Melihat pada entri kali nie "online shopping" apa pendapat korang?. Bagi aku sendiri memang seronok membeli online. Boleh tengok barang yang kita suka. tapi tengok gambar jer la...heheh. Boleh dikatakan hari-hari aku tengok, alah macam window shopin la jugak tapi sambil melayari internet.
Online shopping maksud aku lebih kepada penjual yang menjual barang melalui facebook. Aku lebih suka kalau jual dekat facebook berbanding blog. Sebab dekat fesbuk terus owner account fb tue comment. Dan senang nak berhubung..Setakat nie aku cuma beli beg jer.(sorry ye sayang..tp u dah tau i mmg beli beg tu online kan...:p).
Setiap kali bukak fb memang aku tengok barang-barang apa yang ada. Seronok gak cuci mata. Tapi setakat nie kalau nak beli kasut online maybe aku tak beli lagi kot. Sebab aku agak memilih bila beli kasut. Kalau aku pakai dan rasa sedap n cantik aku beli la...:). But baru-baru ni masa pegi Sogo dengan dia(sayang) aku beli sandal.Walaupun dia cakap aku dah ada banyak kasut.
"Eh, awak nak beli lagi kasut?"
"Alah,kasut org kan dah rosak masa jatuh eksiden hari tu"
"Alah ckit je tu. Kan kasut lain ada..."
"Erm erm Kasut tu...alah kasut lain tu tak sesuai gi jalan-jalan...sakit kaki..."
Dengan melihat air muka dia yang seperti membenarkan aku beli kasut baru itu, aku pun membeli sandal yang baru...hahaha..sangat-sangat gembira. hatiku sungguh gumbira...comel sandal aku warna putih. lalalalalala~
p/s : masa balik dari sogo tersempak dengan a.galak tengah shooting untuk drama. sayang aku nie nak turun dari motor nak ambik gambar + autograph a.galak..SABAR je la...hehehe
Pelbagai koleksi kurung dan kemeja batik. Yang best cutting loose sesuai di
pakai ke tempat kerja dan kenduri. Cantik dan murah!!
-
KURUNG KLASIK BAYUMAS
Promo PRICE :- RM65 SM
✅ Sabah Sarawak postage RM10
Plus size dewasa 2XL & 3XL dewasa tambah RM10
===================
𝐃𝐞𝐬𝐜...
1 year ago
No comments:
Post a Comment