Labels

Jun 27, 2012

(k-drama) Miss Ahjumma

Ada yang tengok tak drama Miss Ahjumma? Setau aku ahjumma nie maksudnya makcik dalam bahasa melayu. Actually masa mula-mula tengok rasa biasa je. Iyalah pelakon pun kurang femes je, ingatkan citer tak best. Lepas beberapa episod tengok emm best la pulak. Lebih-lebih lagi masa dia kena tinggalkan suami dia sebab suami dia tengah syok dekat perempuan lain.

(Gambar Geum Hwa sebelum transform jadi cantik) 

Tapi masa lepas dia bercerai dengan ex husband(kyung se) memang sakit hati betul dengan si sae mi tu. Jahat nak mampus. Tak ada keje lain asik nak musnahkan kehidupan orang je.!  Memang kejam betul. Yang si ex husband dia pulak asik percaya je si saemi tu. Iyelah bini baru kan. Hmm.....So, sekarang geum hwa dah transform jadi cantik.

Satu-satu masalah  berlaku dekat geum hwa. Memang tak lari masalah dia dengan sae mi. Geram betul aku tengok. Mula-mula rampas husband geum hwa. Sampai dia bercerai berai. Lepas tu pulak nak rampas kerja atau projek geum hwa. Yang tak leh blah masa dia nak rampas anak geum hwa sendiri sebabkan ex husband dia tak nak geum hwa kahwin. Bengong kan? Memang banyak masaalah. Yang si sae mi pulak tu memang giler-giler jahat. Siap upah gengster. Yang pelik tu dorang nieh tak buat report polis. Sebab tu lah si sae mi tu sanggup buat apa jer.


(Gambar selepas transform)

Sekarang ni pulak sae mi nak rampas boyfriend geum hwa. Kebetulan pulak dia jumpa dengan emaknya si Yoon Jung Woo tuh. Apa lagi sae mi nie naik minyak la. Berbaik dengan mak Tuan Yoon. Sedangkan tuan yoon tak tahu pun itu emak dia. Hebat kan sae mi? walaupun anak seorang tapi kejam. Untuk lebih lanjut, klik sini

OST Miss Ahjumma 

No comments:

 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown