Salam....
Sejak dua menjak nie, rajin sangat aku sakit kepala. Tengok orang lain happy je..tapi aku?
ada bad headaches..T_T
Sakit la kalau headaches. Ada tak orang yang tak pernah mengalami sakit kepala?
hmm...mcm aku ubat aje jadi peneman sakit kepala....
Macam entri aku yang lepas..jenis ubat yang biasa aku makan.
Macam entri aku yang lepas..jenis ubat yang biasa aku makan.
Kenapa terjadinya sakit kepala?
:: Bagi aku ada macam-macam sebab. Kadang-kadang tu rasa tak relevan pon::
:: Benda kecik je tapi boleh membuatkan sakit kepala::
1. Stress - Ok stress memang betul sebab kita asik dok fikir jer. Mata pejam tapi kepala asik dok fikirkan je halnya. Last-last sekali dapatla migrain.
2. Perut masuk angin - gastrik la senang cakap. Bila lambat makan memang perut mudah masuk angin sebabnya kita dah biasa makan pkul 1pm tetiba hari tu lewat dan makan dalam pkul 3pm.
3. Terlebih ataupun terkurang tidur - Selalunya aku kurang tidur dan kadang-kadang pagi tu rasa berdengung aje telinga. Lepas tu aku selalunya menguap-nguap dan kemudian dalam 3,4 jam lepas akan sakit kepala.
4. Cuaca - Bagi aku tak kira cuaca panas atau hujan mesti ada hari yang aku sakit kepala. Ingatkan dulu ala-ala puteri lilin gitu...tak boleh kena panas. Tapi sebenarnya disebabkan peralihan cuaca. Terlebih panas pun sakit kepala. Terlebih sejuk pun sakit kepala juga.
Cara mengubati Sakit Kepala (Rawat diri sendiri)
:: Maksudnya cuba mengawal sakit kepala dari sakit yang berlanjutan. ::
:: Bergantung kepada cara-cara mengawal sakit kepala kadang-kadang tu hanya Ubat sahaja yang mampu dapat hilangkan sakit kepala. ::
1. Pertama sekali kalau akibat dari stress aku akan terus makan ubat. Memang tak de cara lain dah nak kawal. Cuma lepas makan ubat basuh rambut. Baring, pejam mata dan rileks. Kalau tidur lagi baik.
2. Kalau disebabkan oleh gastrik, *sigh* macam-macam la ragamnya. Kadang-kadang rasa macam nak muntah, sakit perut, dan pening-pening. Selalunya ubat paling mujarab bagi aku minum susu panas. InsyaAllah perut tak meragam.
3. Yang disebabkan oleh tak cukup tidur selalunya makan panadol je. Tak makan ubat tahan sakit yang kuat. Tak pun makan panadol dan sambung tidur.
4. Kalau disebabkan cuaca panas. Aku makan ubat, basuh rambut, tidur dan mandi. Kalau tak jalan jugak, potong timun,cincang dan letak ais. Ahh sedapnya terasa sejuk di kepala. Sebaliknya kalau hujan pulak,hmm pegi klinik je la..doc saya sakit kepala!!
-Sekian-
~Terima Kasih sudi baca entri saya~
No comments:
Post a Comment