Labels

artis (1) birthday (4) facebook game (3) favourite songs (3) goin out (3) health (2) hp (1) jalan-jalan (5) k-drama (7) k-pop song (14) lesen (3) luahan hati (1) makan (5) mary kay (2) masak-masak (1) movie time (7) my love (4) Resepi (6) sakit kepala (2) tips (3) vertigo (1)
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Aug 17, 2013

Resepi Sup Tulang


Bagi aku nak buat sup tulang adalah yang paling mudah.
Kebanyakan resepi yang macam dalam entri sebelum ni semuanya resepi mak aku.
Rasanya semua orang suka sup tulang. Tapi suamiku tak berapa minat. why b? hehe ..


Macam biasa simple sahaja. Resepi seperti di bawah;




















Bahan-Bahan:
-Tulang lembu (1kg)
-Sup Bunjut(guna yang sup tulang punya)
Garam
Air

Bahan untuk di blend:
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia

Bahan yang perlu di potong;
-kentang (belah 4)
-Tomato (belah 4)
-daun sup
-daun bawang 
-daun ketumbar
-limau nipis (jika perlu)
-cili api (jika perlu)

Bahan untuk di goreng;
-4 ulas bawang merah(potong bulat)

Cara-cara;
#kalau boleh gunakan periuk yang untuk buat sup tu. Tengok kat giant rm129. Jadi tak perlu susah-susah nak panaskan bila sup sejuk sebab periuk tu boleh keep warm. Boleh adjust lerr... 
#If tak ada boleh gunakan periuk yang besar. Selalunya aku guna periuk nasik yang dah tak diguna lagi. Sebab nak buat kuah banyak. Kata Sup tulang..... :)

1. Masukkan tulang (1kg) ke dalam periuk dan masukkan air. 
(Pastikan air tu lebih banyak dari tulang tadi. tak pun bergantung pada berapa banyak kuah yang kita nak. Selalu aku buat hampir penuh periuk sebab daging kan kenyal so pastikan daging tu direbus sampai tak kenyal.)

2. Masukkan sup bunjut (sup tulang).
(Tak perlu tunggu menggelegak dah boleh bubuh. Bau dia agak kuat. Selalunya tak letak pun. Tapi bila dah separuh masak daging aku buang sebab kurang suka dengan bau. Terpulang lar kan? )

3. Masukkan bahan-bahan yang telah diblend.
(Sebolehnya letak bila daging dah separuh masak.)

4. Masukkan kentang.
(Kentang kalau belah 4 memang lambat masak sikit. Jadi boleh bubuh masa daging dah masak.)

5. Masukkan tomato
(Dah masak boleh letak tomato.Ikutla nak bubuh atau tak.)

6. Goreng bawang yang dah di potong bulat tadi.
( Letak minyak sikit dan gorengkan bawang. Kemudian bila keperang-perangan masukkan ke dalam sup bersama minyak tadi.)

7. Letak garam dan bahan perasa yang kita suka.
(aku letak garam je. Ajinamoto pun tak letak.)

8. Taburkan daun sup, daun bawang dan daun ketumbar. Perah asam limau.
(lagi satu kalau nak pedas boleh letak cili api. Boleh juga letak black pepper. Baru rasa pedas dan rasa black pepper tu..)

9. Dah siap!
Bila dah menggelegak boleh la tutup api. Boleh di hidang dengan nasi atau dengan mee. 

Senang kan?


May 29, 2013

Resepi Kari Ayam (Simple)


Hari nie nak masak Kari Ayam..!!
Simple kari ayam teach by my mom.

Dah lama glerrr x masak.
Kata je suri rumah, tapi jarang masak tau...hihihi
Sejak mak sakit ni, rajin aku masak. (perasan ni, terlebey puji diri sendiri..)

Kelmarin masak sup ayam dan sambal ayam.
Sebabkan dah lama tak masak nak goreng ayam pun kekok. (shy shy)
but no picture la key. 

Bahan- bahan yang diperlukan untuk masak kari ayam seperti :



* Ayam 
* Bawang Merah
* Bawah Putih
* Halia
* Biji Ketumbar
* Kayu Manis
* Daun Kari 
* Kentang
* Serbuk kari ayam
* Serbuk Cili
*Garam, Ajinamoto
* Air (sbb x guna santan)

Cara memasak :

1. Blendkan bawang merah bawang putih, halia dan biji ketumbar.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan daun kari dan kayu manis. 
3. Kemudian masukkan bahan yang diblend tadi.
4. Untuk rasa pedas masukkan serbuk cili dalam 2 sudu.
5. Selepas tu boleh masukkan serbuk kari dalam 4-5 sudu. 
6. Gaulkan dan tunggu hingga minyak pecah dan boleh masukkan ayam. 
7. Gaul ayam hingga separuh masak.
8. Kemudian baru masukkan air. 
9. Tunggu sampai mendidih dan letakkan garam dan ajinamoto.
10. Dah boleh hidang dengan nasi.




May 1, 2013

Resepi Sambal Ayam

Ramai yang suka makan sambal ayam. Aku pun suka glerrr......

Bahan- Bahan:

- Ayam (Goreng ayam separuh masak)
- Cili Kering (dalam satu genggam atau lebih)
- Bawang Besar (1 atau 2 biji )
- Bawang Putih (3 atau 4 biji)
- Halia (1cm)
- Garam (cukup rasa)
- minyak

Cara - cara :

- Blend kan cili kering.
- Blend Bawang Besar, bawang putih, Halia
- Panaskan minyak dan tumis cili kering yang dah di blend.
- Masukkan bwang merah,putih dah halia dah diblend.
- Gaulkan dan tunggu hingga naik bau. masukkan Garam.
- Masukkan ayam dan gaulkan.
- Angkat dah ready untuk dihidang.

Apr 1, 2013

Resepi Spaghetti


Spaghetti yang selalu aku buat memang simple je. Tak buat yang susah dan pelik. Tapi rasa sedap hokey.
Selalunya kalau masak spaghetti ni waktu dah boring makan nasi dan dah tak tau nak makan ape.
So buat la spaghetti.

Bahan- bahannya :

- Spaghetti (Rebus dulu sampai masak)
- Tomato
- Bawang Merah (2 biji)
- Bawang putih (2 ulas)
- Daging cincang (yang dalam paket Ramly burger)
- Daun ketumbar
- Hotdog
- Prego
- Oregano

Cara-caranya:

- Rebus spaghetti sampai masak. Letak minyak sedikit supaya tak melekat.
- Potong dadu bawang merah dan bawang putih.
- Panaskan minyak dan masukkan bawang-bawang yang didadukan tadi.
- lepas naik bau letakkan daging cincang satu peket. (mak aku kadang2 guna daging burger).
- gaulkan dan kemudian tambah air sedikit.
- Masukkan PREGO. Letak garam.
- Tunggu hingga mendidih .
-Sambil tu potong hotdog (kerat 3) dan masukkan dalam periuk tadi.
- Gaulkan dan beberapa minit lepas tu boleh tutup dan boleh hidang.
- Taburkan serbuk oregano dalam kuah spaghetti.
- Kalau suka boleh potong daun ketumbar dan masukkan.





Mar 1, 2013

Resepi Sup Ayam

Ada pelbagai resepi untuk resepi sup ayam. Tapi kali ni ikut cara mak aku masak. 
Bila dah hujan nie makan sup ayam mesti sedap !!

Bahan- bahan :

- Ayam
- Bawang Merah (blend)
- Bawang Putih (blend)
- Halia (Blend)
- Kayu manis (tak nak letak pun boleh)
- Sos Tiram
- Kentang (belah 4 atau ikut suka)
- Minyak
- Garam
-  air (secukupnya)
- Limau nipis (jika perlu)
Daun bawang dan daun sup (potong nipis)

Cara-caranya :

Cara Perapan
- Gaulkan ayam bersama bahan yang dah diblend.
- Masukkan sos tiram secukup rasa.
- Gaul dan perapkan.

Tumis
- Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan kulit kayu manis.
- Masukkan bahan yang dah diperap tadi.
- Kacau sehingga naik bau. 
- Apabila ayam sudah separuh masak boleh la bubuh air untuk jadikan kuah.
- Masukkan kentang secukupnya.
- Letak garam dan perisa lain.
- Masukkan daun bawang dan daun sup yang dipotong halus.
- Bila mendidih dah boleh tutup dan hidang.

Resepi Ayam Goreng berempah

Sebenarnya ini dah kali ke berapa buat ayam goreng berempah.
If resepi mak dia akan letak banyak jintan dan letak serbuk kari. Sedap je. 
Cuma bila goreng selalu sangat hangit. Nak kena api slow je. 
So, kali ni aku buat senang je tapi bagi aku sedap. 

Bahan- bahannya :
- Ayam 
- Bawang putih (4 ulas)
- Kunyit hidup (3 atau 4)
-Daun Kari
- Garam 
- Tepung (untuk tepung ni mak aku beli dekat kelantan.)

Cara-caranya :
- Tumbuk bawang putih dan kunyit.
-Gaulkan bersama ayam dan gaul bersama sedikit daun kari. 
- Letak tepung dalam mangkuk dan campur sedikit air.
- Kemudian tuang perlahan-lahan ke dalam campuran ayam tadi. 
- Biarkan dalam 15-30 minit.
Kemudian dah boleh goreng.

(Sebelum goreng)



(Selepas goreng)
 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown