Labels

Jan 2, 2013

Selamat Tahun Baru 2013



Salam...


my late wish untuk new year...
ramai yang mengharap kan perkara yang baik-baik kan untuk tahun baru.
semoga tahun ini lagi bermakna dari tahun lepas la dan lain-lain. (Malas taip... >.<)

actually aku bukannya suka sangat new year..
selalunya new year orang suka buat pembaharuan...
kadang-kdang effectnya kena kat aku..Xbest langsung.
Malam new year..sob sob lagi la pum pram pum pram motor bising.


ok fine..aku je yang tak suka. 
Aku pun nak wish jugak la..

Selamat tahun baru...
semoga tahun 2013 membawa seribu makna.
Amin.

Tahun 2013 tarikh apa la agaknya yang cantik kan. 

January
2.1.13
3.1.13
31.1.13

March
1.3.13
3.3.13
31.3.13

hmm...cukupla tu sampai bulan march je...hahaha..ade lagi ke?
cari sendiri la ye...bye bye


Dec 30, 2012

Cuti Sekolah


Salam..

Tajuknya cuti sekolah tapi bukan aku ekk yang sekolah..
hee tak lawak pun..toing toing..gelak sendiri..
Dah lama tak bawak budak berdua nie pergi jalan.
Akif  n Bidin ( atau nama sebenar bidin, khalif ).
banyak jugak tempat terfikir nak pergi mana.

- mid
-piramid
-T.square


Akhirnya kitaorang pergi mid valley.
Decide tengok wayang movie "Wreck it Ralph".
Best jugak. Tapi untuk budak yang berumur 3 tahun emm kurang sikit kot.



(nyum nyum makan pizza at Domino's)



(krismas event at Mid valley)

Dec 13, 2012

Durian Crepe Mid Valley


Salam...


Rasanya sekarang nie kecoh dengan durian crepe. Kan?
Well aku bukan peminat durian.
Boleh makan tapi 2,3 ulas. Paling banyak 4 ulas kot.
Tapi impossible kot nak tengok 4 ulas aku makan. Hahahaaa

Ok, sambung kisah durian crepe pulak.
Masa pergi tengok movie twilight tu kami singgah kat kedai nie.
Sumptuous Desserts. Ada jual Durian Crepe.
Tapi akak tu kedekut kot.
Kawan aku nak beli 4 dia cakap boleh beli 2 je...hurmm kedekuttt
So,aku pon cakapla aku pun nak 2. Cess dia jeling aku.....
Dah orang nak beli. Bagi je la.Kalau dah habis,cakapla habis.
Betol x?

Aku beli satu untuk abg zarif dan satu lagi untuk mak aku.
sekali makan je habis. Sedap sangat kot. :p


(lokasi kedai nie dekat tkt LG. Kalau jumpa big apple mmg nak dekat la tu.)




(amek kaww 2 sekali beli)











-SEKIAN-
TQ for reading my entry

Dec 9, 2012

Layan Twilight Breaking Dawn-Part 2

Salam...

Alhamdulillah....finally..dapat jugak pergi tengok movie,
Twilight Breaking Dawn-part 2.
Apalagi tengok dengan my best friend la.
Tengok poster pun memang dah rasa tak sabar-sabar.


(Poster)


Tengok movie twilight dekat The Gardens. 
Bagi aku first time la. 
Tapi tiketnya....(geleng kepala). Mahal!
Tapi kelebihannya, tak ramai orang. So, tak perlu beratur panjang.

Malam sebelum nak tengok breaking dawn part2,
aku layan dulu breaking dawn part1. 
Sebabnya nak feeling-feeling la dulu.
Kalau terus tengok je kan dah terkial-kial tak tahu kat mana.
Al maklumla, aku nie pelupa..heehee.

Best sangat dapat tengok breaking dawn P2.
Dari awal lagi folllow cerita ni.
Sekarang dah ending.
Sedihnya....
Mungkinkah ada sambungannya?


(sweetnya)


Lepas habis tengok movie kitaorang pergi berjalan ke midvalley pulak.
Best sangat jalan-jalan sampai tak sedar dah nak dekat pukul 10.
Kat Mid Valley kebetulan ada pameran atau ntah la ape orang panggil.
Tapi orang kata pameran untuk Krismas. 
Ramai yang ambik gambar, so kitaorang join sekali.











p/s : next entry durian crepe at m.valley


-Sekian-

~Terima Kasih Baca entri saya~





Nov 29, 2012

Makan @ Dubu Dubu


Salam....

First of all, TQ to abg Dzarif bagi permission untuk keluar. 

Hari Sabtu tu me & my friend pergi restoran Dubu Dubu dekat mid valley. 
Kata nak makan makanan korea. 
Mula-mula nak tengok twilight tapi tak pelah next time kan. Next Saturday maybe?


Alang-alang dah sampai mid valley jum makan kat dubu dubu.
Memang teruja gler nak makan makanan korea nie.
Wahh terasa macam kat seoul gitu.



Bila makanan dah sampai tengok macam sedap je.
Warna pun nampak menarik je. Dengan warna merah menyala.
Yang aku order tu picture kedua, ttopokki. 
Rasanya macam yong tau fu. Bila digigit rasa liat-liat sikit.
Cuma satu je aku tak suka, Manis!

Yang 1st picture tu, japchae.
Lebih kurang macam mee jugakla.
Ala macam sohun goreng. Pastu dicampur telur dan lain-lain.


Makanan yang kami order :
1 - Japchae + Peach Tea
2 - Ttopokki + Peach Tea

Kesimpulannya, makanan korea boleh jugak la masuk kat tekak aku.
Cuma satu je aku tak suka, Manis. 
Tapi air dia Peach Tea. Sedap!!
Dan
Aku sangat teringin nak makan bulgogi. Heee...
Next Time blh tak my fren?... lalalala ~








-Sekian-

~Terima Kasih Baca entri saya~



Nov 19, 2012

5 Cara untuk rawatan kaki

Salam...

Malam semalam aku merajinkan diri untuk buat pedicure. 
Dengan menggunakan produk Mary Kay adik ku...
Tak gunakan produk MK pun tak ape. 
Asalkan ada sabun,lulur/scrub dan besen.
Tak kisahla jenama apa asalkan bila dah rendam janji hilang daki.
Betul tak?


Bahan-Bahan yang diperlukan adalah :
Set Pedicure Mary Kay(foot Scrub,foot fizzies,foot foam)
Besen , & Air .

Cara - Caranya :
1. Ambil Besen dan campurkan air bersama dengan air panas. So, jadi suam-suam la air.
2. Masukkan sebiji sahaja Mary kay foot fizzies ke dalam air. Biarkan dia berbuih.
3. Rendamkan kaki selama beberapa minit.
4. Gunakan Mary Kay foot Scrub. 
5. Kemudian gunakan Mary Kay foot foam, untuk membersihkan kotoran.

Hasilnya, kaki akan jadi bersih,licin dan wangi....Sangat wangi...~



(Mary Kay Pedicure Set)









-Sekian-

~Terima Kasih Baca entri saya~


 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown