Labels

Jan 11, 2011

CALL n MSG

Sepanjang petang hari ni aku asik call je. Call sebab nak cari tempat untuk praktikal. Aku rasa mau taknya dalam 10-20 orang yang aku cakap untuk hari nie. Fuhh penat..sampai sakit kepala coz asik mengadap laptop n sakit tekak sebab asik ulang benda yang sama. Isk tulun....company mana nak ambik ak nie. Sedey betul. =(. Dah la sayang aku tak ade g kursus...bertambah lagi la sedeyy..waa.

Aku sudah mula terasa keperitan tekak.Ahh sakit..! Call orang pulak aduss macam ape tah. Tak tahu sape yang angkat sama ada receptionist atau direct takpun dorang nie main pas-pas je kat sape-sape. Memang penat aku menunggu untuk dorang jawab soklan aku.

Aku: "hello. Sy student dari ***KL. Kat sini ada tempat praktikal ke?"

Company A: "helloo...hello...(berapa kali darrr??)Ye Cari siapa?. Ok Tunggu sebentar saya sambung ke talian lain."

Aku: (tunggu, tunggu,tunggu.....dan menunggu akhirnya talian PUTUS. Iskkkkkk)

Ada pulak satu tempat nie menggunakan nada yang aku tak berapa berkenan. Cara jawab pun ces buat orang geram. Begini kisahnya. Al kisah. Aku cal satu tempat nie:

Aku : "hello. Sy student dari ***KL. Kat sini ada tempat praktikal ke?"

Company B : "Oh, awk nak ape?!"

Aku : "nak tanya company tersebut ada ambik practical student x"

Company B: "Ble start practical?"

Aku : " Sepatutnya mnggu nie start...tapi"

Company B : "Ohhh kalau macam tu tak dapat la akak nak tolong. awak cal bos akak je la yer..Pastu merayu-rayu kat dye yang awk nak practical. K".

****Note: Kurang ajar betul ... Kalau tak dapat ckp je la. Ini...awk merayu-rayu2 la sampai nangis pon???? SABAR JE LA. Macam company diye sorang je ada dalam dunia nie.....Huh..

Akhirnya aku cal dan cal. Tapi hanya menunggu dan tak pasti lagi sama ada boleh dapat atau tak. Cuma baru send e-mel kat 2 company. Aiii....

++macam-macam la pesbuk nie++

Aku ada terbaca pasal fesbuk yang kononnya facebook tak akan digunakan lagi dan macam-macam la rumors yang aku dengar. Konon nya march 2011 nie facebook dah tak boleh digunakan lagi. Ada jugak yang frust la sebab tak dapat digunakan. Tapi korang pon frust gak ke? Aku pun frust gak kalau pesbuk tak ade. Boring la hidup aku..hehehe.


Tapi yang paling recent aku dengar pasal Pencuri identity. Oh no!!!! Scary beb...ade ke orang buat mcm tu? Actually aku ada dengar la pasal pencuri id ni. Kadang-kadang sebab sakit hati dengan orang dia buat la mcm tu. Letak gambar orang tu pastu perburukkan orang tu. Takut betul dengar mcm tu. Tapi ada tips from jennifer Waters;

Tips to Stay Safe

  1. Jangan pernah posting tarikh dan tempat lahir anda. Ini maklumat yang sangat berharga bagi pencuri identiti.
  2. Jangan posting alamat, nombor telefon atau alamat e-mel.
  3. Ingat bahawa apa yang anda posting adalah awam dan kekal.
  4. Jangan memasang foto yang memalukan
  5. Jangan mengeluh tentang pekerjaan anda atau penyelia anda.
  6. Jangan mengatakan sesuatu atau tentang seseorang padahal anda tidak berani untuk bercakap face 2 face dengannya.
  7. Berhati-hati dengan kuiz yang rakan anda invite kerana kadang-kadang mungkin terdapat kuiz yang design nya untuk mencuri maklumat seseorang.

**Hmm so macam mana? berguna tak tips nie? Hmm apa-apa pun kena berhati-hati la. Takut jugak bila dengar ada yang sanggup menjadi pencuri identiti.

Rindunya kat dye (T~T)


Rindunya kat dye...
aii.....lama lagi ke nak balik..?
Nanti nak makan dengan sape?
sedeynya saya....=(
1st time b'jauhan............................(^.^)

My love...

I love you more than all the stars in the sky. 
I love you more as each moment passes us by. 
I need you for you can wash away my pain. 
I need you more each day  
I need you for you are so wonderful, in every single way.  
I miss you more than ever now. 
I miss you because I really need you somehow. 
I want you to know that I love you, need you, miss you, and want you  
And I have for every single moment, right from the start.

Jan 5, 2011

Salesman@Peminta sedekah@Bantuan utk kanak yang kurang upaya.

Selalunya dari dulu lagi masa aku duduk kat 4tin,jln ipoh tu kalau ada salesman datang je mesti mak pesan suruh tutup pintu. Bukan bersiakap biadap,TAPI tak tahan dengan cara sesetengah yang datang. Kadang-kadang kononya ada yang cakap "kami tak jual barang,tapi kami ada product yang bagus untuk kesihatan". ada jugak yang kononnya penat dan mintak air untuk hilangkan dahaga. Aku pun pelik jugak,takkan company tak bagi duit untuk makan?minum?tambang? Senang cakap kalau salesman datang je tutup pintu.

Next peminta sedekah. Kalau ikutkan arwah abah memang diye akan kasi walaupun duit dalam poket hanya ada rm10. Dia akan bagi. Tapi Aku? tak pernah bagi. Mungkin la orang nak cakap aku kedekut or watever tapi pada waktu itu pandangan aku kenapa mereka kena minta sedekah duit orang lain padahal mereka ni boleh bekerja? Aku pun bukan bekerja,masih lagi belajar.

Orang yang datang mengetuk pintu rumah ataupun melaungkan suara dan memanggil tuan rumah tapi diye memperkenalkan diri mereka bukan salesman dan jangan takut. Itu kata mereka. Lepas tu mereka tunjukkan i/c dan pas dari tempat badan berkenaan. Rupa-rupanya bantuan untuk kanak-kanak yang kurang upaya. Lepas mereka menceritakan tentang kanak-kanak itu apa yang aku hanya mampu bg rm5. Maaf. Aku tak ada duit. Aku bukan kerja lagi. Pandangan mereka itu seperti "ai,rumah teres pun bagi macam rumah flet ke?!" mungkin itu tanggapan mereka. Tapi wateva. Nasib aku tak mengamuk dan cakap aku tak ada duit je.

So, sebenarnya aku tak sanggup minta duit kat mak sebab mereka2 di atas yang mintx atau mengharapkan derma ikhsan aku. Cuma memang btul..aku tengah tak ada duit..Kadang-kadang mak akan cakap yang orang tadi tu dah datang semalam. Tak pun orang dari agensi sama tapi orang yang berlainan.

Jan 4, 2011

Jom main game~happy aquarium

Aku suka main game happy aquarium yang boleh beli ikan pastu bersihkan aquarium dan bagi ikan makanan. Paling suka boleh hias aquarium. hehehe..sebenarnya saje je nak tunjukkan pic happy aquarium. :)

(yang nie 1st aquarium. Bila dapat pearl terus beli wallpaper. Then beli pelangi. Tu pasal la pearl tinggal ckit je..T_T. Tak pe asalkan aquarium lawa..heheh. Tema sekarang krismas..xsempat tukar new year lagi..:p)




(tangki nie pulak ada squid. Masa mula-mula beli hanya ada warna puple je. Nasib boleh adopt female squid purple then bila mate-kan keluar baby squid warna pink. Yang kuning tu pulak sebab dapat adopt dari neighbour..hohoho)




(aquarium yang last ni sebenarnya nak beli ikan yang cute2. Pastu teringat cerita finding nemo jadi belilah ikan yang macam nemo. Kononnya tema macam sehati berdansa? )

Jan 2, 2011

selamat tahun baru 2011

2011. Bukak lembaran baru. Aku harap tahun ni adalah tahun yang baik untuk aku dan keluarga. Walaupun dengan ketiadaan abah sebagai payung yang selama nie semua orang bergantung. Azam tahun ni hmm kena fikir jap apa yang aku nak habiskan.

1) Abiskan belajar+praktikal
2)kawen-hmm sememangnya ya..hehehe
3)ambik lesen P - dah brp bulan asik L je..asik2 renew jerr
4)pindah rumah- yang ni paling penting.
5) Cari kerja- kena keje kalau habis belajar bulan 6 niee

Semoga tahun nie akan lebih baik dari tahun lepas. Asam garam kehidupan perlu ditempuhi walaupun pahit untuk menerimanya. Dan selamat hari jadi juga kepada sesiapa yang lahir pada awal tahun baru...hepi besday:)

p/s: untuk tunang saya....Saya sayang awak..:)
 

About

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wedding anniversary Countdown