian-

~Terima Kasih sudi baca entri saya~

Oct 3, 2012

T-ara @ Malaysia Showcase


Salam...


Yer, kami peminat T-ara. So bila dapat peluang Abang Zarif yang beli tiket.
 hehehe...padahal takut nak pegi seorang...So,beli untuk aku sekali. 
Ok nak dijadikan cerita kami beli tiket di Sg wang. Katanya ada free gift. 

Rasanya dalam 2 atau 3 bulan beli tiket akhirnya telah tiba juga masanya. 
Excited gilerrr masa nak pergi tu. 
Masa sampai tu pergi ambik free gift. 
Start dalam pukul 8.30 mlm macam tu. 

Tapi yang tak bestnya tempat duduk dalam dewan tue. 
Very Bad. T_T
Dahla nampak place card(ek,betul ke aku  sebut nie?)
Lepas tu asik nampak kepala orang. 
Padahal kitaorang duduk tengah-tengah dari stage tapi bahagian tepi.
Paling sakit jiwa bila semua fans menjerit. Sakit telinga aku!
Ok la tu pasal keburukan. Sekarang cerita benda best pulak.

Paling best dapat tengok dorang nie live.
Nyanyi live (Yeker?...hehe)
Dapat dengar apa yang dorang cakap. Cute glerr...
 bak kata abg Dzarif, apa kesimpulannya?
hmm pergi showcase ada baik dan buruknya..lain kali kita pergi konsert je..
takpun kita beli tiket yang VVIP punya..[peace]



T-ara @ Malaysia Showcase

Date : 3 October 2012
Venue : Dewan PGRM,KL,Malaysia.

7 Song List
Roly Poly
Lovey Dovey
why you being like this
Day by day
Sexy Love
I go crazy because of you
Bo Peep Bo Peep





-Sekian-

~Terima Kasih Baca entri saya~

Oct 2, 2012

(k-drama) Haeundae Lover


 Best gler drama nie. Kalau ada kelapangan silalah layan. 
Walaupun hero dan heroinnya tak berapa dikenali tetapi lakonan yang mantap dari pelakon-pelakon membuatkan drama ni BEST
Kadang-kadang layan kat chanel kbs 391 kat astro. 
Setiap hari isnin dan selasa pukul 9 malam. 
Memang lawak habis la. Nak tunggu untuk episod seterusnya pun tak sabar!
Boleh tak kalau ada drama melayu copy drama nie? aku nak tengok gak mcm mana..hihihi
Tiap-tiap malam tengok dengan suami drama nie. 
Dengar dorang cakap dialek Busan memang la rasa pelik..hahaha...
mesti rindu kat nam hae dengan so ra.







-Sekian-

~Terima Kasih sudi baca entri saya~


Jul 21, 2012

STOP

Mungkin ini last post. Kadang-kadang rasa tak ada makna hidup. Hidup bersama selamanya. Rasanya merepek. Ada setengah masa pasti dia akan boring dengan kau juga. Tapi untuk orang yang tak menghargai orang lain dan orang yang tak pernah rasa respect/hormat kepada orang lain adalah orang yang yang sangat kejam.

Dah malas nak tulis benda-benda yang aku merajuk dalam blog. Rasa bodoh pun ada. Walaupun dia baca tapi dia masih buat tak tahu. Tau kan orang selalu ckp "bibir tersenyum hati menangis". Siapa yang tak sedih sebenarnya bila orang sakitkan hati kita? mungkin aku sensitif. Tapi aku memang terasa hati.

Dengan ini. aku nak menamatkan blog ini. 
Terima Kasih.
 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown