Labels

Jan 30, 2011

Hujan oh Hujan

Hari nie rasanya macam sepanjang hari hujan. Rasa macam katak panggil hujan je. Ongg Ongg. Haha=). Mana nak dengar kat umah kalau bunyi katak. Nak jumpa katak pun susah. Katak oh katak kenapa engkau panggil hujan? ular nk makan aku. Aduss ape yang ak dah merepek nie...mereng tul..

Hujan....daripada pagi tadi hujan turun. rasa macam sejuk je. Dlu asik ngadu panas. Aww

Jan 27, 2011

- sepetang @ hospital -



Nie kali ke dua aku g klinik kerajaan kat area dato harun. Selalunya g klinik swasta je. Disebabkan bulan nie ak kesempitan yang amat sangat jadi ak ambil keputusan untuk ke klinik kerajaan je. Yang nie first time ak pegi sendiri. Sampai je sana tak tahu nak buat aper. Memang macam orang yang datang sana tapi tak tahu nak buat apa. Senang cakap nampak macam org bodoh la. Heheh.

Perkara pertama skali aku nak g klinik gigi dan kedua aku nak g klinik biasa la. Sebabnya semalam masa kat tengah jalan. Perutku sakit. Bukan macam biasa tapi macam mencucuk2. So, takut gak kalau apendiks ke ape.

Kat klinik gigi, macam biasa la tunggu ke main lama. Memang aku rasa nak dekat sejam lebih gak la tunggu. Baru dapat jumpa doc. Tu pun tak sampai 5 minit jumpa. Tapi dapat appoinment la. Jumpa lagi 7/2/11. Ishh ntah ak xsuka pegi jumpa doc gigi. =(. Alah dah ckp x suka x suka lar...isk

Ah,lupakan ketakutan ak nak jmpa doc gigi. Pastu turun dan daftar untuk check biasa. Bilik aku no 10. Aku tengok kat klinik ramai betul bawak baby. Rasanya mungkin baru 1st baby kot. Tapi ada gak yang bukan. Hmm ingatkan org dewasa je jmpa doc. Baby pun? dah la geng dye ramai. Terpaksa aku tunggu dengan baby2 yg lain. Yang ni ak tggu tak lama dalam 20 minit kot camtu dah boleh masuk. Hmm lepas doc check dye suh g check air kencing. Lar tadi baru aku lepas g toilet nie nak g pulak?. Lepas tue ble dapatt result,doc kata ok je. Aku ingat dah boleh balik. Rupa-rupanya..bersambung.....


Ces...ingat nie drama ke? ok2 sambung balik pastu doc kata g ambik darah. Ambik darah??? dah la aku sorang. Isk isk. Takut gler. Ak dah sedih gler nie. Nasib tak nangis. Sob sob T_T.
Tolong sayam tolong...tapi ak xde kredit nak call. Hahaha..padan muka sape suh pegi sendiri. Part yang paling best semua kaunter nak tutup tapi ak sorang je duk tunggu nak kena ambik darah nie. Sampaikan masa hantar blood test pun kaunter tue dah tutup. So macam mana? ak ketuk je la pintu. Akk tu siap nak balik dah.

Akhirnya, setelah aku dapat test result n doc ckp x de ape. Okk jer n masa g ambik ubat kat kaunter tu semua tengah tunggu aku untuk ambik ubt. Dorang semua tengah pegang beg nak balik. Aku pun ape lagi..Balik La!

Jan 26, 2011

- hari yang BZ -


Seriusly hari nie memang bz sangat-sangat. Macam-macam hal yang perlu diselesaikan. Sampai semalam tidur pun dalam keadaaan tengah memikirkan macamna hari esok. Kenapa aku kena pegi? pasal nak uruskan hal especially pasal van. Hari yang sangat sibuk sebab:

  1. Kena pegi RHB bank - Jauh betul tempat nie. Last aku pegi bulan lepas dengan pak su. Tu pun berapa kali silap jalan dan ikut jalan yang berapa kali pusing. Aish. So,ak try google n cari kat mana tempat nie. Nasib tadi jumpa. Terus ikut je jalan TUN RAZAK. Sib baik zarif yang bawak kalau aku memang alamatnya tak sampai lar.
  2. pegi CIMB kg Baru- Actually aku penah cari bank nie ngan adek dlu. Tapi tak jumpa kat mana. Ntah tadi lalu nasib zarif yang nampak. Rupanya dekat dengan HKL. Pegi pun bukan boleh settle dye nak buku akaun pulak dah. Takkan nak tanya abah kat kubur? ada ke patut dye suh selongkar almari dan satu rumah??. Aku memang marah betul tadi. Geram la ngan orang macam nie.
  3. pegi Pejabat tanah,subang- Cari punya cari dan cari memang tak jumpa kat mana. Aku pun dah naik pelik dah patah balik g subang parade. Duduk jap pastu zarif tunjuk brochure subang parade dan dekat situ dye tulis kompleks kerajaan. Lar dekat je rupanya. Kat area subang parade jugak. Aishh...
Konklusion-nya sama je tak berubah. Asik tak dapat nak uruskan je. Itu yang buat aku pening. Macam mana nak buat?. Ada sapa2 tak yang penah uruskan pasal harta pusaka nie?. Susah betul. Van tue ntah nak jual ke nak bank ambik. Serabut nya..=(



(van abah....tinggal kenangan.....)

Jan 25, 2011

indah khabar dari rupa


Sebenarnya yang ak nak ceritakan pasal amanah raya ngan Bank R*B. Geram sungguh aku. Dahla nak cari tempat pun susah kemain pastu pegi-pegi je tak dapat maklumat apa yang kita inginkan. Memang ak tak tahu langsung. Dah ak pg jumpa kau..Kau jawab La! Wat aku sakit betul. Pastu main perli-perli. Memang masa 1st pegi kat s.alam akk tu kata baik awk g kat pejabat daerah. Sana kos pun murah je. Terkezut la kiteorg kenapa kena pg sana padahal orang nak wat kat tempat dye? Tak ke sengal?! Masa keluar dari tempat tu aku berpandangan ngan adek ak.

A.S : "kak,nampak sangat ke kita miskin?"

Aku: "Ntahlaa...Mungin sebab abah ada van je kott..sbb tue nampak kita miskin. Harta tak banyak".

A.S: "Dah tu..itu je yang ada..."

Aku : "Itu lah..ak ingat kita dah lawa dah. Nampak sangat ke mcm kita miskin sgt..?."

Kenapa orang miskin di hina? di caci? Tak boleh ke cakap elok-elok? Kiteorg datang dengan tak tahu apa2. Kurang-kurang kau explain apa jadahnya kau dan company kau buat. Service apa yang kau tawarkan!! Menyusah kan betul pegi sana. dahla jauh. Penat! sampai hujan lebat pun kiteorg pegi...Podahhhh....

Ni pasal bank TUT..Aku bengang betul pegi je sana tak dapat info. cakap macam tah ape-ape. Bila call je asik forward kat orang lain je..Ngok betul. Customer service yang sangat-sangat teruk. Mcm mana customer lain blh pegi tempat tu?? Mesti sbb orang lain kaya....HUH menyampah aku.....................Harapkan bangunan je cantik tapi? Service?? lu pikir la sendirii...............

cuti Thaipusam



Yess cuti hari khamis...maksud aku hari khamis lepas. Memang tak sangka sebab zarif pun off day hari tu jugak! yippi..leh kuar g jalan-jalan. Hmm macam biasa la mesti g pyramid. Mana lagi nak pegi kan....hehe. Tapi ak xtau knp ak xleh ingat sangat kalau kedai-kedai kat sana. Bukanny susah pun ada orange zone,blue zone ntah kaler ape lagi ada. Tapi itu lah ak still xboleh ingat jalan lagi. Huh,kalau kat mid pejam mata pun boleh ingat. Hohoho...:D.

Hmm dahla motor tak sampai-sampai lagi...geram betul ak. Nasib ain sazwi ada klas memandu. Boleh guna icon dye. Ok. Mula-mula nak g tgk movie so ak dan dye g tgv cinema. Pastu zarif decide nak tgk cerita khurafat. Oh TiDaK!!! Ak tak nak tengok... Please jangan paksa ak tengok. Isk Isk.

Zarif: "Tgk khurafat nak?"

Aku : (kerutkan dahi. Tanda tak setuju.)

Zarif : "Jum lar.."

Aku : "Tak nak! hari tu kan dah tgk kak limah. ASik ikut awk je ikut org la pulak"

Zarif : "Kan hari tu dah ikut awak tengok citer Gulliver's Travel..."

Aku : "Ntah suka hati awak la...." ,Adehh..sape suh kau tak ingat...ai terpaksala.

Masuk je panggung dah lewat. Tapi ramai betul orang. Ishh malas ak review citer tue..Tgk la sendiri. Tapi sape2 yang nak kan kelainan dan bosan tengok cerita orang putih leh la tengok cerita nie...Not Bad. :)

Pastu dah habis movie kiteorang balik tapi dalam tengah jalan ak cakapla jum g dataran. Ntah tetiba ak dengar dye ckp cam jum g i-city. Aku tak kisah la...Tapi jalan nak g shah alam tu bukannya ak ingat sangat. Sebab masa ain sazwi bwk tu ak ingat jalan straight je sampai ader signboard tulis uitm shah alam. Jalan punya jalan dan sesat punya sesat akhirnya jumpa i-city. TAPIiii....kena bayar parking RM 5 utk motor??? Kat pyramid tadi Rm 1 jerr. Cessss..... Berbaloi atau tak terpulang pada orang yang pegi....Cuma menyesal xbwk kamera dan hanya ada kamera hp.

(di bawah lampu sinar dan bersinar memutar2...)


(hohoho..posing lagi ngan gamba merak nie..;p)

Jan 24, 2011

the tourist. angelina jolie n johny depp

(the tourist)

Boleh tahan jugak la movie the tourist. Nak dekat sampai akhir pun ak ingat johny depp bukan alexander dan mati-mati ak ingatkan dye just a school teacher. Dahla tgk sorang-sorang. Sob sob. Dorang ber tiga tgk citer khurafat. WEks...x jelez pun. Hehehe..Aku dah tengok. :p

Berbalik pada the tourist..best movie nie sebab dapat tengok angelina jolie berlakon n johny depp!! tapi serius weii..dalam citer nie angelina jolie punya cara duduk dan berjalan tegak glerr. Even cara diye minum pun memang posture badan dye tegak . Takde lar macam kiter2 nie yang membongkok kejap-kejap la kan..(kejap je kan? hehe =)).

Pastu johny depp lain dari biasa. Selalu berlakon dalam cerita action tapi kali nie biasa je. Macam dye bukan hero dalam citer nie. So, macam gambar kat atas nie masa 1st time angelina jumpa ngan jonhy depp. Memang best! Whoa..romantik gtu.....nak gakk..hohoho:D acah jerrrr....
 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown