Sebenarnya aku tak nak tulis pun pasal aku pening..sakit nie..but seriusly susah orang nak percaya yang aku sebenaarnya rasa sakit.
Pening pun bukan sebarang pening tapi kisah pening lebih kepada bila bangun pagi rasa macam kepala pening memutar dan kalau bangun mesti terjatuh kalau tak ada pemegang. Doktor di klinik ttdi kata aku kena penyakit vertigo. But kena pergi check dekat hospital untuk susulan.
Sebelum ni aku pernah kena vertigo tapi tak pegi check dan aku rasa benda ni sembuh sendiri. Lama jugak nak sembuh hampir sebulan lebih baru ok. Tahun lepas masa eksiden adalah kali kedua aku kena balik. Pening. Tapi alhamdulillah cepat sembuh. Baru-baru ni lepas beberapa hari kahwin aku kena balik. Terus pergi klinik dan ambik ubat. Cuma ubat tak berkesan pun. Susah nak dapatkan rawatan yang sebenar.
Sedih sangat kerana rupa-rupanya baru sedar penyakit nie berulang. So...aku decide untuk pergi ke hospital. Dapat apoinment untuk bulan 11. Kadang-kadang aku tertanya "boleh ke pregnant kalau ada vertigo?". Menangis kuat-kuat rasa macam sedih sangat-sangat kenapa boleh dapat penyakit ni. Tapi lepas menangis memang dah lupa semua. Rasa lega.
Tentang Vertigo:
Vertigo- perasaan berpusing pusing atau rasa persekitaran anda bergerak
o Gangguan telinga tengah (vestibular neuronitis akut atau labyrinthitis)
o Sekali sekala ,benign vertigo berkaitan dengan perubahan kedudukan.
o Mastoiditis (radangan pada mastoid)
o Kurang aliran darah ke telinga tengah akibat atherosclerosis (plak lemak
dalam salur darah) terutama pesakit Diabetis Mellitus (Kencing manis),
Hypertension ( Darah tinggi) dan Hypercholestrolaemia (berlebihan kolestrol
dalam darah)
p/s: taip vertigo di google untuk dapat kan maklumat lanjut...:)
No comments:
Post a Comment