Labels

Dec 24, 2010

Bila aku stress...!

Stress.......kenapa? Banyak sungguh kerja yang buat aku stress. Apa la yang aku buat sampai stress giler. Nak kata ada kelas bukannya ada waktu cuti nie. Hmm.

Apa yang mem buatkan aku stress:

1- Tempat Praktikal - aduss bila la nak dapat tempat nie macam susah sangat nak cari....tolong2. Aku nak tempat yang kat kawasan PJ je. Dah tak nak kat KL. Hopefully aku dapat tempat before january 2011. Senang cakap tapi tuan diri tak pergi pun mencari tempat...

2- FYP- Macam biasa aku x siapkan hard cover a.k.a aku tak nak buat. Cakapla nak cakap apa pun aku tak nak buat. Untuk apa? result dah keluar. So?! AH..Malas layan.

3-Stesen - Hal kat stesen pun buat aku tension. Aku dah malas nak pegi sebenarnya. Rasa dah fed up. Macam-macam perangai. Dah bosan tengok. Sakit hati pun ada.

Bila aku stress:

1. Aku makan banyak gler dan makan dengan sepenuh hati. Sampai aku rasa puas

2. Aku tengok tv

3. Aku g tengok wayang

4.Gi shopping. Tapi selalunya beli makanan la pastu ahh beli la ape pun. Asalkan memuaskan hati aku....

5. Dengar lagu korea takpun tgk korea variety show..

6. Jalan sorang-sorang(maksud kalau aku balik kelas tu dari kampus sampai la kl tempat aku tggu bas utk balik umah)

Kesimpulannya,Stress tetap stress tapi apa yang aku buat beri masa pada diri sendiri . Dan hasilnya kerja aku tetap tak siap dan BER tambah lagi adalah....Ayayaiiii.....

Dec 21, 2010

new year is coming..!!

Wah nak dekat habis rupanya tahun 2010. Banyak yang berlaku pada tahun ni. X sabar aku nak tunggu akhir tahun 2010...hehehe..tunggu..(*malu-malu kucing*). Tak pe lah kita sambung cerita lain pulak. So, awal tahu nie bila ingat balik apa azam aku agaknya azam tahun ni dan tahun depan sama? mungkin la berubah ckit. Takkan la berubah semua..kan kan?

Azam tahun 2010

1.Amik Lesen Kereta<--mintak2 la lps ujian komputer,susah2.
2.Rajin pegi klas<--nth blh buat ke x?tgkla kalau klas pagi susah la ckit :)
3.Nk dpt GPA 3.5 untuk 2 sem terakhir<--kalau kalkulus aku lepas..
4.Target CGPA 3.5<--yg nie xtau blh btul2 dpt atau pun tak. tawakal jer la
5.BF baru?cinta baru?<--dunno yet


Seperti di atas, azam no 1 hanya takat lesen L jer. SO ? next pls...azam no 2. Act masa sem jan 2010 malas sebab banyak hal yang berlaku disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan. Masa sem july2010 aku rajin g klas mcm Kalkulus.Hohoho::D. Yang lain disebabkan oleh fed up dengan lect. Dia ingat kita as a student tak ada hak ke? suka-suki je.


Azam yg ke 4 dan ke 5. Memang pada sem jan 2010 aku dapat dean list(hooray....) gpa memang dah cantik n cgpa pun memang lepas 3 lebih. tapi sem july2010 macam TUT TUT TUT. Teruk nak mampus. Semua orang cakap sabar wanie dugaan. Memang dugaan betul. Semua jadi benda nie sebab aku jatuh eksiden dan abah aku Meninggal. Memang aku salahkan lect tu 100%. (F-U). Nasib pointer aku still 3 lagi walaupun Gpa aku jatuh teruk!(sabarrrrrr.........)


Dah! Abis psl study...sambung azam yg ke 5. Bf baru? hahaha...buat aku gelak je la. Tak de la baru yang lama jugak cuma sambung je balik. :p. Hurm takat ni je lah aku nak cerita...hohoho...:D malas nak nak taip dah...Syg aku dah panggil g keje teman dia...ayayaiiii...

Dec 20, 2010

pompuan bangang

sakit betul hati dengan pompuan bangang. Tak kira la bangang mana. Tapi bagi aku tetap bangang. Hey!!! Aku punya suka la nak tulis ape pun....NGok..!!!!!!!!!! Senang la kau semua suruh aku buat semua suruh aku cakap.!!!padahal kau tu buat keje x habis2. Xsudah!!!! pastu pas kat aku...tue yang aku bengang nak mampos..dahla tak nak bagitau apa yang kena buat pastu asik cakap "Ah, malas la aku ngan ko nie...".

Tak susah-sudah ayat tue jer keluar..."Ah.malas la aku....". Semua kau malas..kononya malas nak ulang balik apa kau dah cakap. Bodohhh!!! X tahan aku....Mula-mula cakap lain sekarang cakap lain. Depan orang kau cakap lain belakang aku kau main tikam-tikam pulak. Dahla kurang ajar......!!! SENANG CERITA KAU BUAT SEMUA!!!!!!!!!!

Nie sorang lagi betina yang aku nak cerita. Tahap gler nak mampos pompuan nie.....Mula-mula cakap nak sponsor last-last SENYAP jerrrr....Apa kejadahnya kau cakap mcm tue mula2? pastu diam jer...bila orang lain dah banyak sponsor kau pun senyap jerr..Eiii poyo btulll...xnak tolong sudahhhh.....

Macam-macam orang aku jumpa tapi ada yang boleh percaya dan ada yang TAK boleh percaya. Yang boleh percaya pun bukannya seratus peratus percaya. Yang Tak boleh percaya pun kadang-kadang boleh percaya jugak.....Argghhh pening aku dengan manusia nieh....Ada yang kata macam nie ada yang kata macam tue...semua macam-macam!!!

Semuanya tuding kat aku,Aku tgh pening dan aku tak nak gelabah la TAPI dalam hati aku banyak benda nak buat...:
1- Tempat praktikal -- yang x cari-cari lagi
2- MF-- yang sengal dan buat aku bengang. Sampai mati aku takkan maafkan lecturer nie
3- FYP-- sama macam kat atas...RESULT dah keluar. So watt???aku xtak hantar ape2 lagi..Sebab abah aku mati dan aku eksiden aku dapat result paling teruk pernah aku dapat?!?! FU!!
4- Motor- Dah la kena tarik- Pastu banyak pulak SUARA SUMBANG. Ada yang suruh g ambik ada yang pulak cakap xpayah. Dah elok2 discuss tetiba ada plak yang ubah nak ambik balik. TAIK betullll!!! Cakapla betul2. ni macam setan...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

p/s: nie waktu aku tengah marah gilerr dan psl fyp n MF. Sperti di atas aku xkan ubah ape2 w'pun aku rasa aku dah x marah...

Dec 14, 2010

online shopping~Oh kasut+ Oh beg!

Melihat pada entri kali nie "online shopping" apa pendapat korang?. Bagi aku sendiri memang seronok membeli online. Boleh tengok barang yang kita suka. tapi tengok gambar jer la...heheh. Boleh dikatakan hari-hari aku tengok, alah macam window shopin la jugak tapi sambil melayari internet.


Online shopping maksud aku lebih kepada penjual yang menjual barang melalui facebook. Aku lebih suka kalau jual dekat facebook berbanding blog. Sebab dekat fesbuk terus owner account fb tue comment. Dan senang nak berhubung..Setakat nie aku cuma beli beg jer.(sorry ye sayang..tp u dah tau i mmg beli beg tu online kan...:p).

Setiap kali bukak fb memang aku tengok barang-barang apa yang ada. Seronok gak cuci mata. Tapi setakat nie kalau nak beli kasut online maybe aku tak beli lagi kot. Sebab aku agak memilih bila beli kasut. Kalau aku pakai dan rasa sedap n cantik aku beli la...:). But baru-baru ni masa pegi Sogo dengan dia(sayang) aku beli sandal.Walaupun dia cakap aku dah ada banyak kasut.

"Eh, awak nak beli lagi kasut?"

"Alah,kasut org kan dah rosak masa jatuh eksiden hari tu"

"Alah ckit je tu. Kan kasut lain ada..."

"Erm erm Kasut tu...alah kasut lain tu tak sesuai gi jalan-jalan...sakit kaki..."

Dengan melihat air muka dia yang seperti membenarkan aku beli kasut baru itu, aku pun membeli sandal yang baru...hahaha..sangat-sangat gembira. hatiku sungguh gumbira...comel sandal aku warna putih. lalalalalala~

p/s : masa balik dari sogo tersempak dengan a.galak tengah shooting untuk drama. sayang aku nie nak turun dari motor nak ambik gambar + autograph a.galak..SABAR je la...hehehe

Dec 13, 2010

Cik SITI

Siapakah itu Cik siti? huhuhu..semstinya aku...Aku rasa macam sedap jer nama nie sebab sesetengah orang panggil aku sudah semstinya lah wanie tapi nama lain is siti. But kalau dekat kampung memang nama aku siti lar. sebab dari kecik lagi memang panggil siti.

Sejarah tentang nama aku memang agak menyeronokkan. Even adik n sepupu aku pun ada nama panggilan yang memang kelakar. But aku ingat dulu-dulu memang chek(atok) aku panggil mek timoh. Yang paling best pengalaman masa aku kat kampung pastu g klinik ngan chek pastu kerani tue tanyalah nama aku sape pastu chek aku cakap "mek timoh". So, mmg kat resit n kat bekas plastik ubat tu nama aku "mek timoh". Hahahaha.....sabar jer la....

Pastu masa sekolah rendah pulak member-member panggil syazwani. Agak panjang la jugak nak panggil syazwani. Aku pun tak kisah sangat sbb sedap je bunyi nya..."syazwani".:p. Aku rasa lama jugak la panggilan syazwani nie berterusan sampai aku masuk tingkatan 1.
Tingkatan 2 aku dah pindah sekolah lain. Member pun lain. Kwn aku ina yang mula-mula panggil aku wanie. Mmg rasa weird jugak la.

"nama ko nie panjang sangat la"

"abis nk pnggil ape?selalu org panggil syazwani je"

"tukalah panggil wanie je..ok x?. Pendek sikit."

"hmm...Ok lah...."

So,dari situlah bermula wanie dan sehingga sekarang pun memang wanie. Kisah Siti pulak berlainan,sebab orang yang panggil siti mesti dalam urusan. Contohnya McD delivery, mmg aku guna nama siti. So, ble call pun org tu akan cakap "cik siti, yer". Memang kelakar dengar org panggil cik siti. Xde nama panggilan lain ke?..heheh..saje je aku letak Cik siti.:p

Dec 12, 2010

Rakan siber(fesbuk)

Untuk sekelian kalinya aku menebalkan hati aku untuk delete semua yang aku tak kenal atau tak pernah bertegur sapa di facebook. Mula-mula aku rasa agak bersalah sebab kadang-kadang org yang add aku tapi kalau tak kenal kenapa nak add. Tapi x knal maka x cinta itu hal lain. Btul tak? Ada jugak yang add sebab satu kampus. Tapi aku tak pernah jumpa dia dan tak pernah tersempak pun. Bak kata lain hanya rakan siber sahaja. So no meaning.

Ada pulak yang aku pernah tertengok kat gambar dia kat fesbuk tapi aku tak pernah kenal. Jadi malam ini secara rasminya aku cuba meremove kan orang yang aku tak berapa kenal. Aku mintak maaf kepada orang itu sebab aku remove from friends. Tapi aku rasa dia pun x ada ape yang untuk dirisaukan sebab aku tak kenal dia. Ada satu kisah ni yang mana aku terdengar salah seorang kawan aku cakap;

member1 : "ko knal x budak yg nama dot dot kat fesbuk tue?"

member2: "aku rasa mcm knal je..penah nampak la muka dia kat kampus nie"

member1 : "eh tue bukan dia ke tadi?.. Dekat fesbuk slalu post macam2 psl dia ngan BF dia,ishh x suka aku..ngada-ngada"

member2: "a'ah dia la tadi tuuu..Eh, aku pun rasa nyampah je dia asik post psl bf dia jer..."

Mereka berdua ni saling mengomen pasal seorang budak nie yang hanya diaorang pernah jumpa melalui fesbuk dan tak pernah kenal pun di dunia nyata..Tapi, fuhh komen diorang memang x berbaloi bagi aku. Tak ada faedah untuk kau mengata orang yang kau tak kenal. Oleh itu,aku tak pernah post benda-benda yang mengarut sebab memang scary bila diaorg nie dah mula mengomen a.k.a mengata.!
Maafkan aku sebab aku remove but aku akan buat satu lagi akaun hanya untuk frens sebab aku rasa sekarang aku nak tumpukan pada family aku, rakan aku yang banyak membantu..terima kasih banyak-banyak..dan juga kepada sayangku en lampard for being with me when i really need you..w'pun sometimes gado-gado...U hate me but i love u...
 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown