Labels

Feb 20, 2012

Baucer Buku

(Baucer buku kite pnye..sory gamba terbalik)


Tak disangka-sangka dapat jugak baucer buku. Rasanya orang lain dah lama ambil. Aku pun tak tahu yang aku dapat.Seronok giler masa dapat.

Mula-mula tu ingatkan tak dapat,yerlah kite kan extend sem~. So,bajet tak dapat lar. Tapi masa masuk kelas hari tu ada member cakap

"eh,ko tak gi ambik ke baucer?"

"tak. aku pon tak tau aku dapat ke tak"

"try la pegi tanya,kalau dapat okeyla"

finally,aku call and tanya nama aku ada ke. Part paling best akak tu kata bila nak datang ambik,,,huhuhu....petang tu jugak aku ambik!!



Saya sangat gembira...~!!

>.<


Feb 14, 2012

Van Ford dalam kenangan




Rabu petang bersamaan 8/2/2012 van Ford Spectron milik arwah abah telah selamat dijual. Berat hati nak jual sebenarnya.Sebab setiap kali tengok van tu rasa macam arwah abah masih ada. Kurang-kurang pun van dia masih ada.

Ramai yang nak beli van tu sejak arwah abah hidup lagi. Tapi dia tak nak jual. Entah la mungkin belum tiba waktunya lagi kot. Dan sekarang memang ada orang yang nak beli, tapi harga yang mereka nak beli rasanya macam sangat murah. Cuba tengok dekat mudah.com. Berapa harga Van spectron. Lebih mahal dari apa yang mereka sangka. Tapi walau apa pun van tu tetap menjadi kenangan untuk aku dan keluarga.

Dekat mana lagi yang van tu tak pernah pergi.

  • Kelantan?<---- off course sebab nak blk kg
  • Pahang?<---- sebab kalau nak blk kg msti lalu raub,benta,bentong,Kuala lipis
  • Perak?<--- pergi rumah kawan mak abah
  • Kedah?<---
  • Penang?<---- kg abah
  • Melaka?<---Bermandi-manda
  • Johor?<-----shopping @ayer itam
  • Seremban?<-----jalan-jalan
  • Perlis?
Semua dah pergi cuma sabah dan sarawak je la tak pergi......naik kapal terbang....walau apapun banyak jasa dia. Dan sekarang hanyak tinggal dalam kenangan. Selamat Tinggal Van Ford Spectron(BGG ****). Selamat bahagia dengan Tuan Baru....

:'(


Feb 9, 2012

Suamiku...♥


Pertama kali menjaga suami tengah sakit.(olos syg,jgn la mare ble baca..mmuah ). Sangat mencabar diri kerana biasala kalau orang sakit memang banyak karenahnya. Kali ini giliran dia pulak, kecut jugak aku sebab rasanya tak pernah lagi menjaga orang sakit. Terutamanya kalau demam. Nak buat macam mana pun tak tahu.

Dah panas sangat badan,bagi je makan panadol. Tapi kalau dah ditambah dengan sakit gigi. Walaupun panadol tak nak tolong. Nak tak nak kena pergi klinik. Hmm tapi sempat jugak la aku google petua untuk sakit gigi dan demam.

Sebelum ini asik aku jer yang sakit. Macam-macam lah penyakit yang aku dapat. Termasuklah yang paling terkejut sakit vertigo. Merujuk kepada entri aku pasal vertigo sebelum ini dan alhamdulillah sekarang lepas 2,3 kali pergi hospital untuk diagnos dengan treatment dah slow-slow pulih.

Banyak juga yang aku sakit,especially sakit kepala. (erm ,, migrain la sebenarnya...). Ada satu tahap tu rasa melampau betul sebab sakit kepala. Hanya disebabkan keluar rumah pada waktu tengah hari,panas terik dan terus kepala aku berdenyut. Teringat masa zaman sekolah rendah ada member panggil aku dengan gelaran ''puteri lilin". Kerana terlalu terpengaruh dengan kisah dongeng ala-ala princess aku tak marah dipanggil puteri lilin.(hahaha...tak pe,Puteri jugak tu kan.)


Feb 2, 2012

rindu nak hang out mcm dlu



Zaman dulu-dulu maksudnya masa zaman muda mudi. Masa belum kahwin lagi dan tengah belajar. Kalau dulu masa belajar kat KL lepas je habis kelas terus masuk sogo. Memang tak ade kerja lain asik masuk sogo je. Walaupun plaza campbell tu ada tak pernah aku nak masuk.

Aku dengan kawan baik aku. Ila.


Feb 1, 2012

(k-pop song) the reason i became a witch-NS Yoon G


Lagu baru dari NS Yoon Ji. Best glerr...! cuba try dengar. Sebelum ini NS Yoon Ji keluar dengan lagu TALK TALK. Lagu yang catchy dan sedap untuk didengar. Tapi Lagu baru dia buat kan aku tertarik sebabnya teringat masa hujung tahun 2009 sampai awal 2010.



Kalau google pasal Ns Yoon Ji susah sangat nak dapat. Okey,kat sini ada serba sedikit pasal dia. Yang lain-lain tentang announcement ataupun news. Boleh tengok dekat allkpop. Lirik lagu The rason i became a witch boleh tengok kat lirik lagulyrics.com.


Why did you change - Unforgettable

You are really a bad bad boy ah ah ah



* I hate you forget you - I hate you
Shut up, piss off, please just give up
The reason I became a witch
The reason I became more spiteful
Because because - it's all because of you

You trampled on my love and laughed
You clung on to a foolish love
The reason I became a witch



Jan 31, 2012

Andai lelaki tahu


Apa anda akan rasa kalau boyfriend/girlfriend korang tak letak gambar korang berdua kat handphone dia?

Maksudnya tak letak gambar korang untuk wallpaper. Selama beberapa minggu,bulan,tahun couple tapi tak pernah sekali pun letak gambar korang. Apa yang korang akan rasa?

Mungkin kita akan fikir:

Emm,aku tau walaupun dia tak letak gambar aku tapi dalam handphone dia ada gambar aku. Penuh semuanya gambar aku.

ataupun,

Aku tau dia tak nak expose muka aku sebab tu dia tak letak.

ataupun,

Dia tak sayangkan aku pun sebab tu tak nak letak gambar aku.

Terlalu banyak tanggapan sampai satu saat akan buat kita berfikir kenapa dia buat macam tu. Mungkin kita tak akan pernah dapat jawapan. Jawapan yang terlalu ingin kita ingin ketahui kenapa tak pernah dia letak gambar kita?


Selalunya,kalau perempuan akan letak gambar dia dengan boyfriend/husband sebagai wallpaper. Tak kira la dekat handphone ke laptop ke atau kat facebook dll. Kenapa selalunya perempuan buat macam tu? Itu tandanya dia sayangkan lelaki tu. Sangat sayangkan dia.

Pernah juga bila kita tanya kenapa dia tak letak? Mesti dia jawab,Takkan sebab itu nak terasa. Takkan sebab itu nak marah dan seterusnya.

Seandainya lelaki tahu......



Se-andainya lelaki tahu yang perempuan itu mudah terasa.

Se-andainya lelaki tahu yang perempuan itu mudah menangis kerana perkara kecil.

Se-andainya lelaki tahu yang perempuan itu ingin dicintai sepenuh hati.

Se-andainya lelaki tahu perempuan memang mudah merajuk dan senang dipujuk.







 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown