Labels

Oct 31, 2011

handphone kat atas


Agaknya korang faham tak maksud aku tu apa sebenarnya? "handphone kat atas". Selalunya aku tak angkat bila orang call terutamanya orang yang aku tak kenal. Macam contoh nombor yang tak dikenali tertera di skrin h/p dan macam biasa aku tak angkat. Lepas tu nombor tu call sekali lagi dan tragiknya aku tak ada pada waktu itu. Sebabnya aku ada kat bawah. Hah!! kat bawah mana la pulak kan?hehe. maksudnya aku tinggal hp kt dlm bilik lar.

Alkisah-

rumah aku 2 tingkat jadi dolu-dolu masa aku tengah couple bf aku selalu tanya aku kat mana jadi aku akan jawab "ada kat bawah" tak pun "ada kat atas". Paling dia suka tanya kenapa tak angkat hp jadi secara automatiknya aku jawab "handphone kat atas." So,siapa-siapa je yang call dan aku akan jawab "sori tak angkat,tadi hp tinggal kat atas."

So,apa kejadahnya aku jawab macam tu.....(***malunya***). Macam orang lain tahu ke rumah aku 2 tingkat..poyo giler...kenapa la aku tak ckp h/p tinggal dlm bilik. sob sob sob. Macam baru-baru ni lecturer visit untuk intra. Dia tanya kenapa aku tak angkat h/p aku boleh cakap "h/p kat atas". Terpinga2 lecturer aku tu bila aku jwb mcm tue~ Husbnd aku pulak gelakkan aku cakap "awak ingat orang lain tau ke rumah awak tu 2 tingkat.?" T__T. mulai saat nie aku tukar dan cakap sori h/p tertinggal dalam bilik.

p/s: aku try ubah apa yg aku akan jwb..:p

my hp dah rosak

sedih betul,hp rosak. Kalau hp slide je mesti macam ni-rosak. Sakit betul hati. Nak tukar hp baru xde duit la pulak. maklum lah tengah sesak skrg ni. Nak guna nokia rasa mcm x biasa dengan jiwa..kalau guna sony ericcson baru rasa sesuai..ecehh..konon je. Tapi betul la!! i like sony~

paling x minat guna nokia sebab:
  • Dah mmg x minat knp nk guna? :p
  • ambik gmba xcantik-pengalman aku gna hp nokia le~
  • function yg aku x seberapa suka
sebenarnya kalau dah biasa guna sony tue yang susah bila nak tukar nokia. Hehe. Apa-apa pun aku tetap ke arah hp sony. Now, guna hp husbnd tapi hp nokia lerr...:(


Oct 8, 2011

KL Bird Park

hari sabtu bersamaan dengan 1hb 10 2011 jenjalan ke KL Bird Park. Sebelum pergi ada 2 cadangan je dalam mind aku. Samaada:
  1. Taman Burung
  2. Sunway Piramid
Disebabkan oleh budak 2 orang ni akif n bidin dok sebut taman burung so memang kami ke taman burung!! Dari rumah kami naik cab. Tambang lebih kurang rm17. Sampai je kat situ tengok ramai orang n banyak betul BAS. Agknya bas pelancong kot.

Entry fee : Rm 20 (Adult)
RM 10 (child)










Sep 29, 2011

pening..

Sebenarnya aku tak nak tulis pun pasal aku pening..sakit nie..but seriusly susah orang nak percaya yang aku sebenaarnya rasa sakit.

Pening pun bukan sebarang pening tapi kisah pening lebih kepada bila bangun pagi rasa macam kepala pening memutar dan kalau bangun mesti terjatuh kalau tak ada pemegang. Doktor di klinik ttdi kata aku kena penyakit vertigo. But kena pergi check dekat hospital untuk susulan.

Sebelum ni aku pernah kena vertigo tapi tak pegi check dan aku rasa benda ni sembuh sendiri. Lama jugak nak sembuh hampir sebulan lebih baru ok. Tahun lepas masa eksiden adalah kali kedua aku kena balik. Pening. Tapi alhamdulillah cepat sembuh. Baru-baru ni lepas beberapa hari kahwin aku kena balik. Terus pergi klinik dan ambik ubat. Cuma ubat tak berkesan pun. Susah nak dapatkan rawatan yang sebenar.

Sedih sangat kerana rupa-rupanya baru sedar penyakit nie berulang. So...aku decide untuk pergi ke hospital. Dapat apoinment untuk bulan 11. Kadang-kadang aku tertanya "boleh ke pregnant kalau ada vertigo?". Menangis kuat-kuat rasa macam sedih sangat-sangat kenapa boleh dapat penyakit ni. Tapi lepas menangis memang dah lupa semua. Rasa lega.

Tentang Vertigo:

Vertigo- perasaan berpusing pusing atau rasa persekitaran anda bergerak

o Gangguan telinga tengah (vestibular neuronitis akut atau labyrinthitis)

o Sekali sekala ,benign vertigo berkaitan dengan perubahan kedudukan.

o Mastoiditis (radangan pada mastoid)

o Kurang aliran darah ke telinga tengah akibat atherosclerosis (plak lemak
dalam salur darah) terutama pesakit Diabetis Mellitus (Kencing manis),
Hypertension ( Darah tinggi) dan Hypercholestrolaemia (berlebihan kolestrol
dalam darah)

p/s: taip vertigo di google untuk dapat kan maklumat lanjut...:)

Sep 24, 2011

Brown Eyed Girls

yeahh...BEG dah keluarkan lagu baru. sangat best!! tak rugi kalau dengar. Masa dengar yang live n MR removed pun sangat teruja bila dengar lagu nie...Ouchh...







Sep 22, 2011

(k-drama)Smile Mommy


Hampir ke penghujung drama korea smile mommy. Episod sebelum ni memang sangat best dan mendebarkan. Hampir setiap hari aku akan tunggu untuk melihat drama ni. Agak sedih sebab hampir tamat drama ni. Siapa-siapa yang masih tak tau tentang drama ni boleh tengok ulangan di astro chanel 393 pukul 11.50malam.

Tak sabar nak tahu apa ending drama ni. Masa kemuncak smile mommy memang best giler! Waktu tu shin yeong memang dah nekad nak tinggalkan suami dia dan perempuan jahat Hwang bo mi tu.

Pelakon:

Shin family
Lee Mi Sook as Jo Bok Hee
Lee Jae Hwang as Shin Muh Roo
Kang Min Kyung as Shin Dal Rae
Jung Ji Ahn as Shin So Ra
Kim Yong Gun as Shin Ki Bong
Kang Ye Seo as (Muh Roo & Shin Young’s daughter)
Kang family

Yoon Jung Hee as Kang Shin Young
Park Won Sook as Park Soon Ja


Yoon Joo Sang as Kang Dong Poong
Suh Dong Won as Kang Do Young
Hwang Bo Ra as Kim Mi So (Do Young’s wife)
Im Ye Jin as Kang Seo Poong

Bae family

Ji Soo Won as Yoon Min Joo

Kim Jin Woo as Bae Yun Woo
Yeo Min Joo as Bae Yun Seo
Other people
Go Eun Mi as Hwang Bo Mi
Park Sung Min as Goo Hyun Se
Suh Joon Young as Lee Kang So

Seo Ji Young (cameo)

Chung Lim (cameo)
Bae Geu Rin (cameo)

p/s: bila la last episod drama nie..takut terlepas la pulak..Yaikkss!!
 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown